Friday, 17 October 2014

Demam ESP


Yahoooooo..... Saya berjaya beli ESP Buy 6 Free 1.. First time dapat 2 buah kotak dari abg GDex skaligus dalam satu order. Trima Kasih abg Gdex.. Demam ESP sudah melanda. Tidak mahu lepaskan peluang yang sangat2 best ni.. Alhamdulillah. Sangatlah untung!! Dapat percuma 1 tong, 6 saya jual 1 lagi untuk saya minum. Bekalan ESP saya pun tidak lama lagi habis.. Fuhhh... Excited sangat2.. Hihi...

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Kelebihan Vitamin C Shaklee Berbanding Yang Lain

Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.

Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin c sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin c sama ada melalui makanan ataupun supplement.

Kenali Sustained Release Vita-C

Semua sudah mengenali Vitamin C, tapi apakah yang terkandung dan keistimewaan Sustained Release Vitamin C shaklee berbanding vitamin C lain yang berada di pasaran?

Ya, sudah tentu Sustained Release Vita-C adalah 100% semulajadi, halal, selamat dan berkesan kerana semua produk shaklee menjalani ujian-ujian klinikal (ujian ke atas manusia) sebelum dipasarkan. Jika diambil 2 kali sehari (2 biji sehari), Sustained Release Vita-C dapat mengekalkan paras Vitamin C plasma selama lebih 24 jam.

Selain itu, Sustained Release Vita-C merupakan vita-C semulajadi pertama didunia yang bertindak secara "Sustained Release". Iaitu pelepasan vitaminc secara perlahan-lahan dan berterusan setiap 5 jam dalam tempoh 24 jam. Di mana setiap 5 jam sebanyak 100mg daripada 1 bij tablet (mengandungi 500mg Vitamin C) yang bersamaan 7 1/2 biji oren dilepaskan ke dalam badan.

Chewable Vita-C Plus (100% semulajadi, halal, selamat dan berkesan) pula dikhaskan untuk golongan kanak-kanak atau orang dewasa yang ada masalah menelan tablet. Rasa sensasi oren aslinya (tanpa pengawet dan perasa tiruan) dapat memikat selera kanak-kanak dan golongan yang ada masalah menelan tablet ni. Chewable Vita-C Plus mengandungi 100mg vitamin c (iaitu ascorbic asid) bagi setiap biji tabletnya yang bersamaan 1 1/2 biji oren .

Sustained Release Vita-C & Chewable Vita-C Plus membekalkan 'bioflavinoid' dalam jumlah seimbang iaitu 120mg. Bioflavinoid adalah aksesori nutrisi yang membentuk asid askorbik atau vitamin C complex. Bioflavinoid hanya boleh didapati dalam buah-buahan asli dan tidak diperolehi dalam vitamin C sintetik. Aksesori nutrisi ini membantu mengurangkan kanser, penyakit kardiovaskular, osteoporosis, dan memberi faedah-faedah kesihatan lain seperti antibakteria, antivirus, anti-radang, antioksidan dan kadang-kadang digunakan sebagai anti alergenik.

Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:
Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan

Keperluan Vitamin C dalam Badan:
  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C:

- Tanda-tanda lebam (bruises) atau berbekas pada tubuh atau luka lebam pada badan umpama bekas kena pukul
- Gusi yang mudah berdarah setiap kali memberus gigi atau bila-bila masa sahaja

Kesan Kekurangan Vitamin C:

~Rasa letih
~Gigi Gugur
~Saluran darah kecil, senang pecah,
~Luka lambat pulih
~Penyakit anemia (kurang darah)

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 16 October 2014

Pencegahan & Penurunan KOLESTEROL


Gandingan menghalau KOLESTEROL di dalam badan yang paling hebat!!!
Phytocol-st & Omega Guard.
Phytocolst mencegah KOLESTEROL daripada diserap ke dalam darah dan omega guard menurunkan paras KOLESTEROL yg berlebihan.

Duet Produk yang paling berkesan untuk menghalau KOLESTEROL dalam badan.
Siapa yg rasa nafsu makan tidak boleh control??
Siapa yg suka makan makanan berkolesterol??
Siapa yg menghadapi masalah diabetes??
Siapa yg rasa berat badan sudah berlebihan??

Apa kata anda cuba set ini. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati
Dapatkan best price & konsultasi terbaik daripada saya
Hubungi Asda 013-650 7465
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Set Resdung Shaklee

Selamat petang semua.. Dari kelmarin lagi, ada seorang adik tu dia bertanyakan pasal Set Resdung ni. So petang ni, mahu share pasal resdung lah. Menurut adik tu juga, ada kenalan kepada bapa dia yang meninggal dunia akibat resdung ni. Wah! Bahaya jugakan resdung ni.

Baru-baru ini ada juga salah seorang rakan semasa saya belajar dulu, dia di tahan di wad hospital akibat resdung ni lah juga. Puncanya adalah bermula daripada batuk yang tidak henti dan doktor mengesahkan nanah yang banyak pada bahagian tekak disebabkan itu dia batuk berpanjangan. Terlalu banyak nanah sehinggakan Doktor Pakar mencadangkan dia perlu di bedah untuk membuang sinusitis yang ada pada tekak dia tu. 

Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia. Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini. Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis. Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Punca Penyakit Resdung

Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luar biasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.

Antara komplikasi penyakit resdung:
- Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
- Jangkitan otak (meningitis)
- Sakit tekak yang kronik
- Jangkitan tulang muka
- Memburukkan keadaan lelah
- Berdengkur yang kronik
- Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
- Alahan hidung atau hidung sensitif
- Selesema biasa yang melarat.

Set Resdung Shaklee ialah terdiri daripada tiga produk:-

Alfalfa Complex
~Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
~Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
~Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tidak boleh mengambil Alfalfa sebagai suplemen.

B Complex
~Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
~Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
~Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C
~Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
~Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
~Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Alfalfa Combo Set


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Turunkan Berat Badan dengan Set Bajet Slim

Set Bajet Kurus


Wow!!! Baru dapat repeat order pagi tadi untuk set bajet kurus.
Inginkan berat badan yang ideal?? Turunkan berat badan anda dengan Set Slimming Popular - Alfalfa Complex dan Lecithin.

Lecithin
- mbakar dan memecahkan lemak
- nama pun 'thin' akan membantu anda dalam menurunkan berat badan

Alfalfa Complex
- membantu proses pembuangan yang lancar
- detox segala kotoran di hati dan darah

Kalau mahu lagi hebat, tambah Herb-Lax, membantu masalah sembelit yang berpanjangan dan membuang segala lemak yang dipecahkan hasil dari makan Lecithin. Tiga yang berkerjasama sangat hebat!!!

Mau try?? Call saja saya Asda 013-6507465 
Pengedar Shaklee anda dan keluarga 
Dapatkan khidmat nasihat daripada saya sekarang! 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 15 October 2014

Shaklee Efforts: Memujuk Adik

Syukur alhamdulillah.. malam ni Allah permudahkan. Saya pun sudah berjaya menghantar order untuk 'surprise present' buat sifu Shaklee saya. Lega juga. Dari petang tadi buat edit semua, baru tadi selesai order procedure.

Petang tadi, adik lelaki saya yang paling tua, sebut2 pasal mencuci kotoran dalam badan, saya jawablah Herb-Lax. Dia sebenarnya baru makan Lecithin, selepas dipujuk oleh saya. Dia sibuk mahu turunkan berat badan, katanya boroi sudah. Saya bagitahu dia ambil dengan Herb-Lax haa degil. Berapalah sangat tu Lecithin dgn Herb-Lax masih juga mahu berkira. Aiyaaa...

Dulu adik saya ni consume GNC yg mahal tu, berjualan di sebelah The Body Shop premis tu. Mahalnya... Tapi waktu tu dia sanggup pula mahu beli. Siang malam dia kerja. Sekarang ni, dia sibuk uruskan lesen memandu, so dia mahu jimat sikit. Nafsu makan pun dia control bilang. Ermm.. Yalah tu, sabar sajalah. Pujuk dia makan dua ni, Lecithin juga dia ambil dulu. Takut betul pula dia, padahal ramai sudah pelanggan yang berjaya membuang/mudah menghadam dengan Herb-Lax. Sudah sebut berkali2 pun dia tidak yakin. Bukan main susah yakinkan adik sendiri ni.

Tapi di sebalik itu, dia ada juga menyokong. Alhamdulillah.. Tempoh hari, saya bagi dia bisnes kad, tapi dia minta lebih manalah tau boleh bagi2 dengan kawan dia. Yalah, sekarang kan dia makan Lecithin, ermm belum sebulan lagi lah. Saya tunggu dia terpujuk ambil Herb-Lax pula. Memang remaja sekarang ni kan, sanggup beli reload kredit berpuluh2 ringgit, tapi kesihatan tidak mahu jaga. Berjagalah ya, bila sudah sakit nanti baru mahu sedar, waktu tu kita susah untuk mengubati sudah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Itu kisah yang seorang, ini pula seorang lagi.. Haa dia penggemar D'Herbs ni.. Dia beli set penyubur rambut. Lucu juga haritu bila mama tunjuk "Apa ni long.." Haa, dia nanti kita urus, tunggu adik yang tua tu dulu. Nanti adalah kawan saya yang satu kata, so boleh menyakinkan lagi. Hehe. Dia ni pun mesti kenalkan Set Kurus Shaklee ni. Berat badan dia tahap 'overweight' juga. Suka lagi minuman yang manis2 tu. Allahuakbar!! Tidak boleh control nafsu betul minum air kordial di rumah ni. Kadang sebotol air kordial tu boleh habis seminggu. Apa tidak, lepas makan jak, minum air manis. Risau betul tengok adik seorang ni. Badan dia cepat naik, sebab dia rajin pergi derma darah bah. Waahh... Cuma takut ada masalah di masa akan datang pula. Obes ni boleh menyebabkan kencing manis juga.. Nauzubillahi min zalik. Kena cepat2 cakap dengan dia ni.