Tuesday, 28 October 2014

Tips Menjemput Rezeki


Usaha, Doa dan Tawakal 

Walau ke mana sahaja bumi ini kita pijak, Allah s.w.t adalah yang Maha Kuasa. Apa yang terjadi adalah atas izin Allah s.w.t. Jadi kita seharusnya berusaha dan terus berusaha sehingga Allah kabulkan doa kita. In shaa Allah.

Doa Pelembut Hati - Amalkan

Doa ini yang saya selalu amalkan ketika tidurkan anak saya.

a) Baca Fatihah (1 kali) 
b) Baca Ayat Kursi (1 kali) 
c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali) 
d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat 

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain. 

atau 

Baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya,

”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”

Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu. 

atau 

Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.” 

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

Doa melembutkan hati yang tersayang

Salam Asar semua.. Kali ini saya ingin berkongsi cara mendidik hati anak-anak & suami agar lembut seterusnya mudah menerima nasihat & hidayah.

Zikir Pelembut Hati

Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut:

Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir 

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya.

Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. 

*Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak*

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

Melembutkan hati anak

1) baca Ya-Lathiff sebanyak 7 kali sebelum anak tidur atau sedang menidurkanya, kemudian hembus di ubun-ubunya, mukanya dan dadanya. 


2) baca "Allahu Lathiffu Bi'ibadihi Yarzuqu Mai Yasyaa' Wa Huwal Qowiyyul A'ziz" sebanyak 7 kali. Lepas tu hembuskan pada anak/suami/isteri atau ketika memasak hembuskanlah ke makanan..

Semoga hati kita lembut untuk melestarikan impian membina keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah.

Doa Pengasih: Surah Yassin Ayat 36 & Surah Yusuf Ayat 4

Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak dagu, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir. 

Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.

Firman Allah SWT maksudnya:
 "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)

Firman Allah swt maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. 

Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. 

Wasallam.

Set Kecantikan Luar & Dalam

set cantik shaklee

Kecantikan adalah idaman untuk setiap orang. Tidak kiralah perempuan mahupun lelaki, masing-masing ingin menjaga keterampilan diri. Tapi hampir kesemuanya tidak menitikberatkan keselamatan produk tersebut. Ada juga yang sanggup menjalani pembedahan plastik. Tidak pun suntikan botox atau apa2 pun jenis suntikan yang menjanjikan kecantikan. Tapi mereka tidak tahu apa akibat dan kesan jangka masa panjang daripada tindakan mereka itu. Dan lagi, mereka membayar beratus malah beribu hanya untuk cantik. Mereka tidak tahu keputusan mereka yang 'shortcut' untuk segera cantik tidak seluruhnya menjaga kesihatan dalaman mereka. Kalau mahu cantik biar cantik di dalam dulu pasti di luar akan juga kelihatan cantik.

Sel-sel di dalam badan kita juga perlukan makanan, tidak kiralah untuk membentuk sel dan tisu yang baru atau pun menyembuhkan sel yang lama. Segalanya perlukan nutrisi. Ini pun shortcut untuk cantik juga sebab apa, SR Vita C Shaklee tu, sebiji jak pun khasiatnya adalah sama seperti memakan 7 biji buah oren. Wahh, mahu cantik sanggup kah makan 7 biji sehari? Tidakkan? Sebab tu kita ada suplemen, suplemen ini makanan tambahan, dia seperti makanan juga kita makan untuk dapatkan zat dan nutrisi cuma suplemen ini berbentuk serbuk atau pun pil tablet. Telan saja sebiji tidak perlu susah2 telan 7 biji buah oren. Mesti ramai tahukan, oren memang elok untuk kulit kita..

Haaa, kalau BComplex pula, khasiat vitamin B yang lengkap dengan 12 jenis vitamin B. B Complex ni, sebab dia termasuk dalam set kecantikan bukan apa, kalau orang suka stres tu kan, suka kerut2kan dahi lama2 terbentuk kedut atau garisan tua, haaa... B Complex ni akan mengurangkan stres kita.. Alah, ubat penenang paling selamat ni. Saya selalu amalkan. Tapi B Complex bukan ubat ya. Ia suplemen. Sama juga SR Vit C.

Vitamin E ni pula untuk membantu mengurangkan dan memudarkan parut luka, regangan kulit (strethmarks), warna tona kulit tidak sekata, bintik2 hitam kesan daripada jerawat.. Haaa, yang ni memang best.. Gabungkanlah ketiga-tiga produk ini mesti kamu tampak hasil yang sangat menakjubkan. Selamat mencuba!!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 27 October 2014

Tips Ceburkan Diri MLM Network Marketing

Jika anda inginkan extra income, dan ingin melibatkan diri dalam MLM (Network Marketing), ada beberapa perkara yg perlua anda titik beratkan.

Pertama, pastikan anda mulakan dengan modal yang kecil. Selalunya ini dipanggil sebagai Yuran Pendaftaran untuk anda layak dipanggil Distributor. Modal besar berpuluh-puluh ribu tu cuba elakkan.

Kedua, pastikan Syarikat yang anda pilih itu adalah syarikat yang bagus, telah lama beroperasi dan establish.

Ketiga, pastikan produk yang dipasarkan adalah produk yang dapat menambah nilai kehidupan seseoarang dan sentiasa mendapat permintaan, bukan bermusim.

Keempat, sistem perniagaan yang patuh syariah.. bukan sistem piramid, bukan sistem cepat kaya. Kekayaan tidak akan datang bergolek, kena usaha baru la terasa manisnya setiap sen yang diperolehi.

Kelima, pastikan anda memilih mentor yang dapat membawa anda bersama-samanya ke puncak kejayaan. Mentor yang komited dan bersungguh-sungguh, yang sentiasa memegang tangan anda pada setiap masa, yang tunjukkan jalan ketika sesat. Bisnes hebat tetapi jika memilih mentor yang salah tidak akan membawa anda ke mana-mana.

Setiap apa yang kita lakukan carilah SEBAB agar kita terus bersungguh-sungguh. Sedetik kita leka ingatlah kembali SEBAB itu agar kita terus melangkah.

Hidup ini adalah hasil daripada pilihan-pilihan yang kita pilih. Maka corakkanlah ia dengan warna-warna yang indah. Jadikan kesusahan, kesukaran masa lampau sebagai sebab untuk melonjak lebih tinggi... jadikan ia sebagai satu azimat supaya kita tidak mudah kalah dan berputus asa.

Tiada siapa yang boleh mengubah nasib diri melainkan diri anda sendiri.

Kenali Warna Air Kencing Anda

Pelik dengan warna air kencing? Sudah berabad doktor mengkaji perubahan warna air kencing dan kaitannya dengan penyakit. Air kencing yang keladak menunjukkan kemungkinan ada jangkitan kepada saluran air kencing dan air kencing yang berbau 'manis' menunjukkan kemungkinan ada diabetes.

Buah pinggang menghasilkan air kencing untuk membuang air, bahan kumuh dan toksin berlebihan dalam badan, juga bahan kumuh berlebihan dalam darah. Air kencing boleh 'memberitahu' apa yang kita minum, apa yang kita makan, ubat apa yang kita makan dan penyakit apa yang kita ada. Warna air kencing sangat penting untuk menentukan semua itu.


Warna Air Kencing Oren

Sebab

1. Dehidrasi.
Bila anda kurang minum air, air kencing anda akan jadi pekat dan bertukar menjadi oren atau kuning gelap.

2. Makanan
Lobak Merah, Jus Lobak Merah boleh menyebabkan air kencing bertukar menjadi oren. Jika anda makan banyak lobak merah atau minum banyak jus lobak merah, karoten dalam lobak akan menyebabkan air kencing, tapak tangan dan kaki menjadi oren. Makanan dan pill yang mempunyai Vitamin C yang tinggi juga menyebabkan air kencing berwarna oren.

3. Ubat
Sesetengah ubat seperti coumadin, antibiotics, laxatives danchemotherapeutic drugs boleh menyebabkan air kencing berwarna kuning.Vitamin B Compleks juga menyebabkan air kencing berwarna kuning gelap atau oren.

Apa yang perlu dibuat.
Jika air kencing bertukar warna bukan sebab makanan dan ubat, nampaknyaanda kena minum air yang cukup. Minum lebih air dan ia meningkatkan kesihatan badan anda secara keseluruhan. Warna air kencing disebabkan ubat adalah tidak bahaya, tetapi jika air kencing menjadi oren disebabkan anda makan lobak yang banyak, anda harus untuk kurangkan pengambilannya.


Air Kencing Berkeladak dan Keruh

Sebab

1. Jangkitan Kencing
Jika anda mempunyai jangkitan kencing, bakteria dan sel imun dalam air kencing akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi keruh. Jangkitan saluran kencing adalah biasa dikalangan wanita dan biasanya menyebabkan rasa sakit dan kerap buang air kencing.

2. Kegagalan Buah Pinggang
Protein yang terdapat dalam air kencing menyebabkan ia bertukar keruh. Ia adalah tanda kegagalan buah pinggang.


3. Jangkitan secara umum
Apabila anda sakit dan mengalami jangkitan bakteria, sel imun dan bakteriaakan mengeruhkan air kencing.

Apa yang perlu dibuat.
Kepada wanita yang pernah mengalami jangkitan saluran kencing pasti tahu simptom-simptomnya. Cara paling cepat untuk mengubatinya adalah denganrawatan antibiotik. Jika anda tidak demam dan sakit, anda perlu buat analysis air kencing dan ujian darah untuk mengenalpasti adalah kegagalan buah pinggang yang menyebabkan air kencing anda keruh. 


Air Kencing Biru atau Hijau

Sebab

1. Makanan
Asparagus boleh menyebabkan air kencing menjadi hijau dan berbau pelik. Warna biru mungkin terhasil dari pewarna makanan dalam makanan. 

2. Ubat. 
Sesetengah multivitamin, ubat tahan muntah, ubat tahan sakit dan ubat-ubat lain akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi biru

3. Familial hypercalcemia
Familial hypercalcemia adalah penyakit kanak-kanak yang jarang berlaku yang biasanya menyebabkan air kencing menjadi biru

Apa yang perlu dibuat
Warna air kencing ini tidak menunjukkan apa-apa bahaya kecuali Familial hypercalcemia.


Air Kencing Coklat Gelap

Sebab

1. Sayur
Jika anda makan beberapa jenis makanan seperti sayur rhubarb atau favor beans, air kencing anda mungkin bertukar warna menjadi coklat gelap.

2. Ubat
Antibiotik, ubat anti-malaria, penenang otot dan laxative seperti Senna boleh menyebabkan air kencing berubah warna menjadi coklat gelap.

3. Kegagalan fungsi buah pinggang dan hati.
Air kencing berwarna coklat gelap mungkin tanda kegagalan buah pinggang atau hati. Kedua-dua penyakit liver cirrhosis dan acute viral hepatitis boleh menyebabkan air kencing menjadi coklat gelap. Kegagalan buah pinggang yang kronik seperti acute glomerulonephritis di mana buah pinggang tidak boleh membuang cecair dan badan kumuh berlebihan dari darah akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi coklat gelap.

Apa yang perlu dilakukan. 
Jika masalah ini bukan disebabkan makanan atau ubat, anda disarankan untuk berjumpa doktor jika air kencing bertukar warna menjadi coklat gelap. Kegagalan buah pinggang dan hati yang kronik perlukan rawatan segera. 


Air Kencing Tiada Warna atau Pucat

Sebab

1. Terlebih minum air atau kafein
Jika air kencing anda tiada warna, anda mungkin minum banyak air atau anda minum air yang mengandungi diuretics seperti kafein

2. Diuretics
Ubat yang mengandungi diuretics mungkin menyebabkan air kencing tiada warna kerana ia menggesa badan membuang air berlebihan dalam badan

3. Kegagalan buah pinggang
Air kencing tiada warna mungkin disebabkan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik kerana ia tidak boleh memekatkan air kencing. 

Apa yang perlu dilakukan.
Anda boleh mengurangkan minum air atau pengambilan kafein. Tetapi jika air kencing tiada warna adalah bukan disebabkan minum air banyak atau ubat, anda perlu membuat uji kaji buah pinggang supaya dapat mengesan buah pinggang berfungsi dengan baik atau tidak.


Air Kencing Berwarna Merah atau Pink

Sebab

1. Buah-buahan atau sayur-sayuran
Banyak berry dan sayur berwarna warni seperti red beets boleh menyebabkan air kencing bertukar menjadi merah atau pink

2. Ubat
Laxatives dan ubat antipsychotics boleh menukarkan warna air kencing menjadi merah

3. Keracunan bahan logam berat
Logam kronik atau keracunan merkuri menghasilkan pigmen merah yang akan dikumuh kepada air kencing.

4. Darah
Walaupun beberapa titis darah, ia boleh menyebabkan air kencing menjadi merah. Senaman berat, jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau batu karang, barah pundi kencing dan barah buah pinggang boleh menyebabkan ada darah dalam air kencing.

Apa yang perlu dilakukan.
Anda perlu berjumpa doktor jika air kencing anda berwarna merah bukan disebabkan ubat atau makanan.