Tuesday, 28 October 2014

Sarapan Berkhasiat, Badan Sihat

Kajian terkini menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. 

Menurut pakar pemakanan, Madhavi Rai, sarapan sumber pertama memulakan hari dan konsepnya sama seperti berbuka puasa. Ini kerana apabila tidur, badan bukan saja berehat tetapi juga berpuasa iaitu membabitkan tempoh tenaga digunakan tetapi tiada yang diganti semula.

Apabila bangun, sarapan bertindak memberitahu badan inilah masa mengelak daripada rasa lapar melampau.

Walaupun hanya me­ngambil snek ringkas, ia sudah cukup untuk membantu mengurangkan berat badan, merendahkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung. 

Pemilihan sarapan yang baik seharusnya membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. 

Sebaik-baiknya, individu perlu mengambil 300 hingga 500 kalori ketika bersarapan dan ini bergantung kepada aktiviti seseorang. Sarapan yang baik bukan saja menge­nyangkan tetapi mengandungi sumber protein dan karbohidrat kompleks yang memberikan sumber tenaga perlahan untuk kekal cergas sepanjang hari. 

Walaupun jumlah kalori makanan penting, nilai pemakanan harus diambil kira. Bersarapan dengan hidangan kurang berkhasiat boleh menyebabkan pertambahan berat badan terutama bagi mereka yang tidak bersenam atau mempunyai gaya hidup kurang aktif. 

“Jenis sarapan yang patut dielakkan ialah semua hidangan bergoreng seperti ayam dan kentang goreng, makanan mengandungi gula tinggi seperti kek, biskut, wafel dan roti bakar serta makanan berkarbohidrat ringkas seperti roti putih, roti canai dan nasi lemak. 

Jenis sarapan untuk serat tinggi atau karbohidrat kompleks yang patut diambil termasuk gandum, dadih dan bijirin manakala sumber protein terbaik seperti putih telur, ayam, tuna, susu rendah lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya. 

Walaupun sarapan ring­kas sudah mencukupi, tidak semua memberikan nilai kalori mencukupi. Misalnya secawan minuman coklat dan sekeping biskut hanya memberikan tenaga 150kcal. Sudah tentu ia tidak mencukupi dengan pecahan nutrisi diperlukan tubuh seperti gula, karbohidrat, protein, serat, vitamin dan mineral 
Selain itu, kadar pe­ngambilan sarapan juga bergantung kepada aktiviti fizikal seseorang. Individu yang melakukan kerja fizikal pada siang hari perlu mengambil makanan yang akan memberikan tenaga mencukupi. 

Mereka yang sentiasa aktif bergerak dan tidak mempunyai masa bersarapan boleh mempertimbang­kan membungkus sarapan yang dilakukan pada malam hari. Mereka juga boleh mengambil pengganti hidangan seperti minuman buah-buahan berkhasiat dengan susu dan dadih. Ini akan membendung rasa lapar tiba-tiba pada siang hari berbanding mengambil makanan berat. 

Fakta penting yang harus difahami, mengapa kita makan? Jelas Madhavi, makan untuk menambah dan menyimpan tenaga dalam badan. Malangnya apabila seseorang itu mengambil lebih daripada nilai kalori diperlukan, sebahagian makanan yang dimakan bertukar menjadi lemak. 

Menjadi kebiasaan rakyat Malaysia bersarapan dengan menu berlauk seperti nasi dagang, nasi kerabu dan nasi lemak yang bukan hanya menggunakan beras putih semata-mata tetapi dimasak dengan santan yang menjadikan hidangan terlalu berat. 

“Walaupun ia dianggap biasa untuk orang Asia makan nasi sehingga tiga dan empat kali sehari, saya mencadangkan individu membuat pilihan lebih sihat iaitu mengurangkan pengambilan nasi atau mengelak mengambilnya ketika makan tengah hari dan malam. Sebagai alternatif, mereka boleh me­ngambil menu berkarbohidrat kompleks seperti roti mil penuh dan bijirin manakala penggemar jus buah-buahan atau smoothie boleh mengambilnya setiap pagi,” katanya. 

Untuk itu, pengambilan sarapan berasaskan makanan mengandu­ngi protein tinggi harus diperba­nyakkan bagi membolehkan tenaga dikeluarkan dari semasa ke semasa, sekali gus membendung rasa lapar sebelum makan tengah hari. 

Kanak-kanak yang cenderung menggunakan lebih banyak tenaga daripada orang dewasa harus mengambil makanan mengandungi protein mudah hadam seperti telur separuh masak, susu dan keju, makanan berasaskan karbohidrat seperti roti bakar dan bijirin serta buah-buahan atau madu. 

Ibu bapa harus bijak menyediakan hidangan pelbagai warna dan rasa bagi menarik perhatian terutama kanak-kanak yang sering menghadapi masalah bersarapan. 

“Lobak merah, strawberi, epal dan oren antara hidangan yang mampu menambah selera kanak-kanak. Selain itu, ibu perlu kreatif dari segi pembungkusan makanan menggunakan bekas berwarna-warni. Anak-anak juga boleh terbabit dalam penyediaan makanan supaya mereka lebih berminat pada makanan sihat,” katanya. 


Pilih makanan sesuai 

Jika ada mengatakan sarapan menyebabkan rasa mengantuk serta hilang tumpuan, Madhavi menolak pandangan ini dan menjelaskan individu yang kurang bertenaga dan mengantuk selepas bersarapan disebabkan pengambilan makanan tinggi gula dan karbohidrat, sekali gus menyebab­kan peningkatan tahap gula dalam darah. 

Bagaimanapun, kandungan gula ini akan turun secara mendadak menyebabkan badan kurang bertenaga, lemah, mengantuk serta berkeinginan untuk makan makanan mengandungi tinggi gula dengan banyak. 

“Jadi, amat penting individu memilih jenis makanan sesuai bagi memastikan badan berada dalam keadaan baik. Contohnya, pisang sumber kalium dan mineral terbaik untuk jantung dan menstabilkan tekanan darah. Ia juga terkenal sebagai makanan pelindung ulser perut dan gastrik. Campuran susu rendah lemak, pisang dan buah beri mengandungi vitamin C dan antioksidan yang hebat serta mampu menjadi sarapan berkhasiat terutama untuk mereka yang jarang bersarapan,” jelasnya. 

Walaupun kedengaran agak mustahil, apabila sarapan mampu menurunkan berat badan, itulah hakikatnya. Mereka yang sedang berdiet perlu menjadikan sarapan sebagai pembuka hidangan utama. Ini boleh dilakukan dengan me­ngambil tiga hidangan utama dan dua snek kecil di antara waktu makan untuk mengelak badan daripada memberikan isyarat lapar serta makan dengan lebih kerap. 

“Apabila badan berada dalam keadaan lapar, mereka akan makan apa saja, sekali gus menyebabkan pengumpulan lemak degil dalam badan dari semasa ke semasa,” jelasnya yang mengakui tiada waktu terbaik mengambil sarapan. 

Namun sebaiknya selepas bangun tidur, minum segelas air dan tunggu sehingga 30 hingga 45 minit sebelum makan. Segelas air membantu memberikan rasa selesa, sekali gus menghalang daripada terus mengambil sarapan dengan banyak.

Kolesterol & Latar Belakang

Apa sebenarnya Kolestrol?


Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon. Kiranya kalau tiada langsung pun tidak boleh lah. Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ni terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

Kita biasa dengan tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.

Ada berapa jenis Kolestrol?
Di dalam badan kita ada 2 jenis lipoprotein membawa kolesterol.

Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan yg lagi satu dipanggil HDL (high density lipoprotein).

LDL ni popular kerana dipanggil ‘kolesterol jahat’. Kenapa jahat? Sebab jika paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

HDL pula dikenali sebagai ‘kelosterol’ baik. Sebab ape baik? Sebab ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.

Jadi sebab tu la tadi dikatakan kolestrol ni penting juga. Bukan semuanya kita kena buang

Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.

Apa fungsi Kolestrol?


Seperti yang dinyatakan diatas, terdapat beberapa fungsi penting kolestrol dalam tubuh badan kita. Antaranya:

+Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
+Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
+Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
+Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
+Menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
+Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
+Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
+Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.

Apakah tahap normal Kolestrol?


Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.

Apa akan terjadi jika Kolestrol bukan ditahap sepatutnya?

Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.

Antara masalah yang biasa berlaku ialah:

~Strok

~Serangan jantung

~Penyempitan arteri

~Darah tidak mengalir dengan baik

Bagaimana cara mengawal paras Kolestrol?

Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan untuk membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan.

MENGAWAL DIET– Sebenarnya, makanan sebenar yang mengadungi kolesterol (dietary cholesterol) tidak memberi kesan buruk kepada kolesterol dalam tubuh kita. Masalah berlaku apabila kita megambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses. Oleh itu, banyakkan makan makanan yang sebenar, dan lemak yang berkualiti.

PERBANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL – Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL yang lebih tinggi dari HDL adalah lebih tinggi . Maka, banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya.

MENURUNKAN BERAT BADAN - Orang yang mempunyai masalah berat badan terutamanya yang menhadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.

MENJAUHI ROKOK DAN ALKOHOL - Terang dan jelas bahawa kedua perkara ini sangat tidak bagus utk kesihatan dan haram disisi agama Islam.

PENGAMBILAN SUPPLEMEN - Supplemen yang diambil dengan betul dapat memberikan bantuan kepada tubuh kita dalam mengurangkan paras kolestrol yang tidak diperlukan tubuh di samping menjaga kesihatan jantung.

Apakah supplemen Shaklee yang dicadangkan?

Untuk mengawal paras kolestrol dan masalah berkaitan dengannya, terdapat 3 produk khas yang boleh di amalkan penggunaannya utk kesan yang optimum.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik di link setiap supplement ini:


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Doa Mohon Keringanan & Kemudahan

Saya sangat sukakan doa ini. Semoga menjadi amalan kita bersama.

Credit to: Wan Retis (empunya blog)

Doa Supaya Dicukupkan Segala Keperluan

Jika terasa keperluan kita dan keluarga kurang dan tidak cukup. Amalkan doa ini. In shaa Allah.

Petua Mengeluarkan Angin Dalam Badan

Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.

• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.

• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.

• Selalu menguap/mudah mengantuk.

• Sukar bernafas/nafas pendek.

• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

• Kulit kering.

•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.

• Perut berangin.

• Sakit kepala/migraine.

• Perasaan mudah marah.

• Hilang selera makan.

• Hilang/kurang nafsu seks

• Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.

Nak tahu apa yang patut kita lakukan jika badan berangin? Sebenarnya ada bermacam-macam petua, antaranya, minum air halia, minum air panas, minum coke, minum eno dan macam-macam lagi la...

Antara lain cara yang boleh diamalkan untuk membuang angin dalam badan adalah:

- Banyakkan minum air kosong.

- Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.

- Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah

Di sini saya sertakan senarai sumber makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan:

1) Kekacang
2) Sayuran seperti :
a) Brokoli
b) Kobis
c) Taugeh
d) Bawang
e) Asparagus
f) Bendi
g) Terung

3) Buah-buahan seperti :
a) Pear
b) Apple
c) Peach

4) Bijirin seperti :
a) Cereal
b) Roti gandum

5) Minuman ringan dan jus buah

6) Susu dan produk daripada susu dan keju

5) Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti
a) Roti
b) Bijirin
c) Sos salad

6) Makanan bertepung

7) Pemakanan~ Jadual makan tidak teratur, pengambilan makanan yang memberi tindakbalas 'alahan' seperti nangka, labu, mee kuning, daging beku dll, kafein dan minuman soda(bergas).

8) Perubahan emosi~ 'Emotional outbursts', dari tenang menjadi marah dan dari tenang sedih.

Antara petua tradisional untuk elakkan badan berangin

1) Bawang Putih
Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
Hiris bawang putih nipis-nipis.
Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
Minum ramuan ini sebulan sekali.

atau

Bawang putih ditumbuk dan dicampur dengan air panas, bagi air bawang tu keluar dan minum. 

2) Lain-lain petua

Rebuskan Cengkih dan Halia, lepas tu minum ketika masih suam. Ulang beberapa kali..
Minum air rebusan daun mengkudu dan halia.
Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, garam dan sedikit air. Amalkan minum bancuhan ini dan angin akan keluar.
Rendamkan kaki dalam air panas + segenggam garam kasar. Kepanasan air mengikut kesesuaian diri. Rendam sehingga 10 minit atau lebih. Semasa rendaman ini juga, cuba lakukan pernafasan yang teratur ala-ala bermeditasi. Selepas 10 minit, keluarkan kaki dan lap supaya kering; . Tapak kaki akan menjadi merah dan badan berasa segar.(Nota:Semasa aktiviti ini cuba kosongkan minda, penuhi dgn zikir, dan jadikannya aktiviti rekreasi dengan keluarga/pasangan. Seeloknya dilakukan seminggu sekali sebelum tidur)
Urut perlahan-lahan urat besar di tumit dan sekitar buku lali.

Jika badan terlalu banyak angin, disyorkan mengambil Herb-Lax Shaklee supaya perut dapat di 'flush out' segala kekotoran (lemak, sisa makanan, bahan-bahan toxic, lendir dsb). Perut adalah gudang penyakit. Disitu berkumpul segala punca penyakit. Setelah perut di 'flush out', kita akan berasa badan menjadi ringan dan segar.

Penghantaran seluruh Malaysia, Indonesia & China
Hubungi saya pengedar shaklee yang sah
Asdayanty 013-6507465
Sid 1071673

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Gastrik & Punca

Punca Penyakit Gastrik:


Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. 

Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. 

Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, in shaa Allah, Allah akan memberikan penyakit gastrik. 

Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, in shaa Allah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempoh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Tanda-tanda penyakit gastrik:


Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.

Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.

Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.

Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.

Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.

Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan penyakit gastrik:


Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.

Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum

Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau

Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll

Elakkan makan terlalu kenyang

Elakkan cuka, makanan yang pedas

Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.

Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

Doa Ketika Sedang Marah

Jangan buat keputusan ketika kita sedang marah, syaitan sangat menyukai orang yang suka marah. Akal waras telah dikalahkan dan syaitan telah berjaya merasuk ke dalam diri orang yang sedang marah itu. Nauzubillahi min zalik. Semoga kita tidak tergolong dalam mereka yang sering marah.