Saturday, 8 November 2014

Shaklee Labuan: Penghantaran seluruh Labuan

COD Labuan

Kisah petang kelmarin, pergi ke pasar besar baru Labuan untuk cod. Bekas rakan sekolah yang mahu beli Shaklee ni sebenarnya. Katanya khas buat ayahanda tercinta. Dia mahukan vitamin yang boleh kuatkan daya ketahanan badan. Maksudnya mahu kan antibodi lah tu supaya tidak selalu jatuh sakit. Jadi saya berikan SR Vita C dan Zinc Complex. Set Imunisasi buat siapa sahaja yang inginkan jaminan kesihatan. In sha Allah.

set imunisasi


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Shaklee Labuan: BOM Preparation

Peluang Perniagaan Shaklee

Dari dulu saya memang suka menulis. Saya suka baca novel. Menulis pun memang yang bunga-bunga. Sehinggalah sekarang saya masih suka menulis. Saya selalu buat belanjawan bulanan saya sekeluarga. Sekarang tengah2 pagi buta pun menulis. Menaip. Buat update blog saya. 

Esok saya pula diminta jadi speaker utk Peluang Perniagaan dalam Shaklee. Saya sekarang ni sedang praktis lah. Apa mau cakap esok ni. Saya pun jarang berada di depan. Apatah lagi ramainya orang saya jemput. Harap mereka dapatlah menghadirkan diri. Bagi mereka yang ingin tips hidup sihat boleh lah datang menghadirkan diri. In shaa Allah kamu akan dapat sesuatu malam nanti. Saya rasa saya spontan sajalah esok. 

Siapa percaya kita boleh dapat duit kalau amalkan hidup sihat? Siapa cakap jual suplemen tidak boleh dapat income? Siapa yang tidak mahu hidup sihat? Saya percaya ramai yang ingin hidup secara sihat bukan? Tapi mungkin ramai juga yang tidak mahu buat pendapatan sampingan, sibuklah, tiada masa lah, penatlah.. dan macam2 alasan lagi. Tapi bag saya, sebab saya mahukan lebih pendapatan, jadi saya korban masa rehat, korban masa tidur. Bukan susah pun kalau mahu ber'sharing'. Bukan sahaja kita sihat, malah kita boleh bantu orang hidup sihat. In shaa Allah.  

Shaklee Labuan: Duta Meal Shake aka Master-To-Be Shaklee

Kali ini saya bawakan gambar khas buat semua. 

Bagi saya beliau si celik kecil ini duta Shaklee yang paling menawan hati. Si kecil ini adalah pengguna Shaklee saya sejak umurnya 11 bulan lagi. Bagi saya tiada yang lebih penting melainkan kesihatan Duta Shaklee saya ini. Saya akui, Set Anak Pintar memang mahal mencecah RM200++, tapi wang bukanlah penghalang bagi saya untuk memastikan dia sentiasa sihat. Oleh disebabkan itu juga, saya masih bertahan dalam Shaklee, untuk menambah pendapatan demi mendapatkan vitamin percuma melalui bonus saya sendiri daripada hasil jualan Shaklee saya sendiri, saya pusing kan bonus income saya khas untuk memiliki Set Anak Pintar. 
shaklee labuanshaklee labuan


Bukan itu sahaja, setiap kali habis vitamin buat suami, buat mama saya, buat saya sendiri dan adik saya juga, saya akan sentiasa pastikan bekalan vitamin buat mereka ada untuk setiap hari.  

Semoga diberikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelum ini buat mereka semua. 

Kita berusaha dan mencuba yang terbaik, dan kesihatan pasti datang dengan izin Allah s.w.t.
Hubungi saya jika anda inginkan sebarang maklumat mengenai produk Shaklee

Asda 013-6507465
#Sid1071673

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 6 November 2014

Cod Shaklee Labuan: Herbal Blend Multipurpose Cream - Best of the Best!!!

Bukan main laku lagilah Herbal Blend Cream ni, aduhaiii.... Rugi betul siapa tdk ambil peluang mencuba kberkesanan krim herba ni.. Tadi cod, sorg mahu smpai 2 botol katanya murah pula, dia rembat lah dua sekaligus.

Seorang lg cod d balai bomba layangan, sekali dia tengok botol krim tu, wah besar pula.. kalau begini jimat ni, itulah apa sy ckp ini jimat ni RM27 saja baa... confirm tidak menyesal!!!

Sesuai sgt2 utk smua peringkat umur.
Baik terkena panas, mahupun ruam2 dan kesan gigitan semut/nyamuk. Apa lagi kalau kulit kering wah, mmg best. Seminggu lebih cubalah sapukan pd bhgn kering tu, sure akan kurang. Tumit kaki yg kasar dan pecah tu pun sy sapukan juga. Haa... malu kn bila muda2 lagi tumit kaki pecah2.. Apa lg sy pun buat losyen harian. Sapu ja bila2 masa sy suka.. Hehe.. Jimat!! Satu botol sy agak mahu 4 bulan juga.
shaklee labuan

Memang best! Sharing is caring. Kalau berminat boleh bgtahu sy ya!
Asda HealthCare 013-650 7465

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 5 November 2014

Shaklee Effect: Cantik dengan Cara Selamat

Selamat malam semua...

Isnin yang lepas, saya mengikuti berita tv3 dan selepas slot luar negara, saya tertarik dengan tajuk berita "Fenomena Pembedahan Plastik". Menurut daripada berita tersebut, di Korea Selatan, terlalu ramai yang sanggup berbelanja besar untuk buat pembedahan plastik untuk kelihatan cantik. Dua orang warga Korea telah di temubual yang mengatakan pembedahan plastik yang dilakukannya tidak berjaya. Selepas beberapa kali menjalani proses pembedahan plastik, akhirnya mukanya rosak dan langsung tidak menyerupai seorang artis Korea. Pembedahan plastik gagal menjadikannya cantik seperti yang diinginkan.

Wah, dahsyat betul kan di sana. Orang sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan cantik. Menurut berita juga, pada tahun 2013 Korea mencatat negara yang tertinggi yang paling banyak melakukan pembedahan plastik dan daripada berita yang saya dengar d tv tu, akibat permintaan pembedahan plastik yang terlalu tinggi, ramai doktor yang tidak bertauliah telah tampil untuk melakukan pembedahan tersebut walau mereka tidak mahir dan ramai yang telah tertipu oleh janji manis doktor tidak bertauliah tersebut. Teruk betul!

Dari sumber yang boleh saya percaya juga, ada satu street di Korea Selatan, kita boleh ramai orang keluar dengan bertampal dan berbalut akibat menjalani pembedahan plastik. Proses penyembuhan akan memakan masa dalam seminggu dua jika tiada masalah. Menurutnya lagi, ada sebuah hospital yang sangat popular melakukan pembedahan plastik, mereka meletakkan display bahagian2 muka yang telah dipotong semasa pembedahan plastik, kebanyakannya bahagian bawah dagu dan mata. Majoriti rakyat Korea inginkan shape muka yang bujur dan mahu mempunyai kelopak mata supaya kelihatan lebih cantik.

Dari kisah ini, ambillah iktibar supaya jangan mengambil jalan mudah untuk cantik. Bagi saya, kecantikan itu luas skop nya. Tapi saya rasa biar nampak muda selalu secara semulajadi, dengan suplemen yang ada pada Shaklee, saya tahu anda mampu memilih yang terbaik dan berkesan. Tanpa perlu risau kerana Shaklee adalah sangat selamat dan sangat alami.


shaklee labuan
Saya mahu cerita pasal Vivix, anti-penuaan yang sangat menakjubkan. Ia mampu memperbaharui sel kita dan bertindak secara terus pada DNA kita. Jadi, kedutan dan parut luka akan semakin tidak kelihatan dan mampu menghilangkan apa saja parut dan kesan luka di bahagian badan kita. Vivix ini memang sangat ajaib sesuai dengan harganya. We pay more because we ask for more!

Kalau mahukan kulit lebih anjal dan lebih cepat kesannya, ambil lagi Collagen Powder Shaklee.. Memang berkesan dan anda akan nampak keberkesanannya. Tapi bagi saya, Vivix adalah yang paling terbaik bagi saya kalau mereka yang tidak mampu dan ingin cantik boleh cuba Vivix sebagai permulaan. Jika ingin nampakkan kesan yang lebih cepat dan lebih power boleh tambah Collagen Powder dan Sustained Release Vita C Plus.


"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty 
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Photo Canvas

Akhirnya sampai juga ke tangan saya setelah lama saya menunggu. Photo kanvas yang saya order daripada rakan sepejuangan saya semasa di Ipb dulu. Bukan apa, memang murahlah juga dia tawarkan pada saya untuk dua gambar yang sangat besar. Sangat puas hati. Lepas ni fikir macam mana mahu frame dia pulak.. Hehe.. Tunggu update yaa...

Tuesday, 4 November 2014

Omega Guard - Omega 3, EPA dan DHA

Pertama sekali kita kena faham omega tu apa? Ia adalah gabungan rantaian asid politak-tepu, merupakan asid lemak penting yang mana badan kita tak boleh hasilkan dengan sendirinya, sbb apa, badan kita tak ada enzim yang sepatutnya untuk sintesis asid lemak tu.

Bukan semua lemak tidak sihat ya! Ada juga lemak yang penting untuk kita ambil dan perlu mencukupi dalam badan kita.

So? Kalau badan kita tidak boleh hasilkan asid lemak penting ni, apa masalahnya? Perlu sangat kah asid lemak yang di panggil omega 3 ni?

Ya, sangat penting. Sebab apa, ia penting untuk melindungi organ-organ lembut dari terkena renjatan atau kejutan. Dan dikatakan ada 'brain-boosting' power terutama pada kanak-kanak. Bukan tu saja, ia jugak in sha Allah boleh mencegah kanser (breast cancer ke, colon cancer etc).

Omega 3 jugak boleh mengurangkan sakit sendi. Sebab dia kurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi. Jugak mengurangkan risiko serangan jantung, hebat betul ciptaan Allah ni!

Omega 3 ni bantu badan kita tingkatkan kadar serapan vitamin A,D,E dan K. Jadi kalau tinggi kadar serapan, vitamin ADEK akan mudah diserap ke dalam badan.. baru la best badan dapat manfaat vitamin2 tu kan? Sudah begitu ia mampu meningkatkan kadar metabolisme badan pulak tu, memang patut la boleh kuruskan badan!

Omega guard shaklee mengandungi

1. Omega-3 EFA (330mg)

2. EPA (180mg)

3. DHA (120mg)

Omega 3 ni paaaling banyak ditemui dalam jisim ikan-ikan dekat lautan yang betul-betul dalam, dan lautan yang sejuk. Kenapa?

Takat beku ikan adalah rendah. Means cepat membeku pada suhu sejuk. Macamana ikan nak hidup dan berenang dalam laut sejuk, mati la mereka kebekuan kan? Maka Allah anugerahkan omega 3 ni yang mana, ia sangat membantu memanaskan ikan di lautan yang paling sejuk. Memang Allah Maha Bijaksana. Lapisan lemak ni lah yang memanaskan ikan-ikan membolehkan mereka mampu hidup walaupun dalam laut sejuk kan, Subhanallah..

Okay. Ikan-ikan yang biasanya hidup di lautan sejuk adalah macam ikan sardin, tuna, mackerel, salmon. Termasuk lah ikan kod.

Minyak ikan shaklee bebas toksid, Sebab apa?

1) Sebab shaklee tidak amik ikan yang tinggi merkuri.

2) Omega Guard Shaklee di hasilkan melalui kaedah ultratulen ber gred farmaseutikal. Bermaksud proses penyulingan proprietari 3 molekul yg dapat memekatkan asid lemak omega 3 paling tulen.

So boleh lah singkirkan bahan bahaya dalam ikan macam merkuri and plumbum. Company lain tak guna kan proses ni sebab mahal...

3) Omega Guard Shaklee tidak di ekstrak dari minyak hati ikan sebab kandungan toksik dalam hati adalah sangat tinggi! Sebab itu kita mesti elakkan pengambilan minyak ikan daripada hati (liver). Kamu perasan kah tidak Scott Emulsion tu ada tulis lebih kurang berbunyi begini "Cod fish liver oil".

Jadi sekarang pilihan di tangan anda..

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”