Sunday, 7 May 2023

Shaklee business: The best work from home

Tidak sedar masa berlalu dengan cepat. Sudah pun lebih setahun saya mengurus hal rumahtangga sepenuh masa: suami, anak-anak, dapur, rumah, pakaian semuanya endless story. Tipulah kalau saya kata saya tidak mahu bekerja lagi. Ramai sahabat masih lagi memberikan nasihat untuk saya kembali hidupkan karier saya. 

Karier vs Ijazah


Sebenarnya ada juga niat untuk bekerja semula. Ada juga sekali dua saya menulis email untuk memohon kerja. Tapi jenuh juga saya mencari jawatan kosong yang membolehkan kita melakukan pekerjaan dari rumah sahaja. Sehinggakan semasa saya menulis surat memohon pekerjaan pun, saya terpaksa berterus terang yang saya mahukan flexible working hours dan work from home basis. 

Iyalah kan ada Ijazah Perakaunan takkan mahu disia-siakan kan? Tapi entahlah, mungkin fokus tu bukan lagi ke arah itu. Bagi saya, keluarga saya ini ialah investment terbesar. Mungkin juga inilah jalan yang Allah SWT mahukan yang merupakan pilihan terbaik buat saya dan keluarga. 

Shaklee dan Kek Batik


Paling tidak pernah berhenti juga saya masih teruskan bisnes Shaklee saya. Saya tidak simpan banyak stok pun. Jadi modal saya tidak besar dan paling pun saya stok yang betul-betul suplemen yang saya konsisten makan. Jadinya kumpul-kumpul order layak juga saya bonus setiap bulan. 

Syukur juga April 2023 sebuah permulaan cycle yang baik buat group saya. Saya doakan downline saya semuanya terus konsisten makan Shaklee dan ada buat pembelian setiap bulan. Semoga mereka semua merasai keberkesanan Shakle tanpa dipaksa. 

Selain dari Shaklee, bermulanya usaha saya dengan bisnes kek batik kerana minat yang mendalam. Saya mulakan dengan pre-order basis. Jadi sekiranya ada tempahan barulah saya buat kek tu. Saya mulakan dengan modal kecil-kecilan. Lagipun alat-alat memasak dan peralatan membuat kek sudah pun ada. Cuma tinggal kita bertindak sahaja. Syukur lah kan saya healing dengan membuat kek batik. Enjoy walaupun penat. 

Bisnes Dari Rumah


Walaupun tidak banyak, sedikit sebanyak saya sudah pun merasai hasilnya. Bisnes dari rumah ini memang lebih memenatkan berbanding kita keluar bekerja. Iyalah dalam masa yang sama kena fokus banyak perkara. Nama pun buat dari rumah kan. Kalau kita pergi pejabat, kita fokus kerja yang ada saja tapi di rumah ini sangat berbeza. 

Tetapi itu bukan menjadi penghalang buat saya. Walaupun memang banyak iklan dari mereka dan kadang itulah yang buat kita stres tapi sekurang-kurangnya kita boleh pantau mereka di depan mata. Saya bebas buat apa sahaja yang kita mahukan. Kita susun to do list mengikut priority barulah teratur dan kita tidak mudah serabut. 

Lagipun bisnes dari rumah ni flexible. Bila-bila masa boleh buat mengikut kesesuaian dan kelapangan kita sendiri. Orang putih cakap "Mind your own business". Eh bukan maksud saya jangan campur tangan urusan orang tapi maksud saya ini ialah perniagaan kita sendiri ialah hasil dari cara fikir kita sendiri lah. Tidak sihat atau penat, rehatlah tapi jangan berhenti. Kita manage ikut akal waras kita sendiri. 

Saya suka bisnes dari rumah ini pun sebab saya boleh keluarkan modal mengikut kemampuan. Perlahan-lahan kayuh. Sebab apa kita perlu buat perlahan-lahan, step by step. Supaya kita nampak hasil nya sedikit demi sedikit jadi kita tidak mudah berputus asa. Sekiranya mengejut keluarkan modal besar, kalau perkara yang kita mahukan tidak menjadi kita juga mati akal dan menyesal. Betul kan? 

Jadi tunggu apa lagi? Masih ada yang ragu-ragu buat Shaklee kah tu? Bagi saya Shaklee ialah perniagaan yang mudah. Tidak perlu simpan stok yang banyak. Tidak perlu keluar modal besar. Duduk dari rumah pun boleh jana pendapatan. 

Dengan mencuba vitamin Shaklee anda akan rasa sendiri keberkesanannya yang pasti hati kita jadi terpaut seterusnya kita boleh kongsi pengalaman makan Shaklee dengan keluarga dan rakan-rakan. Dari sinilah anda akan mula membina empayar sihat bersama Shaklee. Sihat tubuh badan dan sihat dari segi pendapatan. Mari sertai keluarga Shaklee kami. Klik saja pada nama saya di bawah untuk hubungi saya dengan segera. 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

COD Shaklee Labuan area

Kenangan COD Shaklee 8 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan. Masa itu saya belum ada kekuatan diri memandu untuk membuat penghantaran Shaklee dan ketika itu saya sudah pun mempunyai seorang anak kecil. 

Apabila dijadikan cerita, Nazran masa itu masih kecil lagi. Malam kah siang atau awal pagi sebelum pergi kerja menyempat juga saya COD Shaklee. Saya sendiri tidak percaya saya boleh buat. Terkadang saya sendiri berjalan kaki pergi GDex untuk collect suplemen Shaklee yang sampai untuk saya terus menghantar. 

Beberapa kali juga saya cuma berjalan kaki saja menghantar jika tempat yang di tuju berdekatan pejabat dan di kawasan bandar. Tidak kira hujan kah panas kah redah saja masa tu. Menjadi kebiasaan saya mengambil waktu rehat untuk pergi ke mana-mana demi memenuhi tuntutan pulangan modal.  

Selalunya selesai bekerja kami keluar lagi menghantar  demi meraih pendapatan sampingan. Jika penghantaran dibuat sebelah malam suamilah yang memandu ke sana sini, penat atau tidak belakang cerita janji pelanggan dapat bekalan Shaklee dengan segera. 

Sekarang syukur alhamdulillah, saya boleh ke mana-mana tanpa membebankan suami sendiri. Kekuatan untuk memandu kereta datang pada tahun 2018 apabila satu push factor yang menguatkan semangat saya ialah menghantar Nazran ke sekolah apabila suami saya sering outstation. Mulai saat itulah, tercetusnya semangat untuk saya memegang stereng kereta semula setelah menghadapi trauma kemalangan pada tahun 2009. 

Bukan mudah untuk bangkit semula dari peristiwa pahit tapi syukur atas impian yang tercipta saya mahu mencuba berusaha sehabis daya saya. InshaALLAH. Anda semua pun tidak mustahil untuk mencapai impian masing-masing. Tapi ingat kita harus istiqamah dalam usaha dan tawakal selalu. Cepat atau lambat itu rahsia Allah SWT kita perlu sabar dan terus bersabar. 

Sekiranya ada yang tertarik untuk menjadi rakan kongsi saya dalam bisnes Shaklee, jangan segan-segan untuk bertanya ya. Saya juga boleh menghantar Shaklee ke tempat anda dengan segera di mana-mana kawasan Labuan dan juga ada sesekali COD di luar Labuan. Untuk kawasan yang jauh-jauh saya boleh membuat tempahan melalui online dan akan dihantar ke pintu rumah anda. Senang kan. Mudah dan pantas. 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Bermimpilah setinggi langit, berusahalah untuk merealitikan impian

Jangan takut untuk bermimpi


"Sebuah impian yang tercipta adalah peluang untuk kita menjadikannya realiti"

Impian adalah gambaran atau gambaran mental tentang keinginan, matlamat atau cita-cita seseorang untuk dicapai pada masa hadapan. Impian boleh menjadi matlamat kerjaya, kebahagiaan, kekayaan, cinta, atau apa sahaja yang diinginkan oleh seseorang.

Impian boleh memotivasikan dan memberi arahan kepada seseorang untuk mengambil tindakan dan usaha untuk mencapai matlamat mereka. Impian juga boleh menjadi sumber inspirasi, kebahagiaan, dan rasa pencapaian apabila ia dicapai.

Semua orang ada impian masing-masing dan tidak salah berangan-angan untuk mencapai sesuatu yang kita impikan. Impian adalah sesuatu yang perlu kita capai bukan sekadar mimpi di siang hari saja. Jadi, kita perlu bertindak untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu bukan hanya duduk diam menunggu impian jatuh ke riba. 


Oleh yang demikian, untuk mencapai sesuatu yang kita mahukan kita perlu berkorban masa, tenaga malah wang ringgit. Masa rehat kita isi dengan perkara yang bermanfaat demi menuju sebuah impian. Tenaga yang ada dalam diri kita jangan sia-siakan untuk kita berusaha sehabis daya melakukan sesuatu. Kita juga perlu berkorban dari segi harta dan wang ringgit demi mencapai sesuatu yang kita inginkan.

Saya sendiri ada impian yang sangat banyak. Selepas saya menyertai Shaklee 10 tahun yang lalu, saya tulis setiap satu impian saya dalam vision board. Sesekali ada masa mesti saya tenung vision board saya ni untuk kembalikan aura semangat yang terkadang nya kabur. Saya mesti berjaya mencapai impian saya suatu hari nanti. InshaALLAH! 

Impian vs Pengorbanan


Dalam menjalankan bisnes Shaklee saya, apabila ada masa yang terluang saya buat sharing di media sosial, buat posting di bisnes page, siapkan entri blog. Korban masa rehat, korban masa tidur. Kadang dalam tandas pun sempat lagi share status. Masa adalah yang paling berharga buat kita. Masa lebih bernilai daripada wang ringgit kerana duit kita masih boleh cari lagi tetapi masa yang terbuang tidak boleh terulang kembali.  

Berkorban dari segi tenaga pula apabila saya  terpaksa mengangkat stok Shaklee saya menaiki 4 tingkat tangga untuk dibawa ke rumah dan kadang perlu ulang alik ke rumah upline saya untuk mengambil stok seterusnya perlu buat penghantaran. Itulah pengorbanan yang perlu kita lakukan dan banyak lagi yang kita perlu lakukan demi sebuah kesenangan. 

Tidak ketinggalan juga pengorbanan dari segi wang ringgit. Sepanjang bersama Shaklee, saya hadir pelbagai kelas yang berbayar untuk memantapkan ilmu dan pengetahuan. Pengorbanan ini sebenarnya sebuah pelaburan juga. Harta benda dunia semuanya bersifat sementara, malah kesihatan pun sesekali Allah tarik nikmat sihat tapi dengan wang yang walau sedikit itu pun kita korban beli suplemen Shaklee.  

Demi mendapatkan sesuatu yang lain kita perlu korban sesuatu yang lain dan sebenarnya impian itu datang dengan kekuatan semangat dan rasa yang membuak-buak untuk mencapai sesuatu yang besar dan berharga. Di sinilah nanti kamu tidak berkira untuk melakukan sesuatu pengorbanan. Pengorbanan bukan lagi sesuatu yang terkorban kerana ianya akan menjadi satu titik tolak untuk kita mendapatkan sesuatu yang bernilai secara berterusan. 

Tipulah kalau kita tidak pernah rasa putus asa kan? Tapi saya sentiasa mencuba yang terbaik dan bangun berdiri setiap kali rebah. Rasa rendah diri itu datang apabila kita membandingkan diri kita dengan orang lain. Tapi sebenarnya disebalik rezeki mereka yang lain kita juga ada rezeki di bahagian lain. Jadi jangan pernah rasa kita serba serbi kurang sebab kita punya kekuatan sendiri dan rezeki itu rahsia Allah SWT. Have faith. 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 28 April 2023

Berhari Raya dengan Shaklee maintain berat badan

Indahnya sungguh di hari raya, ramainya orang bersuka ria. Ewahh mesti ada yang ternyanyi tu kan. Sambung lagi, adikku manis cantik bergaya bolehkah abg ikut bersama. Ewahh.


Turun Berat Badan Sepanjang Puasa


Berlalulah sudah Ramadhan yang penuh dugaan. Cepat betul masa tu  berlalu sampai tidak puas merasai bulan penuh keberkatan yang pahala dilipatgandakan. 

Terawih pun satu senaman yang kita boleh lakukan secara konsisten setiap malam. Biasanya berbuka pun ala kadar saja bukan apa sebab kita ni sebenarnya lebih rasa haus berbanding lapar. Jadinya selepas berbuka, minum air banyak confirm cepat kenyang.

Sepanjang puasa selepas bersahur, saya telan Alfalfa, Omega Guard dan SR Vita-C Plus. Malam sebelum tidur pula mesti makan OsteNutrix. 

Alhamdulillah konsisten consume ni sebulan puasa saya turun 6kg. Daripada 61kg turun jadi 54kg. Bulan puasa ni lah perlu ambil peluang utk turunkan berat. Sebab usus kita boleh berehat selama beberapa jam. 

Seminggu hari raya berat belum naik lagi


Sebulan berpuasa menahan lapar dahaga, tiba Syawal kita raikan dengan rasa gembira terus melantak makan apa yang terhidang. Tiada yang dapat tahan nafsu apabila makanan sedap² terpampang depan mata. Saya sendiri tidak terkecuali. 

Prevention is better than cure, tentunya saya pilih hari raya dengan Shaklee bersama Alfalfa, Omega Guard dan Lecithin. 

Sebab apa Alfalfa? Makanan terhidang biasa
kurus raya

lauk pauk yang bersambal tapi ramai orang tidak perasan hidangan sayur selalu kena skip. Sayangnya. Jadi Alfalfa ni lah sayur saya. 

Lecithin pula untuk bakar lemak biar
suplemen raya

metabolisme kita cepat sikit bekerja. Lecithin ni akan memecahkan lemak² terkumpul dan akan dibuang daripada badan kita sedikit demi sedikit. Mungkin melalui peluh kencing dan najis.
vitamin raya


Omega Guard pula untuk menjaga kolesterol. Hish jangan main² ya dengan kolesterol jahat dia boleh attack jantung kita tau. Raya pun raya juga boleh silakan all out tapi body maintainance kena all out juga. 

7 Syawal 1444H berat saya masih maintain buat masa ini. Semalam seharian makan kuih saja raya. Tapi pergi rumah orang saya request air sejuk saja. Minuman manis tu ada juga tapi sesisip dua saja. Asal tidak kempunan orang cakap. Nah pagi ini saja 2kali sudah saya pergi tandas. Sebelum dan sesudah subuh perut memulas. Alhamdulillah lega mudah²an penyakit pun keluar semasa membuang. 

Rugi tau badan mau pakai lama tapi tidak ada kesedaran sihat itu penting. Lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit. Kita sama² beringat lah ya daripada makanan itulah datang nya racun tapi dari makanan juga kita ada penawarnya. 

Wang ringgit boleh dicari. Tapi sekali kita sakit, wang ringgit tak dapat dicari. Setuju? Bila sakit nikmat hidup pun sempit makan itu ini mesti control. Berhari raya dengan Shaklee InshaAllah jalan terbaik buat semua. 

Sana sini berhari raya mesti dengar sakit gout lah, darah tinggi lah, bila kita suggest Shaklee orang cakap kita jual pula. Ada pula kata Shaklee ni mahal. Ok Shaklee yang mahal atau sihat itu lagi mahal? Daripada menderita kesakitan. Beli baju RM100-RM200 boleh pula kan. Bergaya pun tidak guna jika badan kita bermasalah. 

Bagi saya Shaklee masih dalam range harga yang berbaloi. Saya tiada pendapatan yang tetap ya tapi saya masih boleh bekalkan Vitamin C untuk anak² saya. 

Chewable Vita C baru RM56 ada 90 biji. Sehari kanak² yang sihat perlu makan sebiji saja boleh pun sampai 3 bulan sebagai bekalan. RM56 utk 3 bulan barulah berapa sen sehari/sebiji. Harga vitamin Shaklee yang berbaloi inilah membuatkan saya setia bersama Shaklee selama hampir 10 tahun.

Saya sangatlah mahu membantu anda diluar sana yang sedang menahan kesakitan atau sedang buntu tiada jalan keluar atau maaih tercari² suplemen yang selamat dan berkesan. Marilah beralih pada Shaklee. Konsisten selama setahun InshaAllah for sure anda akan rasa perubahan yang baik. Pilihan di tangan masing². 

#NextLevelBlogging #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 19 April 2023

Dompet tebal dengan Insentif Shaklee Malaysia

Shaklee bukan sahaja memberikan peluang untuk kita meningkatkan tahap kesihatan tetapi melalui Shaklee juga kita boleh menebalkan dompet kita yang kempis. Sejak kebelakangan ini kita semua sedia maklum, inflasi sedang berlaku tanpa kita boleh hadam dengan baik. Kuasa membeli pun sudah makin menurun. Dan golongan yang berpendapatan rendah terjejas teruk. Keras bah itu kehidupan bilang orang sini. 

3 kumpulan Utama yang memberikan kesan besar dalam mempengaruhi trend dan kadar inflasi 2023 di Malaysia iaitu: 

Makanan dan Minuman Bukan Beralkohol (29.5 peratus)
Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (23.8 peratus)
Pengangkutan (14.6 peratus)


Sejak setahun yang lalu, saya telah keluar dari karier life saya sebagai auditor dan mengambil keputusan untuk fokus kepada keluarga. Tidak lama selepas itu, inflasi melanda negara kita secara mendadak. Boleh dikatakan setiap bulan saya ke pasar atau membeli belah, saya perasan harga barang mulai naik sedikit demi sedikit. Tidak terkecuali harga pada barang kawalan turut melonjak naik. 

Oleh kerana sibuk dengan hal rumah dan anak-anak, masa saya sangat singkat untuk fokus setiap satu hal dan urusan. Saya ada juga mencari jawatan kosong. Tetapi kebanyakan nya tiada yang sesuai untuk saya yang perlukan masa kerja yang fleksibel. Oleh disebabkan inilah, saya tekad untuk work from home iaitu menjana pendapatan dari rumah saja. 

Siang kelmarin, saya menghadiri kelas online actually more to briefing daripada Shaklee Business Manager yang menceritakan tentang cara untuk menambah wang tunai sekiranya kita rank up sebelum Julai 2023. Ini khas kepada semua ahli Shaklee yang berdaftar tidak kira baru atau lama janji rank up seawal bulan April ini. 

Yes! Ini peluang best ni untuk dapat duit banyak dalam keadaan harga barang semua naik yang tiada tanda-tanda pun harga barang tu boleh turun. Semakin hari semakin naik harga barang. Semakin itulah kita perlu lebih usaha untuk dapatkan pendapatan yang banyak. 

Cash Incentive RM600 


Shaklee menawarkan extra cash sebanyak RM600 pada semua SID (Shaklee Independent Distributor) yang berjaya berjaya rank up pada bulan April atau Mei atau Jun 2023. Dan, setelah rank up perlu effective iaitu stay pada new rank selama 2 bulan berturut-turut. 

Contoh: Keisha berjaya rank up daripada Distributor kepada Supervisor pada bulan Mei 2023. Dia juga perlu stay dalam rank Supervisor pada bulan Jun dan Julai 2023. Keisha layak mendapat cash incentive sebanyak RM600 pada bulan Ogos 2023 nanti. 

Income cecah RM5,000 


Ini khas kepada yang rank up daripada Distributor kepada Supervisor. Yang bestnya, bonus layak untuk seorang Supervisor boleh mencecah kepada RM1,100 yang sebenarnya boleh dapat lebih lagi tau. Itu belum kira untung runcit hasil daripada menjual produk Shaklee lagi ya. Untuk mendapatkan bonus 4 angka ini,  pembelian produk terkumpul dalam group Shaklee tersebut hendaklah mencecah RM7,000 atau lebih. 

Sebagai contoh, pada bulan February pembelian terkumpul daripada group saya ialah sebanyak RM8,027 dan saya layak mendapat bonus pada masa itu mencecah juga RM1,500.58. 

Jadi, sekiranya saya ambil contoh ini tadi untuk naik rank Supervisor pada Mei dan effective Supervisor pada Jun dan Julai 2023, jumlah bonus saya ialah RM4,500 dan pada bulan Ogos saya dapat lagi insentif Shaklee yang saya cerita di atas tadi RM600. Jadi jumlah keseluruhan ialah RM5,100. WOW! Banyak tu! 

Ini contoh paling minimum untuk rank Distributor rank up ke Supervisor ya. Kalau base rank seorang SID ialah Supervisor dan rank up kepada Senior Supervisor lagi besar bonus dia tau! Makin tinggi base rank makin tinggi rank up maka makin banyaklah bonus yang SID layak dapat. 

Apa lagi semua SID fokus jom recruit lebih ramai orang yang boleh jadi rakan kongsi dalam bisnes kita. Tarik orang ramai untuk consume dahulu dan jika mereka berminat boleh buat part time business untuk dapat lagi extra cash. 

Jom sama-sama kita jana pendapatan walaupun cuma dari rumah sahaja. Terapkan 3S berikut: 

Share: kita berkongsi kebaikan dan manfaat semua produk Shaklee pada semua orang 
Service: kita bagi juga perkhidmatan konsultasi dan after sale service pada yang membeli Shaklee dari kita 
Sponsor: seterusnya kita taja mereka yang berminat menjadi ahli tidak kira ahli yang cuma pengguna ataupun ahli yang memang mahu jana pendapatan.

Bisnes bersama Shaklee layak BONUS setiap bulan dan pendapatan lebih daripada untung runcit 

Anda yang berminat jangan segan silu untuk bertanya. Saya akan guide anda from zero to hero. InshaAllah!

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 14 April 2023

Tips Kurus dengan Cepat Semasa Berpuasa

Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan memang salah satu cara yang terbaik untuk kuruskan badan dan tidak dinafikan ramai yang ambil peluang ini semasa berpuasa. Berpuasa ialah menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hinggalah waktu habis waktu senja. 

Kalau kita di Malaysia, menahan lapar dan dahaga selama 13 jam atau lebih bergantung pada waktu sahur masing-masing. Jadi sambil kita memenuhi ibadah puasa, bolehlah on kan misi kita yang mahu kuruskan badan. Jom tengok tips kuruskan badan dengan cepat semasa berpuasa. 

Kurus dengan cepat


Tips Kurus Sepanjang Berpuasa

  • Sahur

Saya pasti ramai yang diluar sana skip sahur. Alah! Malaslah bangun awal pagi, penatlah tidak larat, mata tergam tidak mahu buka lah. Pelbagai alasan. Tapi sebenarnya sahur ini sangat penting tidak kiralah kita cuma bangun untuk minum seteguk air atau sebiji kurma pun jadilah. Janji kita bersahur. Sebab, sahur ini sangat di anjurkan oleh para Nabi jadi amalan bersahur ini sudah tentu beroleh pahala. Inshaa ALLAH.

Kita juga digalakkan untuk melewatkan waktu sahur. Sunnah untuk kita melewatkan waktu sahur sehingga hampir kepada waktu subuh sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Zaid bin Thabit RA, beliau berkata:

تَسَØ­َّرْÙ†َا Ù…َعَ رَسُولِ اللهِ صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ، Ø«ُÙ…َّ Ù‚ُÙ…ْÙ†َا Ø¥ِÙ„َÙ‰ الصَّÙ„َاةِ، Ù‚ُÙ„ْتُ: ÙƒَÙ…ْ Ùƒَانَ Ù‚َدْرُ Ù…َا بَÙŠْÙ†َÙ‡ُÙ…َا؟ Ù‚َالَ: Ø®َÙ…ْسِينَ آيَØ©ً

Maksudnya: "Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangun untuk mendirikan solat, aku telah bertanya, berapa jarak antara keduanya? Maka baginda SAW bersabda: 50 ayat."

Riwayat Muslim (1097), al-Nasaie (2155), dan Ibn Majah (1694)

50 ayat di dalam hadith ini bermaksud kadar tempoh bacaan ayat al-Quran tersebut lebih kurang persamaannya dengan kadar waktu antara imsak dengan waktu subuh.

  • Cara pemakanan yang sihat dan berkhasiat 

Berkhasiat ini maksudnya real food yang mempunyai tinggi kandungan serat dan protein. Ini penting supaya badan kita sentiasa sihat dan kekal bertenaga.Contoh makanan yang tinggi serat dan protein: Bijirin- oatmeal, telur, buah-buahan -pisang, kurma, aprikot, sayuran -kubis, brokoli, bayam, daging tanpa lemak -ayam tanpa kulit.

Elak pengambilan makanan yang berminyak seperti ikan goreng, sayur tumis dan variasi kan cara masakan. Contoh: Ikan bakar, ayam panggang, sayur rebus.

Pastikan makanan sahur anda adalah seimbang dan berkhasiat untuk memastikan anda memperoleh nutrien yang mencukupi untuk menjalani ibadah puasa dengan baik dan sihat.

Kurangkan garam dalam makanan, kurangkan gula dalam minuman dan lebihkan manis dalam senyuman. Cewah. 

Makanan yang terlebih garam atau masin biasanya akan menyebabkan kita terlalu haus semasa berpuasa.  Manakala makanan atau minuman yang manis pula memang akan memberikan kita mudah lesu selepas melakukan aktiviti fizikal. Bekalan tenaga itu mungkin ada tapi tidak long lasting. 

Elakkan makanan yang manis atau berkafein seperti teh, kopi dan minuman ringan kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi dan mengganggu misi kuruskan badan.

  • Minum air yang cukup 

Air yang dimaksudkan ini bukanlah air manis yang bergula tu ya. Sepanjang berpuasa badan kita akan kekurangan air dan makanan untuk jangka waktu yang lama, oleh itu penting untuk memastikan tubuh anda mencukupi keperluan air semasa sahur.

Untuk memastikan anda mencukupi keperluan air semasa sahur, minumlah sekurang-kurangnya 2-3 gelas air pada waktu sahur dan minum sedikit demi sedikit di malam hari selepas berbuka. 

Kita juga boleh memilih minuman yang mengandungi elektrolit seperti jus buah-buahan segar atau minuman isotonik untuk membantu memperbaiki keseimbangan elektrolit dalam badan.

Namun, elakkan minum minuman yang manis atau berkafein, seperti kopi atau teh, kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi. Sesetengah orang sukar untuk minum air biasa, cubalah menambahkan sedikit perisa seperti jus lemon atau mint untuk memberikan rasa yang lebih segar. 

Paling tidak pun boleh minum bancuhan Performance Drink yang sangat ringkas di bancuh. Segar dan kekal hidrasi. 

  • Makan ala kadar dan jangan berlebih-lebihan 

Penyediaan makanan semasa sahur biarlah yang ringkas supaya kita tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan menu. 

Dan semasa berbuka pula, mulakanlah makan buah kurma dan minum air putih dahulu. Sebab kadang kita berpuasa sepanjang hari bukanlah kita lapar sangat pun tetapi kita lebih rasa haus dan dahaga.  

Walau bagaimanapun, berhentilah makan sebelum kenyang untuk mengelakkan perut kita terlalu penuh dan ketidakhadaman. 

  • Aktiviti fizikal


Lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan atau berjalan-jalan selama 30 minit setiap hari semasa berpuasa. Ini membantu membakar kalori dan meningkatkan metabolisma badan.

Aktiviti fizikal juga dapat membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan seperti obesiti, penyakit kardiovaskular, dan diabetes. Senaman ringan seperti regangan dan berjalan adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman.

Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah 30 minit sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan terhadam.

Tetapi harus ingat jangan pilih aktiviti fizikal yang terlalu berat semasa berpuasa kerana ia boleh menyebabkan kita cepat letih dan kekurangan cecair. Contoh aktiviti ringan ialah berjalan santai, memasak, menyapu lantai dan berkebun.


  • Ambil suplemen sebagai pelengkap nutrien atau meal replacement 

Suplemen Shaklee mempunyai meal replacement yang sangat mudah untuk disediakan atau kita boleh pun skip tips yang saya nyatakan di atas sekiranya terlalu malas untuk masak menu sahur atau pun juadah berbuka. 

Berpuasa dengan set suplemen Shaklee lebih menjimatkan masa dan tenaga sebenarnya. Mak-mak macam saya ni lagi suka kalau tidak perlu masak. Shake-shake saja then minum. Lepas tu telan vitamin mengikut keperluan. Then siap. 

Antara vitamin/suplemen Shaklee yang saya sarankan semasa berpuasa: 


Cinch/ESP: Gabungan protein yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan lebih bagus di amalkan dalam diet harian kita tidak kiralah mahu kurus kah mahu turunkan berat badan. Ianya lebih sihat berbanding protein haiwan. 

Protein haiwan seperti daging, telur, dan produk tenusu mengandungi lebih banyak lemak dan kolesterol berbanding protein tumbuhan. Lemak dan kolesterol yang berlebihan dalam makanan boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.

Protein tumbuhan seperti kacang soya yang ada menghasilkan Cinch dan ESP ini mengandungi lebih banyak serat berbanding protein haiwan. Serat membantu meningkatkan fungsi sistem pencernaan dan membantu mengurangkan risiko kanser usus besar.

Tambahan lagi, Cinch dan ESP mengandungi lebih banyak nutrien seperti vitamin, mineral, dan antioksidan. Antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, manakala nutrien membantu mengekalkan kesihatan tubuh secara keseluruhan. 


Lecithin: Fungsi yang membantu dalam misi kurus dengan cepat

1. Mengurangkan penyerapan lemak 

Lecithin Shaklee membantu mengurangkan penyerapan lemak dalam usus. Ini bermaksud bahawa tubuh akan menyerap kurang lemak dari makanan, yang pada gilirannya boleh membantu mengurangkan berat badan.

2. Menjaga kesihatan hati

Lecithin Shaklee membantu menjaga kesihatan hati dengan mempromosikan pengeluaran empedu yang lebih cekap. Empedu membantu mencerna lemak, jadi apabila proses pencernaan lemak menjadi lebih cekap, ia dapat mengurangkan kerja hati dan membantu memastikan kesihatan hati yang baik.

3. Meningkatkan metabolisme 

Lecithin Shaklee membantu meningkatkan metabolisma tubuh. Metabolisma yang lebih tinggi bermaksud tubuh membakar kalori dengan lebih cekap, yang boleh membantu mengurangkan berat badan

4. Mengurangkan kolesterol

Lecithin juga bertindak mengurangkan kolesterol dalam darah dengan mengikat kolesterol dan membantunya dikeluarkan dari badan. Mengurangkan kolesterol dalam darah dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan membantu menjaga kesihatan yang baik


Omega Guard

Saya suka include sekali Omega Guard dalam diet untuk kurus kerana ianya mengandungi asid lemak omega-3 dari minyak ikan laut yang kaya dengan EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kita semua boleh dapatkan sumber lemak yang sihat daripada Omega Guard ni lah. 

Asid lemak Omega-3 boleh membantu untuk pengurusan berat badan dalam beberapa cara. 

 Pertama sekali, ia membantu dalam mengurangkan keradangan, yang boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengawal berat badan. Keradangan boleh menyebabkan rintangan insulin, yang boleh menyebabkan penambahan berat badan dan masalah kesihatan lain. 

Dengan mengurangkan keradangan, asid lemak omega-3 boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu badan mengawal paras gula dalam darah dengan lebih berkesan. 

 Kedua, asid lemak omega-3 boleh meningkatkan metabolisme, yang boleh membantu badan untuk membakar lebih banyak kalori dan lemak. Ini boleh membantu terutamanya bagi mereka yang cuba menurunkan berat badan. 

 Ketiga, asid lemak omega-3 boleh membantu mengurangkan keinginan dan menggalakkan rasa kenyang. Ini bermakna orang mungkin berasa lebih kenyang lebih lama selepas makan, yang boleh membantu mereka kurang makan secara keseluruhan. Ini boleh membantu terutamanya bagi mereka yang bergelut dengan makan berlebihan atau snek di antara waktu makan.


Herblax/Alfalfa

Jika ditanya saya, saya lebih suka Alfalfa sebab ianya selamat di ambil setiap hari. Nutritionist pernah pesan semasa berpuasa tidak digalakkan mengambil Herb-Lax dalam harian. Selang sehari boleh lah. 

Tambahan lagi, Alfalfa mempunyai kandungan kalsium dan magnesium yang lebih tinggi. Ia lebih kaya dengan vitamin dan mineral kerana akarnya yang tumbuh sedalam 5 meter ke dasar tanah. 

Untuk ibu menyusukan bayi, lebih digalakkan mengamalkan Alfalfa dalam diet mereka kerana ianya membantu dalam penghasilan susu ibu. 

Bagi saya, Alfalfa ini pengganti sayurlah senang cerita. Siapa yang betul-betul tidak makan sayur atau susah makan sayur. Jawapannya inilah Alfalfa. 

Dos pengambilan kena tanya saya ya. Alfalfa ini disebabkan tinggi serat kita perlu minum air yang banyak supaya ia boleh berfungsi dengan baik di dalam proses penghadaman kita. 


set kurus shaklee

Dengan set suplemen Shaklee ini ramai yang telah berjaya dalam menurunkan berat badan mereka. Bukan bergantung kepada suplemen ini sahaja ya, hati kita sendiri pun kena cekal, mindset pun mesti kuat jadinya misi kurus tu bolehlah di capai secara sihat. 

Jangan juga terlalu risaukan tentang penurunan berat badan - Ingatlah bahawa penurunan berat badan yang sihat adalah penurunan berat badan yang berlaku secara perlahan-lahan dan stabil. Jangan terlalu tergesa-gesa untuk menurunkan berat badan semasa berpuasa. Lebih penting lagi, pastikan kita ni menjaga kesihatan sepanjang berpuasa. 

Sekiranya kita amalkan vitamin dari Shaklee sepanjang berpuasa ini, kita akan rasa lebih sihat dan badan lebih bertenaga. Jadi jangan berlengah kalau mahu tu cepat-cepat hubungi saya. Boleh dapatkan contact number saya dengan klik nama saya "Asdayanty" yang tertera di bawah.  


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 11 April 2023

Duit Raya Awal Hasil Bisnes Online

Bisnes online sudah tidak asing lagi di zaman serba teknologi canggih ini. Rata-rata usahawan menjalankan perniagaan mereka melalui online apatah lagi marketing kebanyakannya menggunakan media sosial yang sangat berkembang pada waktu ini. 

KEHEBATAN BISNES ONLINE 


Perniagaan dalam talian atau 'bisnes online' bukan sahaja mudah dilakukan malah menjimatkan masa. Perniagaan dalam talian menawarkan pelbagai faedah, termasuklah: 

 Jangkau: Dengan perniagaan dalam talian, anda boleh menjangkau khalayak yang lebih ramai, luas dan menyasarkan pelanggan di seluruh dunia. Perniagaan kita boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai sambungan internet, tanpa mengira lokasi fizikal mereka.

Contoh: Facebook/Meta for business. Features yang sangat best untuk mereka yang buka bisnes online melalui media ini sebab kita boleh pilih golongan mana yang sesuai dengan produk kita jadinya mudah kita mendapat pelanggan yang betul² serius ingin membeli. 

Misalnya, saya sendiri sebagai pengedar Shaklee yang menggunakan media ini sebagai salah satu platform untuk saya buat marketing produk Shaklee saya. Setiap produk mempungai sasaran pengguna mengikut kesesuaian masalah yang dihadapi jadinya senang untuk memberikan pandangan dan nasihat tentang set kesihatan yang mereka perlu ambil. Mudahkan? 

 Kos Lebih Rendah: Perniagaan dalam talian biasanya mempunyai kos overhed yang lebih rendah berbanding perniagaan tradisional. Tiada sewa atau perbelanjaan utiliti, dan lebih sedikit pekerja diperlukan untuk menjalankan perniagaan.

Contoh: Tiktok. Perniagaan di dalam tiktok sekarang sangatlah berleluasa tidak perlu ada premis/kedai,  dari rumah saja pun boleh menjual jadinya kos lebih murah. Kalau ada kedai fizikal ni kena bayar sewa la, bayar letrik, bayar air atau sekiranya perlu kita kena renovate lagi kan? 

 Fleksibiliti Anytime Anywhere: Perniagaan dalam talian boleh dijalankan dari mana-mana sahaja dengan sambungan internet, memberikan lebih fleksibiliti dan keseimbangan kehidupan kerja untuk usahawan.

Contoh: Intagram for business, sebesar mana usahawan atau pun mana² peniaga² kecil sekalipun mereka boleh update gambar yang menarik berkenaan perniagaan mereka pada bila² masa saja janji ada rangkaian internet yang kuat. Gambar ni antara marketing yang sangat berkesan tau?Setuju kan! 

 Available/Buka 24 Jam : Perniagaan dalam talian boleh beroperasi 24/7, membolehkan pelanggan mengakses produk dan perkhidmatan kita pada bila-bila masa yang dikehendaki tidak kiralah siang atau malam .

Yalahkan kalau kedai fizikal ada business hours yang tertentu dan jika ada pekerja yang menjaga pula tidak boleh melebihi masa dalam setiap hari untuk menepati undang2 pekerja kan. 

Contoh: Saya suka dengan platform yang sy baru² juga berjinak marketing dalam Google Business. Ha, yang ni kan boleh set masa business hours 24 jam ikut suka hati kitalah mahu buka public holiday pun boleh tiada masalah setting semua tersedia dalam Business Profile. 

 Mudah akses kepada Data: Perniagaan dalam talian mempunyai akses kepada banyak data tentang pelanggan dan pelawat tapak web mereka, yang boleh digunakan untuk memaklumkan keputusan pemasaran dan perniagaan. 

Contoh: Shopee. Sebelum kita membuat pembayaran, kita boleh review feedback dari setiap pelanggan yang sudah membeli supaya kita tidak hesitate untuk membeli dari kedai tersebut. Ini boleh meningkatkan tahap keyakinan kita utk membeli barang daripada kedai tersebut. Jadinya senang buat seller utk close deal senang juga buat buyer utk buat psmbelian segera.  

 Pengalaman Pelanggan yang Dipertingkat: Perniagaan dalam talian boleh memberikan pengalaman pelanggan yang lancar dan diperibadikan, dengan ciri seperti chatbots, perkhidmatan pelanggan automatik dan pengesyoran yang diperibadikan.

Ha, yang ni pula contoh SSPN Plus. Tapi ini bukanlah satu platform bisnes ya. SSPN Plus ni  more to savings dan takaful. Eh bukan mau promote. Mahu bagi contoh saja SSPN Plus ni ada chatbots senang kita yang pelanggan ni untuk bertanya terus jika ada sebarang kemusykilan atau masalah pada pihak berkenaan. Tidak perlu lagi kita membuat panggilan. 

Jimat masa tidak lah kita kelamaan lagi menunggu dalam talian untuk disambungkan. Jimat kredit panggilan juga kan? Sebab semuanya pun melalui online mudah untuk pihak tertentu membuat kaji selidik atau pun pemerhatian terhadap semua pelanggan mereka seterusnya bolehlah mereka upgrade servis untuk memberi perkhidmatan yang terbaik buat kita semua. 

BISNES ONLINE SHAKLEE PILIHAN TERBAIK SAYA

Hampir 10 tahun saya bersama Shaklee. Setiap tahun Shaklee bagi saya Borang CP58 without fail. Senang saja cuma perlu login di Shaklee2u website dapatlah buka Borang CP58 tu. Eh ada yang tidak tahu ini borang apa? 

Form CP58 ini ialah penyata pendapatan yang diperolehi daripada hasil perniagaan Shaklee. Pendek cerita jumlah keseluruhan cash bonus setiap bulan pada tahun taksiran tersebut akan dinyatakan dalam borang ini. Banyak ka sikit itu rahsia masing² tapi yang pasti saya mesti menerima penyata ini setiap tahun sejak 2013 lagi.

Saya sebagai pengedar Shaklee sangat suka berkongsi manfaat produk melalui online. Gambar² produk dan testimoni produk memang memainkan peranan penting untuk menarik lebih ramai orang membeli dari kita. 

Very convenient dan sangat cost effective. 

Saya tidak perlu buka kedai fizikal pun dan saya gunakan hampir semua platform yang ada. Facebook, Intagram, WhatsApp, Google Business dan juga yang saya sedang buat sekarang ni Blogging. Saya cuma perlu spend RM35 setiap bulan untuk dapatkan rangkaian internet tanpa terhad. Bebas upload dan download gambar di semua media platform pada bila² masa kita mahu. 

Tidak perlu modal besar pun untuk pegang stok Jadinya tiada risiko untuk Vitamin Shaklee kita tidak habis terjual. Senang kan? 

Mudah membeli dan menjual

Shaklee Branch sudah pun ada di negeri-negeri seperti Selangor, Putrajaya, Johor, Kelantan, Sabah. Sekiranya saya mempunyai pelanggan yang jauh dari saya, sesudah consult, close deal dan dapat bayaran daripada pelanggan, saya cuma perlu login Shakee2u, pilih produk, key in kan alamat penerima then place order. 

Mudah! Hujung jari saja kan. Sangat mudah membuat bayaran melalui FPX platform kerana ia terus menghubungkan perbankan internet kita yang ada. Seterusnya Shaklee Branch yang terdekat akan buat penghantaran bagi pihak kita jadinya bukan alasan untuk orang jauh tidak boleh beli dari kita tau? Nasib ada business Shaklee online, kan? 

Apatah lagi yang dekat ni, sekiranya stok saya sedia ada boleh terus COD terus ke depan pintu rumah. Tidak semestinya kena pegang stok sebab kita pun boleh beli online.

Bantu orang lain tingkatkan tahap kesihatan mereka 

Bertambah excited rasa di hati saya apabila mereka yang membeli dan mengamalkan suplemen Shaklee dapat memperbaiki tahap kesihatan mereka. Saya pun mengamalkan Shaklee dan hampir semua vitamin Shaklee saya cuba. Keluarga saya pun tidak terkecuali. Terutama mama saya yang sangat sukakan OsteNutrix. 

Baru-baru ini, saya cuma berkongsi sebuah gambar di WhatsApp status saya berkenaan usus yang tidak sihat jadinya saya didatangkan seorang pelanggan yang mahu membeli Herb-Lax. Selepas seminggu dia memberi feedback yang sangat memberangsangkan. Tiada lagi sembelit dan perut berasa selesa setiap kali selepas membuang banding sebelum ini perut nya masih terasa sebu walaupun sudah membuang berkali². Alhamdulillah! Best kan? 

Kita pun rasa sangat gembira boleh bantu mereka yang mahukan kehidupan yang sihat dan terjamin. 




Bonus setiap 14haribulan

Raya pun belum lagi tapi saya sudah dapat duit raya! Hasil dari titik peluh sendiri pulak tu. Sangat seronok! Jumlah nya belakang kira janji ada. Ini pun pencetus semangat untuk kita lebih berusaha keras di kemudian harinya. Betulkan? 

Saya masih ingat lagi, pada tahun 2014 masa tu Shaklee meningkat naik tidak kira di mana² saja orang kenal Shaklee. Popular Shaklee masa tu dan bonus saya pun cecah 4 angka. Siapa sangka duit itu banyak menyumbang kepada ASB savings saya. 

Saya menabung sikit² sejak saya masih bergelar pelajar UiTM lagi tau. Sehinggalah sekarang tabung saya mencecah 5 angka kerana dividen yang diiktiraf kerajaan setiap tahun, duit tabung saya bertambah sekian tahun. 

Duit tabung tu hasil dari pengorbanan saya semasa berada di Universiti, yalah jadi student ni cabaran kuat lagi² jauh dari keluarga kita banyak kehendak melebihi keperluan. Kawan ajak makan luar saya tidak ikut dan pergi jalan shopping² rambang mata terpaksa kita tahan hati. 

Saya jadi student yang memang ala kadar dan berbelanja ikut perlu saja. Juga hasil saya konsisten menabung selama saya berkarier sebagai seorang auditor sehinggalah bergelar isteri dan akhirnya menjadi ibu kepada 3 orang permata. 

Termasuklah juga hasil dari usaha saya berkongsi manfaat produk Shaklee. Untung jualan runcit dan bonus tunai. Semuanya terkumpul menjadi satu hasil yang sangat besar dapat juga saya membeli sebuah rumah atas nama saya sendiri. 

Dan hari ini, hasil tabungan masih ada lagi untuk saya berbelanja untuk raya tahun ni. Walaupun sudah setahun lebih jadi suri rumah ada juga bonus Shaklee utk jadi duit raya saya. Syukur alhamdulillah. Anak² pun merasa juga baju raya baru syukurlah dapat juga jana pendapatan walaupun dari rumah saja. 

Shaklee memang membuka mata kepala saya sendiri untuk terus maju dalam bisnes online. Bukan mudah sebenarnya untuk kuatkan semangat sehingga ke tahap ini. Banyak lagi impian saya bersama Shaklee yang mesti saya kecapi demi mengubah nasib keluarga saya. 

Apa²pun secara kesimpulannya, buat Shaklee secara online ini bukan saja mudah prosesnya, malah jimat lagi, risiko pun rendah, disamping dapat bonus kita pun boleh jana untung runcit, kalau jadi ahli pun tidak rugi bah boleh beli harga jimat dalam masa yang sama amalkan hidup sihat dengan Shaklee boleh kongsi bersama seluruh keluarga lagi. Sayang kalau tidak cuba. 

Shaklee boleh juga dibuat secara offline tidak rugi berkongsi manfaat suplemen bersama orang luar. Contoh sambil tunggu anak keluar dari sekolah boleh buat product sharing. Kita jangan putus asa untuk terus mencuba. 

Jadinya, siapa yang berminat untuk jadi rakan bisnes online saya atau pun rakan bisnes offline, saya amatlah alu-alukan. Sambil sihat sambil itu kita jana pendapatan. Best kah sangat best? 

#NextLevelBlogging #ShakleeTriumph2023 #ShakleeThrive2023 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”