Monday 6 October 2014

Shaklee Income: Nazran Belajar Menabung

"Melentur buluh biar dari rebungnya"

Sejak dari kecil lagi saya dididik untuk menabung, sehinggalah sekarang saya memang suka menabung, suka menyimpan duit... Kalau ada duit syiling memang saya akan simpan dalam tabung.. Sekarang sudah ada anak, tiba masa untuk mendidik dia menabung duit syiling.. Yalah, Nazran sudah mulai faham dan mudah meniru apa yg kita buat.. Sebab itu saya carikan tabung untuk Nazran..

Selepas ini, bolehlah menyimpan duit lebih sedikit, semua untung atau lebih duit saya perolehi saya Shaklee, saya akan simpan untuk masa depan Nazran. Satu hari nanti boleh bukakan dia akaun SSPN. In shaa Allah, semua simpanan saya akan simpan asing mengikut kegunaan tertentu.

Dengan buat Shaklee Bisnes, tambah2 lagi simpanan buat masa depan si anak.

Hari ini, bermulalah mendidik Nazran untuk menabung. Semoga didikan ini akan jadi amalan sampai dia besar nanti.



Dengan Shaklee Bisnes juga, saya dapat bersedekah bila dan di mana saya mau. Alhamdulillah, setakat ini saya menyimpan setiap bulan dalam akaun simpanan saya dan akaun Nazran. Demi menjamin masa depan kita perlu menyimpan, kita tidak perlu membazir untuk perkara yang kita tidak perlukan. Itu prinsip saya. Saya sangat menitik beratkan soal kewangan. Entahlah, berjimat itu mengalir di dalam darah daging saya sejak dari dulu lagi. Kadang apa2 keputusan pun saya fikirkan, adakah ini untuk duniawi atau mampu membantu akhirat saya nanti? Apa yang pasti saya perlu kejar impian saya sebelum nafas saya yang terakhir. Amiiiiiin Ya Rabbal Alamiiin...

Membazir itu amalan syaitan yang zalim. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang yang suka membazir. In shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂