Lazimnya, B-Complex dikaitkan dengan penambah selera makan. Tapi sebenarnya tidak semestinya, vitamin ini bertindak bergantung kepada tubuh badan seseorang.
B-Complex saya maksudkan ialah keluaran Shaklee yang dirumus khas menggabungkan 8 jenis vitamin B. Sebelum saya pergi lebih dalam, saya terangkan terlebih dahulu 8 jenis vitamin yang terdapat di dalam B-Complex Shaklee ini serta fungsinya iaitu:
- Vitamin B1 (Tiamine) - berfungsi untuk membantu tubuh mengubah makanan menjadi energi. Ia juga berperanan dalam metabolisme karbohidrat dan membantu mengatur kadar gula dalam darah. Kekurangan tiamin dapat menyebabkan berbagai masalah kesehatan seperti berkurangnya daya ingat, kelelahan, gangguan pencernaan, dan berbagai masalah saraf.
- Vitamin B2 (Riboflavin) - membantu dalam metabolisme lemak, protein, dan karbohidrat, serta membantu dalam pertumbuhan dan pembahagian sel riboflavin juga penting untuk kesehatan kulit, mata, dan sistem saraf. Vitamin B2 berperan dalam produksi sel darah merah, memelihara fungsi tiroid yang sehat, serta membantu sistem pencernaan untuk bekerja dengan baik. Kekurangan riboflavin dapat menyebabkan berbagai masalah kesehatan seperti anemia, masalah kulit, kelelahan, dan gangguan pada sistem pencernaan.
- Vitamin B3 (Niasin) - membantu dalam pembentukan hormon dan melancarkan sistem penghadaman. Ia juga berperanan dalam produksi sel-sel penting dalam tubuh, membantu menjaga kesehatan jantung, meningkatkan kadar kolesterol baik, dan juga anti-radang. Kekurangan niasin dapat menyebabkan berbagai masalah kesehatan seperti masalah kulit, gangguan pencernaan, masalah saraf, serta menyebabkan penyakit pelagra yang dapat menyebabkan kulit mengelupas
- Vitamin B5 (Asid Pantotenik) - penting dalam pembentukan hormon dan kolesterol yang sihat, serta menjaga kesehatan sistem saraf. Vitamin B5 berperan dalam pembentukan dan pemecahan lemak dalam tubuh, memperbaiki jaringan tubuh yang rosak, dan membantu dalam produksi sel-sel darah merah dan putih. Kekurangan asid pantotenatik ini jarang terjadi pada manusia, tetapi ia boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti kelelahan, mual, dan masalah kulit.
- Vitamin B6 (Piridoksin) - Vitamin ini berperanan dalam membentuk neurotransmitter seperti serotonin dan norepinefrin yang penting untuk menjaga keseimbangan emosi (healthy mood). Piridoksin juga menggalakan permbentukan hormon melatonin. Melatonin adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di dalam otak. Hormon ini memainkan peranan dalam mengawal kitaran tidur-bangun dan membantu mengawal irama sirkadian badan (circadian rythm-body clock). Pengeluaran melatonin dicetuskan oleh kegelapan dan berkurangan apabila terdedah kepada cahaya. Melatonin juga mempunyai kesan antioksidan dan boleh membantu mengawal sistem imun. Kerana kesannya pada irama sirkadian dan tidur, melatonin juga boleh digunakan sebagai bantuan tidur atau untuk merawat gangguan tidur seperti insomnia
- Vitamin B7 (Biotin) - membantu dalam metabolisme lemak, karbohidrat, dan protein, serta membantu dalam pertumbuhan sel. produksi asid lemak dan membantu dalam pemecahan protein dan karbohidrat. Biotin juga penting dalam membentuk insulin yang membantu mengatur kadar gula dalam darah. Kekurangan biotin jarang terjadi, tetapi jika kekurangan Biotin akan menyebabkan masalah kesihatan seperti botak kerana rambut gugur, kelemahan otot, dan gangguan pada sistem saraf.
- Vitamin B9 (Asid Folik) - menggalakkan pembentukan DNA dan RNA yang membantu dalam perkembangan janin yang sihat dan sistem saraf yang sihat. Pengambilan asid folic setiap hari bagi ibu mengandung boleh mencegah cacat lahir pada bayi. Asid folik juga penting untuk membantu menurunkan risiko terjadinya penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.
- Vitamin B12 (Kobalamin) - menyokong fungsi asid folik dan asid amino dalam tubuh dan membantu dalam produksi sel darah putih yang mana boleh mengelakkan kita terkena penyakit anemia
Mengapa B-Complex Penting Untuk Kurus?
Sepertimana fungsi semua jenis Vitamin B di atas dapatlah kita simpulkan mengapa kita perlukan B-Complex untuk kuruskan badan. Kita boleh lihat beberapa jenis vitamin B berfungsi untuk menukarkan gula dalam darah menjadi tenaga. Secara tidak langsung ini juga penyebab B-Complex juga perlu dalam Set Kurus Shaklee.
Selain itu juga, seperti saya jelaskan di atas, Biotin penting untuk meningkatkan metabolisme lemak, karbohidrat dan juga protein dan ini akan membuatkan badan kita lebih bertenaga dimana Biotin berfungsi sebagai koenzim, yang bermaksud ia membantu enzim dalam badan berfungsi dengan baik.
Secara ringkasnya, Biotin terlibat dalam penukaran lemak dan karbohidrat kepada tenaga, dan dalam penguraian protein kepada asid amino. Dalam metabolisme lemak, biotin membantu mengaktifkan enzim yang memecahkan asid lemak kepada bentuk tenaga yang boleh digunakan. Jadinya semua makanan yang mengandungi lemak, karbohidrat dan protein akan di uraikan menjadi tenaga so dia tidak stay as it is. Sekiranya kita bertenaga kita akan lebih aktif bergerak dan ini seterusnya akan membantu kita dalam proses menurunkan berat badan.
Dan, suka saya highlight kan emosi kita juga sebenarnya mempengaruhi cara pemakanan harian kita. Saya tidak tahu orang lain, tapi apa yang saya perasan kalau saya stress atau pun sakit kepala saya mesti cari minuman yang manis (ShareTea-tinggi gula) dan makanan yang terlalu pedas (SamYang-mi segera yang mempunyai tinggi kandungan preservatives). Kemungkinan besar saya ni kekurangan Piridoksin asyik rasa stress saja kan. Jadi kalau kita makan B-Complex ni tentunya kita cukup bekalan Vitamin B6 ini so kuranglah stress kuranglah makan makanan yang tidak sihat, gitew! Seterusnya boleh lah kita kuruskan badan! Setuju ?
Secara keseluruhannya, B-Complex Shaklee sangat membantu dalam misi kuruskan badan ni. Berbanding produk keluaran lain, ada yang tidak menggabungkan ke lapan-lapan jenis vitamin B yang penting untuk badan kita. InshaaALLAH. Kalau ambil Set Kurus Shaklee pun lebih baik sebenarnya. Siapa yang berminat tu bolehlah roger2 saya bah. Kalau mahu kurus jangan segan bertanya ya nanti tersalah membuat pilihan kan rugi tu.
#blogmegashaklee #iconicprojectblog #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleelabuan
"Prevention is Better Than Cure"
Jom sihat dan cantik bersama saya
Asdayanty
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673
YouTube: RH AszdaYanty
Facebook: Asda HealthJourney
Instagram: asda_healthjourney
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi
“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”
Btl Sy amalkan B complek dan berat sy semakin turun
ReplyDelete