Friday, 10 March 2023

Mencari Kekuatan

Bagaimana sebenarnya untuk aku peroleh kekuatan. Melainkan air mata yg setia menemani. Syurga itu sungguh mahal harganya sehingga terkadang aku jatuh tersungkur tanpa sempat berpaut. 

Mungkinkah kejayaan yang aku cari ini tidak diredhai? Mungkinkah segala ibadah ku syurga ku tidak ikhlas menerimanya? Atau mungkin semua yang aku lakukan ini salah? 

Dari dulu dan sehingga ke saat ini, aku masih menanti saat yang aku betul perlu bahagia. Saat itu aku masih ternanti tatkala 5 waktu ku dihadapanku adalah cahaya syurgaku. 

Ya! Istiqamah itu sangat berat dan aku nampak sendiri dengan mata kepala otak ku bahawa Istiqamah itu sangat payah. Tatkala itu aku masih mencari² cahaya dari syurga ku entah mengapa masih gelap

Atau aku jadi begini kerana aku pendosa? Salah yang kecil diperbesarkan, hal yg mudah dirumitkan, tiada yang betul dimata syurgaku sehingga sanggup merengus mengeluh kepadaku yg manusia biasa. 

Mungkin dia lupa yg aku juga sering terlupa. Mungkin juga dia tidak pernah mahu faham keadaan ku yg sering chaos dimana saja aku berada jika bersama permata hatiku. Tapi sebenarnya aku masih menidakkan semua ini adalah salahku. 

Aku percaya ini semua dugaan yg memesongkan hatiku dalam berjuang utk mencari kejayaan yg sebenar. Aku pasti aku berjaya suatu hari nanti kerana dugaan yg ku hadapi ini bukanlah calang² 

Ya Allah, kurniakan aku kudrat, akal fkiran, emosi dan fizikal yg kuat untuk seiring mencari redhaMU dlm aku meniti kejayaan itu.


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Ramadhan Bersama Set Puasa Shaklee


Ramadhan Ya Marhaban! 

Sebenarnya teruja mahu berkongsi Set Puasa Shaklee yang mana set ini bukan sahaja memberi tenaga yang berpanjangan malahan kita juga dapat bekalan nutrisi yang cukup dan of courselah dapat tubuh badan yang sihat sepanjang hari. 

Saya mulakan dengan Energising Soy Protein. Nama sudah pun ada 'energising' yang bermaksud bertenaga. Disebabkan ESP ini minuman tinggi protein dan mempunyai kadar glisemik indeks yang sangat rendah, tenaga yang terkumpul daripada ESP yang kita minum akan terkumpul di dalam badan dengan tempoh yang lama. Maksudnya, tenaga itu maintain walaupun sudah beberapa jam meminum ESP. 

Jadi, kita tidak risau lah kalau puasa nanti baru berapa jam selepas sahur sudah terasa badan lemah longlai buat kerja pun perlahan, mahu beribadah pun rasa malas (nauzubillah). Kita tidak mahu semua itu kan? 

Bulan Ramadhan, bulan kita perlu banyakan ibadah, bulan yang mulia untuk kita berebut menghidupkan sunnah Rasulullah SAW. Demi memastikan rutin harian kita lancar, nak beribadah pun mudah, jom consume ESP. Protein pun yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan iaitu kacang soya bukan nya protein haiwan, confirm selamat dan lebih berkesan. 

Set puasa Shaklee
Seterusnya, cerita Cinch pulak. Cinch Shake ni ada 3 perisa tapi dalam Set Puasa Shaklee ini cuma chocolate flavor saja yang dipromosikan. The most favourite lah Chocolate Flavor ni jadi for sure sedap weh. Di samping ESP untuk bagi kita tenaga, kita pula ada Cinch untuk membantu kita rasa kenyang lama. 

Oleh kerana Cinch ini mengandungi protein tinggi dan lengkap dengan vitamin dan mineral yang lain, satu saja sajian Cinch sudah memadai sebagai 'meal replacement' harian kita. Maksudnya, tidak perlu makanan lain sudah sebab kita rasa kenyang. Best kan? Tidak payah susah susah masak tinggal shake-shake saja dah siap untuk diminum. 
Set Puasa ShakleeSet Puasa Shaklee
  
Popular nya Cinch ni sebab dalam dia ada 'Leucine' yang akan menyerap makanan dan bergerak terus kepada tisu otot dan juga Leucine mampu mengatur gula dalam darah kerana ia mudah dipecah dan diolah menjadi glukosa. Secara ringkasnya, Cinch sangat sesuai pada mereka yang berdiet di bulan puasa dan membantu mereka menurunkan berat badan. Sambil puasa sambil kurus, bestkan? 

Akhir sekali, Set Puasa Shaklee juga ada Performance Drink Perisa Lime Lemon. Performance ialah minuman elektrolit yang membantu badan kita supaya kekal terhidrasi. Semasa puasa memang kita haus dan kadang-kadang kita cenderung mendapat dehidrasi kerana kurang bendalir dalam tubuh badan kita. 

Jadi, perlunya Performance ini kerana ia bertindak sebagai pengganti air supaya badan kita kekal hidrasi. Ala, macam mesin basuh juga air mesti banyak untuk menampung semua kain yang dibasuh supaya basuhan kita bersih. Gitu! Tapi jangan lupa ya penting juga minum air kosong yang mencukupi. 

TAHUKAH ANDA? 70% komponen dalam badan kita ialah air. Jadi, sekiranya badan kita kekurangan air maka kita akan mudah rasa pening, loya dan paling teruk boleh pitam. Sumber air di perlukan untuk menyelaraskan suhu badan juga membekal nutrien kepada anggota tubuh badan selain dari bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang bahan toksik dan sebagai pelincir kepada sendi dan organ badan. 

Oleh demikian itu, cepat grab Set Puasa Shaklee sementara stok masih ada gais. Sayang kalau tidak grab promosi yang jarang-jarang berlaku sekali beli terus automatik jadi ahli, penghantaran pun percuma. Sangat jimat bahh! Lagi best dapat free bottle shaker Shaklee yang hijau tu. Botol ini keras so durable lah. Tidak payah lagi cari-cari shaker lagi bah satu set lengkap yang memang mampu milik. 

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023 
#ShakleeTriumph2023

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 9 March 2023

Semudah 1-2-3: Set Shaklee untuk Puasa

Malam Nisfu Syaban sudah pun berlalu. Dua minggu sahaja lagi kita didatangi dengan bulan mulia, Ramadhan al-Kareem. Bulan yang kita perlu penuhkan rutin harian kita dengan ibadah sunnah. Demi memastikan fizikal dan mental kita kuat sepanjang Ramadhan, mari baca tips yang saya bakal kongsikan dalam entri ini. 

First and foremost, yang penting sekali ialah nutrisi. Kita perlukan nutrisi yang cukup untuk berpuasa sepanjang hari. Nutrisi yang cukup boleh membekalkan tenaga pada badan kita yang tidak makan selama hampir 10 jam supaya kita boleh beribadah dengan sempurna tanpa gangguan. Gangguan ni contoh lah kan macam saya baru duduk sekejap selepas solat kaki saya mesti rasa kebas "kesemutan" itu bermaksud darah kita tidak lancar mengalir tau, itu maksudnya  kurang nutrisi la bah tu. Hehe. 

Jadi, untuk menjamin badan kita cukup nutrisi,  tenaga yang konsisten dan ibadah sempurna, mari saya kongsi tips sihat bersama Set Shaklee untuk Puasa. Set ini juga promosi berlangsung sepanjang bulan ini ya khas untuk kita menyambut bulan yang mulia! 

Set Shaklee untuk Puasa
1-ESP 2-Cinch 3-Performance

1) Energising Soy Protein-Tenaga


Energising Soy Protein ini ialah suplemen protein berkualiti tinggi yang diperbuat daripada kacang soya asli. Ianya kaya dengan protein dan serat, rendah lemak dan juga bebas laktosa yang dapat memberikan tenaga yang berkekalan kerana beberapa faktor:

Kandungan protein yang tinggi: ESP mengandungi jumlah protein yang tinggi iaitu 14g untuk satu hidangan yang mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna berbanding karbohidrat. Ini bermakna badan akan mengambil masa yang lebih lama untuk memecahkan protein, memberikan pelepasan tenaga yang stabil dalam jangka masa yang lebih lama. 

Indeks glikemik yang rendah: Karbohidrat dalam Energising Soy Protein mempunyai indeks glikemik yang rendah, dimana karbohidrat diserap perlahan ke dalam aliran darah, mencegah lonjakan tahap gula dalam darah dan memberikan bekalan tenaga yang stabil. Maksudnya dia maintain la ba gula tu supaya kita dapat maintain tenaga dalam badan. Bukan macam kita minum air gula tu, memang akan ada tenaga tapi tidak berpanjangan macam kita dapat dari minum ESP ni. Best kan?? 

Nutrien penting: Energising Soy Protein Shaklee juga mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral penting, termasuk vitamin B kompleks, vitamin E, kalsium, zat besi dan magnesium, yang bekerjasama dengan protein untuk penghasilan tenaga dan meningkatkan kadar metabolisma dalam badan kita. Jadi tidaklah juga kita lemah longlai saja sepanjang hari kan? 

Semasa menyusukan anak dulu, minum ESP
sebelum tidur, malam tu memang tidur-tidur ayam lah kan sebab baby masa tu masih jaundis struggle kita bagi dia bangun supaya minum susu. Fuh penat mata pun jadi macam mata panda. Haha! Tapi yang seronoknya siang hari kita pun aktif tenaga tu kekal lama janji minum lagi keesokan harinya. 

2) Cinch Shake Mix-Kenyang 



Cinch Shake ini dirumus khas untuk menghasilkan formula yang mengandungi campuran protein berkualiti tinggi seperti whey protein dan soy protein. Cinch membawa element 'kenyang' sebab ia terhasil daripada dua jenis protein itu tadi sangat membantu memuaskan rasa lapar seterusnya membantu mempercepatkan kenyang dan mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan. 

Selain itu, Cinch Shake Mix Shaklee juga mengandungi serat prebiotik yang membantu mengekalkan keseimbangan bakteria usus dan meningkatkan pencernaan. Dengan mengambil Cinch Shake Mix Shaklee sebagai pengganti makanan, anda dapat merasa kenyang lebih lama dan mengurangkan keinginan untuk makan makanan yang tidak sihat.

Cinch ni dalam bentuk serbuk minuman yang mudah untuk disediakan. Cuma perlu shake kan bersama  apa-apa jenis susu then siap sudah boleh diminum. Paling sedap dan mantap mix dengan susu tumbuh-tumbuhan (contoh susu almond). 

Oleh itu, Cinch Shake Mix Shaklee merupakan pilihan yang the best bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan atau mengurangkan jumlah makanan yang dimakan setiap hari. Kesan yang lebih berganda kerana digandingkan bersama ESP. Confirm bertenaga dan kekenyangan. 

3) Performance Lime-Hidrasi 


Performance Drink Shaklee dengan konsep hidrasi ialah minuman isotonik yang diformulasikan untuk membantu penghidratan semasa aktiviti fizikal yang intensif. Minuman ini membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan dan menyediakan tenaga yang diperlukan untuk prestasi yang lebih baik semasa sukan atau aktiviti lasak. 

Uniknya,  promosi Set Shaklee untuk Puasa membawakan Performance Drink perisa lime yang pasti lebih menyegarkan. Minuman ini mengandungi campuran elektrolit seperti natrium, kalium dan magnesium, yang membantu mengimbangi dan memulihkan elektrolit dalam badan yang hilang semasa berpeluh dan juga mengurangkan rasa dahaga semasa berpuasa. 

Selain itu, ia juga mengandungi karbohidrat kompleks yang memberikan tenaga berterusan untuk aktiviti fizikal yang berterusan dan juga mengandungi campuran vitamin B Complex yang membantu meningkatkan penggunaan tenaga dan mengurangkan keletihan semasa aktiviti fizikal yang intensif.

Secara keseluruhannya, penyediaan Set Shaklee untuk Puasa ini sangatlah ringkas lagi-lagi waktu sahur. Jimat tenaga dan jimat masa! Nutrisi pun cukup, bekalan tenaga pun ada lagi pula mudah kenyang. Berbuka puasa dengan Set 123 ini pun sangat memadai. InshaALLAH! 

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleelabuan 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 8 March 2023

Kek Batik Cadbury Almond


Harini berjuang lagi untuk hantar di Vendor. Semoga ummi konsisten dan boleh dapat regular customer melalui usaha ini. Semoga banyak yang laris. Semoga lebih ramai suka kek batik dari air tangan ummi ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua anak-anak ummi walaupun sedikit kacau (ha sikit kah banyak kacau) tapi ummi dapat siapkan juga malam ini.



"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 7 March 2023

Kek Batik: Semangat Hobi


Kek Batik Cheese Biscoff 
Kek Batik Indulgence
Kek Batik Red Velvet Cheese

Alhamdulillah. Berkat sabar yg banyak terhasil jugak 3 biji kek yg ditempah oleh seorang customer. Tenaga yg tidak tahu datang dari mana, atas izin Allah SWT 3 hari makan Res-V nampak juga keberkesanan nya. 

Resepi yg diolah daripada perkongsian rakan² FB dari Group Kelas PJJ dan selepas beberapa kali cubaan maka terhasil juga kek batik resepi sendiri yang tidak berapa manis.

Kek Batik ummi ni jugak fokus pada motto "crunchy² lembut". Tidak lembut sangat dan tidak juga keras. Just nice! Dihasilkan dgn menggunakan butter premium memang membangkitkan selera.  

Disukai oleh semua peringkat umur dan setakat ini, ummi juga sudah mempunyai beberapa orang customer yg memang sukakan kek batik ummi. Syukur ya Allah. Makan kek batik ni boleh tapi jangan selalu ya 😉
 


Asdayanty 

YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 6 March 2023

Konsisten Res-V: Tenaga yang berpanjangan

Res-V
Feel the difference after 3 consecutive days

Suatu hari di hari indah, saya menang Res-V satu botol yg sy tidak dpt recall menang apa tapi yg pasti Master Norita juga yg adakan contest tu. Pada mulanya, memang mau bagi suami makan Res-V ni tapi pula tiba² dia berhenti makan. Dia ni kalau mau konsisten memang susah ba itula penat juga bising².

Mahu jadikan cerita panjang jadi pendek, baru² ni saya kemas peti ais bersih² apa yg patut then tiba² nampak Res-V then ada lagi lebih 10 biji dlm botol masa tu. Apalagi rembatlah kan. 

Saya konsisten selama 3 hari, saya telan saja time² sebelum tidur walaupun tidak tahu bila waktu yg sesuai utk telan Res-V ni. Hentam sajala labu ! 

Hari pertama makan tu, belum rasa apa² yg berbeza lagi yalah kan sebab saya makan mlm sebelum tidur kan jadi effect dia esok hari la. Tapi kan selepas hari kedua telan Res-V saya rasa kelainan pada diri saya. 

Saya kan buat kek batik juga yalah hobi kan. Saya ambil tempahan pre order saja yalah utk lepas gian saja ba org cakap ada order masuk buat, kalau tiada sy fokus la buat entri di blog.

Malam kedua telan Res-V, esok pagi nya saya kena temankan Nazran utk hadir program berkhatan anjuran United Sabah Islamic Association (USIA) peringkat WP Labuan. So bangun pagi tu selesai solat, tung tang lah di dapur masak nasi goreng utk isi perut teruna saya. 

Sampai saja tempat program kami dpt nombor giliran ke 41 drpd 50 org peserta. Kebas jugaklah punggung menunggu sehinggakan saya sempat terlelap duduk menunggu. Terhibur juga memerhati ragam peserta.  Pukul 2.30ptg juga baru tiba di rumah barulah dapat isi perut. 

Selesai Nazran, ummi kemas dapur clearkan sinki utk ready membatik kek. Selesai basuh² pinggan tu ngam juga azan asar. So selesai solat berperang lah di dapur sambil iklan panggilan dari Nazran, bermula dari 4.30ptg saya buat kek batik sehinggalah hampir pukul 1pagi baru selesai. Memula tu plan buat sebiji dulu. Tapi end up ummi buat 3 biji pulak! Sebenarnya 4 biji lah sebab 1 biji tu tidak memenuhi expectation saya so kena buat lagi lah. 
Res-V


Siap juga 3 biji tempahan kek daripada seorang regular customer, walau banyak iklan² daripada abg Nazran, dgn adik Nayla yg membebel tidak henti². Haha. Ummi layan dengan hati yg tenang. 

Telan lagi Res-V dan OsteNutrix sebelum tidur. Hari ketiga telan Res-V, esok nya pagi saya bangun saya rasa badan sedikit lenguh². Saya bayangkan kalau saya tidak makan Oste mlm tadi confirm sakit badan saya lebih teruk daripada yg saya rasa sekarang. 

Menariknya, walau sakit² tu pun, bangun saja saya direct kemas rumah, saya mop rumah bersihkan dapur. Entah tenaga tu datang dari mana tapi serius cakap sangat berbeza daripada hari² sebelum ni yg sy tidak makan Res-V. Susahlah mau describe perasaan tu. Unik sangat weh sambung lagi mlm nya sy siapkan deko kek dan buka rakaman kelas Master Norita yg sy terlepas pukul 9mlm tu tidur pun lewat dan saya terbangun juga seawal 4.30pg utk solat pagi. 

Alhamdulillah bertuah sungguh dapat merasa makan Res-V bilamana saya sendiri tidak mampu membelinya. Syukur yg amat. Nikmat rezeki yg dikongsi daripada Mentor² Shaklee saya yg mungkin tidak ramai yg mengalaminya seperti dalam community kami.

#blogmegashaklee 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 


“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Kenapa perlu SAHUR apabila berpuasa?


Pejam celik masa berlalu sungguh pantas. Tidak lama lagi menjelang bulan mulia, bulan Ramadhan. Ramadhan kedua saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Saya pasti ramai tu kan yang sedang mencari resepi berbuka. Tapi, jangan lupa, SAHUR pun memainkan peranan penting apabila kita berpuasa. 

       السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جَرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى المُتَسَحِّرِينَ

“Sahur adalah makanan yang penuh berkat. Oleh kerana itu, janganlah kalian meninggalkannya sekalipun hanya dengan minum seteguk air. Kerana sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat kepada orang-orang yang makan sahur.”(Hadis Riwayat Ahmad)

Kenapa perlunya sahur apabila kita berpuasa?



Pertama sekali, untuk membezakan kepada puasa agama lain. Seperti yang ramai tahu, agama lain juga masing-masing ada amalan berpuasa dengan cara mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, kaum lain ada yang berpuasa cuma tidak makan daging ada juga kaum berpuasa selama 48 jam. Tetapi mereka tiada yang menekankan hal bersahur  kecuali agama kita agama Islam yang mengamalkan sunnah untuk bersahur apabila berpuasa. 

Sahur
Kedua, semestinya demi mencari keberkatan daripada ibadah puasa itu sendiri. Ini kerana hukum bersahur ialah Sunat Muakkad yang mana bermaksud Sahur merupakan sunnah yang dituntut dalam agama Islam dimana kita dikurniakan ganjaran bersahur walaupun kita cuma untuk berpuasa ganti atau pun berpuasa sunat. Apatah lagi bersahur sepanjang bulan Ramadhan Insha'ALLAH pahala lebih berlipat kali ganda. 

Sebab yang seterusnya adalah kerana kajian sains sendiri telah membuktikan bahawa bersahur juga merupakan salah satu amalan hidup sihat. Rasulullah sendiri menekankan umatnya untuk melewatkan sahur sebaik saja sebelum imsak kerana ia menepati waktu untuk bersarapan pagi. 

Dr Mark Pereira dan beberapa orang pengkaji lagi dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi akan mempunyai risiko untuk menghidap penyakit jantung dan kencing manis.

Manakala, menurut Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor menunjukkan bahawa mereka yang meninggalkan sarapan berisiko untuk menanggung dua kali ganda kekurangan zat besi dalam darah dan berpotensi mengalami penyakit anemia, iaitu kekurangan haemoglobin dalam darah.

Justeru itu, dengan bersahur akan menggantikan sarapan pagi yang tidak boleh dilakukan  semasa berpuasa agar kesihatan kita sentiasa terjaga.
 
Last but not least, menurut Hadis Riwayat Ibnu Umar: Allah dan Para Malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur. Menariknya, apabila kita sekali bersama-sama berselawat dan berisitghfar semasa waktu sahur, InshaAllah urusan harian kita juga dipermudahkan. 

Bukan mudah sebenarnya untuk bangun awal untuk bersahur ni, tapi bagi mereka yang menggagahkan diri untuk bangun bersahur ini memang cekal hati nya tambahan lagi mereka yang istiqamah. Saya sendiri menghadapi kesukaran untuk kejut anak-anak seawal waktu sahur tambahan lagi semasa saya masih bekerja dulu, saya mempunyai masa yang sangat singkat untuk melakukan banyak perkara. Terkejar sana sini, alhamdulillah sepanjang menjadi suri rumah walau banyak perkara perlu dibuat, saya boleh bahagikan masa saya dan mulakan dengan priority list dahulu. 

Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam adalah lebih afdhal bangun bersahur apabila berpuasa. Cukupkan saja syarat berpuasa tu lagi best bah sebab bangun awal sebelum org lain bangun ni banyak hikmahnya. Salah satunya, senang juga buat kerja tanpa gangguan aman dunia ummi buat seketika. Hehe.

#blogmegashaklee 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi