Tuesday, 14 March 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Saya mau ambil peluang lah bulan puasa nanti kasi turun berat badan. Manatau boleh kasi hilang double chin saya ni. Adui benci betul saya tingu taw. Mau ambil gambar pun mo cover lagi tu double chin. Bikin panas kalau mau lagi edit tu gambar supaya tidak nampak itu aurat bawah dagu. Geram! 

set kurus shaklee

Nah, jadinya entri kali ini, saya mau cerita pasal Set Kurus Shaklee iaitu Set Hello New You. Set ini sesuai dengan tajuk saya kepada yang mahu kurus sebelum raya, wajib untuk amalkan set ini.  Promosi masih berlangsung lagi dengan harga kebabom best wei. Kalau biasa-biasa set ini harganya RM441 tau! Tapi sekarang beli saja set ini auto membership so boleh beli dengan harga ahli dengan cuma RM353. 

Set Hello New You ni terdiri daripada 4 jenis vitamin iaitu Cinch Shake (Chocolate Flavor), Herb-Lax, Omega dan Lecithin. Dan, yang best sekali banyak free item comes together with this set. Ya! PERCUMA. Apa yang percuma? 

FREE keahlian dimana kita beli saja set ini terus masuk ahli. Tidak perlu lagi bayar RM35 untuk masuk ahli. Keahlian sah sehingga setahun ya until next birthday. Bestnya! 

FREE shaker hijau yang comel tu yang harganya RM18.75, botol ni durable iaitu agak tahan lasak, sebab body bottle ni sangat keras. Tidak mudah pecah. Senang shake saja Cinch shake menggunakan botol shaker ni then ready untuk diminum. Jimat masa kan ada botol shaker ni. 

Ha, FREE lagi 1 tong Cinch Chocolate bermakna kita dapat dua tong Cinch yang mana 1 canister boleh bancuh 15 servings so dapat dua ni complete lah bekalan untuk sebulan kita puasa - 30 kali hidangan. Harga 1 tong Cinch ni RM190 tau nah jimat berapa RM sudah kalau beli set ni?  

Saya pun tergoda mau beli set ni. Misi mau kuruskan badan lah katakan. 
set kurus shaklee


Mari ketahui manfaat setiap item set kurus shaklee ni. Jom! 

Herb-Lax: Agen cuci usus


Kandungan di dalam Herb-Lax semua nya herba organik yang terdiri daripada daun senna, daun alfalfa, jintan hitam, jintan manis dan sebagainya yang mampu membantu kita mengeluarkan toksin dari dalam usus. Saya makan Herb-Lax memang flush habis then keluar toilet perut rasa kempis dan paling penting kita puas membuang. Lega yakmat! 

Cinch: Meal replacement 


Satu hidangan cinch sudah cukup untuk memenuhi keperluan di dalam satu full meal. Cinch ini ialah serbuk minuman yang mudah disediakan sebab kita perlu bancuh saja dengan apa2 jenis susu kegemaran, shake shake saja guna botol shaker free tadi then siap mudah dan senang di bawa ke mana2. 

Cinch mengandungi leucine yang mengekalkan otot tanpa lemak supaya badan yang mengecil atau kurus tidak akan ada flabby muscle. So kena minum Cinch supaya badan kita nampak lebih cantik semasa proses penurunan berat badan berlaku.  

Omega Guard: Mengawal kolesterol 


Kebanyakan orang yang mengalami berat badan berlebihan atau paling teruk lagi obesiti cenderung mempunyai kolesterol tinggi. Sebab itulah dalam set ini perlunya Omega Guard untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah seterusnya melindungi jantung kita. 

Omega Guard juga mengandungi Omega-3 yang menggalakkan fungsi otak. Perut lapar tidak lah juga kita lambat berfikir kan. Gitew ! 

Lecithin: Membakar lemak


Lecithin terkenal dengan agen pembakar lemak di mana ianya meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Contoh, sekiranya kadar metabolisme tinggi badan kita akan mudah berpeluh so baguslah kan buat kerja ringan-ringan pun sudah berpeluh so badan akan jadi rasa ringan. Tidak percaya? Belum cuba belum tahu beb. So kita semua wajib cuba! 

Sebenarnya set suplemen ini bukan saja semata-mata untuk kita yang berpuasa saja ya! Boleh juga yang mahu turunkan berat badan, yang mahu kasi cantik kulit, yang mahu kurus slim melim.  Nah boleh lah amalkan set ini sepanjang bulan puasa. 

Saya misi mau turun berat saja ba ni tidak semestinya boleh kurus kalau mau turun berat saja kan. Al maklum lah saya mau kasi cantik BMI saja. Kurus-kurus pun bilang si husband tidak best juga nanti rasa tulang bila dipeluk. Oopss haha! 
set puasa shaklee

Dan pada siapa yang berminat dengan Set Puasa Shaklee yang saya pernah kongsikan di entri sebelum ini pun boleh tanya saya ya. Set ini terdiri daripada ESP yang membawa fungsi untuk bertenaga sepanjang hari. Manakali Cinch supaya kita kenyang lebih lama dan Performance LimeLemon untuk kekal hidrasi sewaktu berpuasa. Semudah 1-2-3. 

Hello New You set : Suplemen Lengkap Nutrisi


Secara keseluruhannya, saya suka Set Hello New You ini sebab kita kurus dan cantik secara menyeluruh. Jantung pun sihat, penghadaman pun lancar dan membakar lemak dgn meningkatkan kadar metabolisme yang tinggi. Sama-samalah ba kita kurus time bulan puasa nanti.

SAY HI TO THE NEW VERSION OF YOURSELF! 

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleelabuan  

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 11 March 2023

2023: Shaklee Labuan ke Kota Kinabalu Branch

OsteNutrix
Bersama Duta Shaklee Kids saya,
Nazran Nashwa & Nayla

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bila sudah berpeluang singgah Shaklee KK Branch apa lagi borong terus promo yang ada. 
Sebenarnya, beli Shaklee boleh ja shopping di hujung jari mudah dan cepat tapiii... kalau pergi sini excitement nya terasa sangat berbeza. 

Mahu dijadikan cerita, saya memang berada luar Labuan sepanjang minggu lepas. Menyantuni jemputan walimatulurus anak buah sebelah suami jadi provide lah satu hari untuk bawa anak-anak cari kasut sekolah. 

shaklee labuan
Borong Shaklee Promo
Pergi Shaklee KK Branch bukanlah dalam plan actually, tapi dalam perjalanan tu tiba-tiba saja terfikir better juga pergi so jimat juga postage kan so sekali lah beli untuk anak Shaklee saya yang di Labuan tidak payah saya transfer UV lagi pula save cost postage. Jauh juga kami salah ambil simpang masa tu, al maklumlah lama sudah tidak singgah sini. Lagipun kami lalu Dongongon jadinya suami saya keliru mahu masuk mana satu simpang. 

Sampai saja di sana anak-anak semua terlompat-lompat dalam tu. Nasib pergi hari Isnin, orang pun tidak ramai. Syukur juga suami mahu singgah dulu sebelum kami pergi KK kalau tidak entah sempat kah sampai sini sebelum pukul 6ptg. Alhamdulillah seronok dapat refresh gambar di Shaklee KK Branch. Last time saya pergi masa Nazran masih sangat kecil lagi. 
shaklee labuan
2015: Moment captured
with Roger Barnett 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Duit Raya Awal Dari Shaklee


duit raya
Hadiah dari upline masa dapat naik rank SV


Pengalaman Cash Bonus


Pada tahun 2014, saya naik rank Supervisor, pulak tu dapat effective 3 bulan berturut-turut. Masa itu income saya cecah hampir RM2k. Cantik peraturan Allah. Setiap hari istiqamah solat fardhu awal waktu,  solat dhuha, selawat dan macam-macam tips yang diberi upline masa tu semua saya ikut. Yalah sebab kita memang mahu sesuatu so kita kena berkorban lah kan. 

Kuasa Allah SWT memang ajaib tetapi niat kita mesti betul jangan terlalu taksub nanti Allah tarik balik nikmat yang diberi tu. Bersama Shaklee, kita boleh enjoy 3C- iaitu: Cash, Car dan Convention. Sangat wow. Walaupun rezeki saya setakat C yg pertama, di mana saya setiap bulan Shaklee bayar bonus paling awal pun every 14th in a month. Tengah-tengah bulan yang pokai dapat bonus siapa tidak suka kan? Biarpun nilainya tidaklah mewah dan gah tapi apabila yang kita peroleh tu berkat, sudah tentu nilai yang sikit pun sangat mencukupi. Syukur selalu. 


Ramadhan vs Duit Raya


Cak Cak Ramadhan. Tidak sabar rasanya berpuasa. Dalam masa menahan diri untuk berjimat belanja, boleh juga kita rehatkan perut, tambah lagi ibadah kita dlipatkali gandakan. Tapi jangan abaikan vitamin harian supaya puasa pun kita cukul nutrisi. Tambah lagi best, dapat duit raya awal dari Shaklee nanti. Bonus menanti every mid-month boleh lah jadi duit raya nanti ngam seminggu lagi tibanya syawal. Excited wo! 

Mari sini cerita bagaimana untuk dapatkan bonus Shaklee. Pertama sekali, semestinya dia mestilah ahli Shaklee yang berdaftar ya. Ahli yang berdaftar semestinya akan memberi bank details. So bonus akan terus di transfer ke akaun bank kepada semua ahli yang layak. Kedua, untuk kita layak bonus mesti buat buat minimum 150uv. UV ni unit volume dalam kata lain nya 'point' lah kan. Setiap bulan UV yang terkumpul melayakkan kita untuk dapat bonus dan Shaklee bayar di pertengahan bulan hadapan tidak kira pangkat dan rank sekalipun bonus tetap ON janji at least ada PV (Purchase Volume) iaitu jumlah belian produk Shaklee dalam sebulan lebih kurang RM500. 


Rank dan Bonus Shaklee 


shaklee labuan
Dan part yang best, setiap kali kita level up UV, setiap kali itu PV pun naik so percentage of bonus pun naik. Dalam erti kata lain, semakin tinggi UV dan semakin tinggilah jumlah PV jadi semakin banyak lah bonus layak. Boleh refer table sebelah ni untuk lebih senang. Gitu bah! 

Sudah jadi ahli tu belilah produk nya dan rasa keberkesanan nya sendiri barulah seronok sharing dengan family, kawan, dan orang luar. Sebenarnya, consume sendiri pun boleh earn cashback. Beli untuk diri sendiri dapat sihat dapat juga duit raya awal Shaklee. Mesti suka kann. Tapi wa cakap lu memang tidak mudah. Tapi SABAR lah ya InshaAllah one day kita sedar its worth it. 

Sambil hidup sihat, sambil boleh jana pendapatan, sambil juga bantu orang lain amalkan hidup sihat dengan vitamin Shaklee. Best gila beb! Next entri nanti saya cerita step by step on "How to do business with Shaklee". Tunggu ya!  

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#shakleelabuan 
#healthywealthywithShaklee 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 10 March 2023

Mencari Kekuatan

Bagaimana sebenarnya untuk aku peroleh kekuatan. Melainkan air mata yg setia menemani. Syurga itu sungguh mahal harganya sehingga terkadang aku jatuh tersungkur tanpa sempat berpaut. 

Mungkinkah kejayaan yang aku cari ini tidak diredhai? Mungkinkah segala ibadah ku syurga ku tidak ikhlas menerimanya? Atau mungkin semua yang aku lakukan ini salah? 

Dari dulu dan sehingga ke saat ini, aku masih menanti saat yang aku betul perlu bahagia. Saat itu aku masih ternanti tatkala 5 waktu ku dihadapanku adalah cahaya syurgaku. 

Ya! Istiqamah itu sangat berat dan aku nampak sendiri dengan mata kepala otak ku bahawa Istiqamah itu sangat payah. Tatkala itu aku masih mencari² cahaya dari syurga ku entah mengapa masih gelap

Atau aku jadi begini kerana aku pendosa? Salah yang kecil diperbesarkan, hal yg mudah dirumitkan, tiada yang betul dimata syurgaku sehingga sanggup merengus mengeluh kepadaku yg manusia biasa. 

Mungkin dia lupa yg aku juga sering terlupa. Mungkin juga dia tidak pernah mahu faham keadaan ku yg sering chaos dimana saja aku berada jika bersama permata hatiku. Tapi sebenarnya aku masih menidakkan semua ini adalah salahku. 

Aku percaya ini semua dugaan yg memesongkan hatiku dalam berjuang utk mencari kejayaan yg sebenar. Aku pasti aku berjaya suatu hari nanti kerana dugaan yg ku hadapi ini bukanlah calang² 

Ya Allah, kurniakan aku kudrat, akal fkiran, emosi dan fizikal yg kuat untuk seiring mencari redhaMU dlm aku meniti kejayaan itu.


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Ramadhan Bersama Set Puasa Shaklee


Ramadhan Ya Marhaban! 

Sebenarnya teruja mahu berkongsi Set Puasa Shaklee yang mana set ini bukan sahaja memberi tenaga yang berpanjangan malahan kita juga dapat bekalan nutrisi yang cukup dan of courselah dapat tubuh badan yang sihat sepanjang hari. 

Saya mulakan dengan Energising Soy Protein. Nama sudah pun ada 'energising' yang bermaksud bertenaga. Disebabkan ESP ini minuman tinggi protein dan mempunyai kadar glisemik indeks yang sangat rendah, tenaga yang terkumpul daripada ESP yang kita minum akan terkumpul di dalam badan dengan tempoh yang lama. Maksudnya, tenaga itu maintain walaupun sudah beberapa jam meminum ESP. 

Jadi, kita tidak risau lah kalau puasa nanti baru berapa jam selepas sahur sudah terasa badan lemah longlai buat kerja pun perlahan, mahu beribadah pun rasa malas (nauzubillah). Kita tidak mahu semua itu kan? 

Bulan Ramadhan, bulan kita perlu banyakan ibadah, bulan yang mulia untuk kita berebut menghidupkan sunnah Rasulullah SAW. Demi memastikan rutin harian kita lancar, nak beribadah pun mudah, jom consume ESP. Protein pun yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan iaitu kacang soya bukan nya protein haiwan, confirm selamat dan lebih berkesan. 

Set puasa Shaklee
Seterusnya, cerita Cinch pulak. Cinch Shake ni ada 3 perisa tapi dalam Set Puasa Shaklee ini cuma chocolate flavor saja yang dipromosikan. The most favourite lah Chocolate Flavor ni jadi for sure sedap weh. Di samping ESP untuk bagi kita tenaga, kita pula ada Cinch untuk membantu kita rasa kenyang lama. 

Oleh kerana Cinch ini mengandungi protein tinggi dan lengkap dengan vitamin dan mineral yang lain, satu saja sajian Cinch sudah memadai sebagai 'meal replacement' harian kita. Maksudnya, tidak perlu makanan lain sudah sebab kita rasa kenyang. Best kan? Tidak payah susah susah masak tinggal shake-shake saja dah siap untuk diminum. 
Set Puasa ShakleeSet Puasa Shaklee
  
Popular nya Cinch ni sebab dalam dia ada 'Leucine' yang akan menyerap makanan dan bergerak terus kepada tisu otot dan juga Leucine mampu mengatur gula dalam darah kerana ia mudah dipecah dan diolah menjadi glukosa. Secara ringkasnya, Cinch sangat sesuai pada mereka yang berdiet di bulan puasa dan membantu mereka menurunkan berat badan. Sambil puasa sambil kurus, bestkan? 

Akhir sekali, Set Puasa Shaklee juga ada Performance Drink Perisa Lime Lemon. Performance ialah minuman elektrolit yang membantu badan kita supaya kekal terhidrasi. Semasa puasa memang kita haus dan kadang-kadang kita cenderung mendapat dehidrasi kerana kurang bendalir dalam tubuh badan kita. 

Jadi, perlunya Performance ini kerana ia bertindak sebagai pengganti air supaya badan kita kekal hidrasi. Ala, macam mesin basuh juga air mesti banyak untuk menampung semua kain yang dibasuh supaya basuhan kita bersih. Gitu! Tapi jangan lupa ya penting juga minum air kosong yang mencukupi. 

TAHUKAH ANDA? 70% komponen dalam badan kita ialah air. Jadi, sekiranya badan kita kekurangan air maka kita akan mudah rasa pening, loya dan paling teruk boleh pitam. Sumber air di perlukan untuk menyelaraskan suhu badan juga membekal nutrien kepada anggota tubuh badan selain dari bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang bahan toksik dan sebagai pelincir kepada sendi dan organ badan. 

Oleh demikian itu, cepat grab Set Puasa Shaklee sementara stok masih ada gais. Sayang kalau tidak grab promosi yang jarang-jarang berlaku sekali beli terus automatik jadi ahli, penghantaran pun percuma. Sangat jimat bahh! Lagi best dapat free bottle shaker Shaklee yang hijau tu. Botol ini keras so durable lah. Tidak payah lagi cari-cari shaker lagi bah satu set lengkap yang memang mampu milik. 

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023 
#ShakleeTriumph2023

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 9 March 2023

Semudah 1-2-3: Set Shaklee untuk Puasa

Malam Nisfu Syaban sudah pun berlalu. Dua minggu sahaja lagi kita didatangi dengan bulan mulia, Ramadhan al-Kareem. Bulan yang kita perlu penuhkan rutin harian kita dengan ibadah sunnah. Demi memastikan fizikal dan mental kita kuat sepanjang Ramadhan, mari baca tips yang saya bakal kongsikan dalam entri ini. 

First and foremost, yang penting sekali ialah nutrisi. Kita perlukan nutrisi yang cukup untuk berpuasa sepanjang hari. Nutrisi yang cukup boleh membekalkan tenaga pada badan kita yang tidak makan selama hampir 10 jam supaya kita boleh beribadah dengan sempurna tanpa gangguan. Gangguan ni contoh lah kan macam saya baru duduk sekejap selepas solat kaki saya mesti rasa kebas "kesemutan" itu bermaksud darah kita tidak lancar mengalir tau, itu maksudnya  kurang nutrisi la bah tu. Hehe. 

Jadi, untuk menjamin badan kita cukup nutrisi,  tenaga yang konsisten dan ibadah sempurna, mari saya kongsi tips sihat bersama Set Shaklee untuk Puasa. Set ini juga promosi berlangsung sepanjang bulan ini ya khas untuk kita menyambut bulan yang mulia! 

Set Shaklee untuk Puasa
1-ESP 2-Cinch 3-Performance

1) Energising Soy Protein-Tenaga


Energising Soy Protein ini ialah suplemen protein berkualiti tinggi yang diperbuat daripada kacang soya asli. Ianya kaya dengan protein dan serat, rendah lemak dan juga bebas laktosa yang dapat memberikan tenaga yang berkekalan kerana beberapa faktor:

Kandungan protein yang tinggi: ESP mengandungi jumlah protein yang tinggi iaitu 14g untuk satu hidangan yang mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna berbanding karbohidrat. Ini bermakna badan akan mengambil masa yang lebih lama untuk memecahkan protein, memberikan pelepasan tenaga yang stabil dalam jangka masa yang lebih lama. 

Indeks glikemik yang rendah: Karbohidrat dalam Energising Soy Protein mempunyai indeks glikemik yang rendah, dimana karbohidrat diserap perlahan ke dalam aliran darah, mencegah lonjakan tahap gula dalam darah dan memberikan bekalan tenaga yang stabil. Maksudnya dia maintain la ba gula tu supaya kita dapat maintain tenaga dalam badan. Bukan macam kita minum air gula tu, memang akan ada tenaga tapi tidak berpanjangan macam kita dapat dari minum ESP ni. Best kan?? 

Nutrien penting: Energising Soy Protein Shaklee juga mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral penting, termasuk vitamin B kompleks, vitamin E, kalsium, zat besi dan magnesium, yang bekerjasama dengan protein untuk penghasilan tenaga dan meningkatkan kadar metabolisma dalam badan kita. Jadi tidaklah juga kita lemah longlai saja sepanjang hari kan? 

Semasa menyusukan anak dulu, minum ESP
sebelum tidur, malam tu memang tidur-tidur ayam lah kan sebab baby masa tu masih jaundis struggle kita bagi dia bangun supaya minum susu. Fuh penat mata pun jadi macam mata panda. Haha! Tapi yang seronoknya siang hari kita pun aktif tenaga tu kekal lama janji minum lagi keesokan harinya. 

2) Cinch Shake Mix-Kenyang 



Cinch Shake ini dirumus khas untuk menghasilkan formula yang mengandungi campuran protein berkualiti tinggi seperti whey protein dan soy protein. Cinch membawa element 'kenyang' sebab ia terhasil daripada dua jenis protein itu tadi sangat membantu memuaskan rasa lapar seterusnya membantu mempercepatkan kenyang dan mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan. 

Selain itu, Cinch Shake Mix Shaklee juga mengandungi serat prebiotik yang membantu mengekalkan keseimbangan bakteria usus dan meningkatkan pencernaan. Dengan mengambil Cinch Shake Mix Shaklee sebagai pengganti makanan, anda dapat merasa kenyang lebih lama dan mengurangkan keinginan untuk makan makanan yang tidak sihat.

Cinch ni dalam bentuk serbuk minuman yang mudah untuk disediakan. Cuma perlu shake kan bersama  apa-apa jenis susu then siap sudah boleh diminum. Paling sedap dan mantap mix dengan susu tumbuh-tumbuhan (contoh susu almond). 

Oleh itu, Cinch Shake Mix Shaklee merupakan pilihan yang the best bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan atau mengurangkan jumlah makanan yang dimakan setiap hari. Kesan yang lebih berganda kerana digandingkan bersama ESP. Confirm bertenaga dan kekenyangan. 

3) Performance Lime-Hidrasi 


Performance Drink Shaklee dengan konsep hidrasi ialah minuman isotonik yang diformulasikan untuk membantu penghidratan semasa aktiviti fizikal yang intensif. Minuman ini membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan dan menyediakan tenaga yang diperlukan untuk prestasi yang lebih baik semasa sukan atau aktiviti lasak. 

Uniknya,  promosi Set Shaklee untuk Puasa membawakan Performance Drink perisa lime yang pasti lebih menyegarkan. Minuman ini mengandungi campuran elektrolit seperti natrium, kalium dan magnesium, yang membantu mengimbangi dan memulihkan elektrolit dalam badan yang hilang semasa berpeluh dan juga mengurangkan rasa dahaga semasa berpuasa. 

Selain itu, ia juga mengandungi karbohidrat kompleks yang memberikan tenaga berterusan untuk aktiviti fizikal yang berterusan dan juga mengandungi campuran vitamin B Complex yang membantu meningkatkan penggunaan tenaga dan mengurangkan keletihan semasa aktiviti fizikal yang intensif.

Secara keseluruhannya, penyediaan Set Shaklee untuk Puasa ini sangatlah ringkas lagi-lagi waktu sahur. Jimat tenaga dan jimat masa! Nutrisi pun cukup, bekalan tenaga pun ada lagi pula mudah kenyang. Berbuka puasa dengan Set 123 ini pun sangat memadai. InshaALLAH! 

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleelabuan 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 8 March 2023

Kek Batik Cadbury Almond


Harini berjuang lagi untuk hantar di Vendor. Semoga ummi konsisten dan boleh dapat regular customer melalui usaha ini. Semoga banyak yang laris. Semoga lebih ramai suka kek batik dari air tangan ummi ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua anak-anak ummi walaupun sedikit kacau (ha sikit kah banyak kacau) tapi ummi dapat siapkan juga malam ini.



"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”