Saturday, 18 March 2023

Kenapa Vitamin Shaklee adalah Suplemen TERBAIK?

Shaklee: Suplemen Terbaik

suplemen


Mengapa saya cakap terbaik? Sebab terdapat banyak fakta yang membuktikan suplemen ini adalah pilihan yang sangat bijak buat kita semua. Tambahan lagi, saya sudah alami nya sendiri selama 10 tahun bersama Shaklee menjadi pengguna yang setia termasuklah mak saya, adik-adik, suami dan anak2 saya. 

Sumber dari Alam Semulajadi 


Hampir kesemua produk Shaklee adalah dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan yang sangat selamat dimakan dan diguna pakai. Lagi pula terdapat banyak vitamin yang mengandungi makanan sunnah Rasulullah SAW.

Sebagai contoh: 

daun senna
Herblax yang mengandungi ekstrak daun senna dimana daun senna ini adalah salah satu makanan yang sunnah diamalkan dari zaman Nabi Allah. 

Alfalfa Complex juga di hasilkan daripada sejenis tumbuhan bernama daun alfalfa. Daun alfalfa ini yang mana akarnya tumbuh di kedalaman tanah sepanjang 5 meter. Lagi dalam akar alfalfa ini tumbuh lagi banyak khasiat yang kita dapat.   

Research and Development 


Kamu pernah dengar kah tu "The Landmark Study". Ia adalah salah satu kajian terbesar mengenai pengguna produk suplemen dalam  jangka masa yang panjang. Kajian ini diketuai oleh penyelidik pemakanan terkemuka, Dr Gladys Block dari Universiti California, Berkeley, 

Studi klinikal ini memerlukan peserta untuk menjalani ujian darah bagi memeriksa biomarker kesihatan utama. Keputusan kajian ini telah menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil pelbagai jenis suplemen dalam jangka masa panjang dapat meningkatkan kesihatan pengguna secara menyeluruh. Pengguna produk 'Shaklee' mempunyai biomarker yang LEBIH SIHAT untuk kesihatan jantung, otak, dan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil produk Shaklee atau tidak mengambil sebarang suplemen. 

Nama yang tidak asing juga untuk kami di Shaklee ialah Elizabeth Helen Blackburn, reseacher yang mengetuai kajian dalam penghasilan Vivix, produk top Shaklee. Vivix ialah produk tunggal yang ada di Malaysia yang mengandungi polifenol, elagic acid,  anthocyanins dan sebagainya yang dihasilkan daripada 4 bahan utama. 

Dr Blackburn ini memang terkenal weh kalau taip ja namanya di Google confirm banyak info tentang beliau. Saya pun teruja bila baca tentang The Telomere Study (Kajian Telomere). 

Kajian ini dilakukan untuk meneliti kesan pemakanan, gaya hidup, dan faktor-faktor lain terhadap panjang telomere. Telomere adalah bahagian DNA yang terdapat di hujung kromosom yang berfungsi untuk melindungi kromosom daripada kerosakan semasa pembahagian sel. Telomere yang lebih pendek dikaitkan dengan penuaan dan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan diabetes.

Kajian Telomere dilakukan oleh University of California, San Francisco (UCSF) dan berlangsung selama lebih dari 5 tahun dengan lebih dari 5,000 peserta. Kajian ini menunjukkan bahawa pemakanan yang sihat, gaya hidup yang aktif, dan pengurangan stres dapat membantu menjaga panjang telomere yang lebih panjang.

Hasil kajian Telomere menunjukkan bahawa peserta yang mengamalkan pemakanan yang seimbang, berolahraga secara berkala, dan mempunyai tahap stres yang lebih rendah mempunyai telomere yang lebih panjang berbanding dengan peserta yang tidak mengamalkan amalan tersebut. Dalam kajian ini, Shaklee turut dipilih sebagai salah satu produk pemakanan yang dikaji kesannya terhadap panjang telomere peserta. Hasil menunjukkan bahawa peserta yang mengambil Shaklee Life Plan mempunyai telomere yang lebih panjang berbanding dengan peserta yang tidak mengambil sebarang produk pemakanan tambahan.
 
Hebat kan? Saintis ni punya dia gali semua hasil ciptaan Allah yang sangat memanfaatkan kita. Allah menciptakan segalanya pasti ada sebab musabab nya.  

Safe Proven 


Terbukti selamat kerana menjalankan penyelidikan dan penyulingan beberapa kali untuk memastikan sesuatu produk dihasilkan itu bersih dan bebas daripada bahan berbahaya. 

Contoh: Omega Guard ialah minyak ikan yang dihasilkan daripada ikan kecil-kecil di laut. Ikan ini akan diproses untuk di ekstrak minyak nya dan ahli saintis Shaklee melakukan 3 kali penyulingan. Tahulah kan ikan-ikan di laut dalam ni terdedah dengan bahan berbahaya seperti merkuri. 

Merkuri ini ialah bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan sekiranya terkumpul dalam badan kita pada tempoh masa yang agak lama. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, saraf dan penyakit seperti migrain, jika kandungannya terlalu tinggi dalam satu-satu produk. 

Produk Shaklee yang lain juga semuanya InshaALLAH diyakini selamat. 

Terbukti Berkesan 


Of course lah, saya mengalaminya sendiri selama 10 tahun, sejak saya memula cari set penyusuan demi anak sulung saya. Set penyusuan tu ada ESP yang juga merupakan salah satu produk dalam Set Kurus Shaklee. Bermacam produk Shaklee yang saya guna, darilah set facial care, penjagaan rambut, losyen herba sehinggalah produk kesihatan rumah. You just name it. 

Dulu, Shaklee ada satu produk penjagaan kulit nama dia Nutriwhite. Sangat best guna ni beb! Harga dia memang umph! Tapi boleh guna sampai 9 bulan weh. Jimat lagi berkesan. Mulus ja muka saya dulu jatuh cinta dengan facewash nya. 

Basic H, produk penjagaan rumah, basuh sayur, basuh botol susu semua boleh basuh guna Basic H ni multipurpose cleaner weh. Selamat sangat sebab tiada element kimia langsung ya RM49 boleh guna untuk setahun lamanya sebab guna pun setitik dua saja. Berbaloi kamurang mesti try ni.


shaklee labuan
Lagi, Herbal Blend yang ni 1 tiub baru berapa RM42 saja tapi sangat multipurpose, boleh sapu tumit pecah, sapu pada niple luka, sapu pada ruam lampin baby, sangat selamat. Dan saya pernah terkena air panas konsisten sapu pada tangan saya alhamdulillah hilang kesan air panas tu. Banyak betul ba testimoni. Saya sendiri jadi peserta kajian sudah ni haha. 

Overall, Shaklee ialah supplements terbaik untuk kita semua. Baik yang ada masalah kesihatan atau pun tidak. Eloklah kita amalkan supaya kesihatan kita di tahap yang terjamin. Mencegah lebih baik dari mengubati kan? Kita tidak mahu jadi antara orang yang 'terhentak baru nak terngadah'. Kesihatan kita adalah yang utama supaya kita boleh teruskan hidup dengan penuh nikmat. Pilih lah yang terbaik untuk menjadi yang terbaik. Fikirkanlah ya! 

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleelabuan 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 16 March 2023

Set Shaklee Paling Saya SUKA


Suplemen
OsteNutrix dan SR Vita C Plus ialah vitamin Shaklee pilihan saya yang memang saya konsisten makan setiap hari. Bagi saya seorang ibu dan isteri, tidak kira bekerjaya atau pun suri rumah mesti ada set suplemen yang dua ni. Paling penting! 

Merehatkan otot dengan OsteNutrix


Dulu nama dia OsteMatrix. Sekarang dia tukar nama sebab Shaklee upgrade untuk tambahkan kandungan Vitamin D. OsteNutrix ialah all-time favourite vitamin untuk saya. Tidak boleh tidur tanpa telan OsteNutrix ni. 

Pernah sekali produk ni tiada dalam pasaran. Saya tiada bekalan OsteNutrix dalam tempoh yang sangat lama. Disebabkan  upgrading product perlu banyak proses dan perlu dapat kelulusan sebelum masuk ke pasaran, saya yang pengguna tegar menunggu lah dengan setianya. 

Dan mahu dijadikan cerita pada masa tu, saya mengalami sakit bahagian belakang pinggang yang berterusan. Mahu juga dua bulan saya tanggung sakit tu. Setiap hari setiap kali berdiri lama, bangun berdiri setelah duduk lama, memang sangat payah. Saya rasa postur duduk semasa dalam pejabat yang buat pinggang saya sakit. Berkali juga check dan pergi x-ray tiada masalah tulang pun. Memang tersiksa zahir ku beb!   

Setelah product announcement, pulak tu limited stock, grab cepat-cepat dan berbulan konsisten lama kelamaan saya pun secara tidak sedar alhamdulillah hilang pun sakit pinggang tu sehinggalah sekarang. Syukur atas izin Allah SWT. 

Mulai daripada itu, saya tidak boleh tinggalkan OsteNutrix. Wajib telan sebelum tidur, bangun pagi confirm rasa segar dan best giler. Confirm bangun tidur terus membuang. Badan pun rasa ringan. 

Dalam OsteNutrix ada magnesium yang membantu kita dapatkan tidur yang lena sepanjang malam. Otot kita akan ikut berehat semasa kita tidur, jadinya sendi dan otot yang lenguh semuanya akan hilang selepas kita bangun setiap pagi. Best kan? Eh siapa yang tidak percaya tu mesti cubalah keberkesanan produk Shaklee yang satu ni ya. 

Vitamin C untuk Sihat dan Cantik

Bagi saya kita sangat perlukan Vitamin C ini sebab bukan saja untuk menguatkan imun sistem, ia juga membantu menganjalkan kulit. Betul bah? Iya bahh! 

Vitamin C dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel yang rosak disebabkan oleh radikal bebas. Sekiranya kita kekurangan vitamin c, badan kita tidak mampu menghasilkan kolagen seterusnya kulit akan nampak kusam, tidak sekata dan tidak anjal. 

Tambahan lagi, umur kita ni makin meningkat jadi lagi kita perlu vitamin c. Makin kita tua makinlah kurang tu Vita C dalam badan. Lebih teruk lagi, apabila kita banyak terdedah dengan cahaya matahari tanpa perlindungan.

Jadi, mama di luar sana tu mesti mau ada ni Vitamin C ya, paling best lagi pilihlah Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee. Sebab apa? 

1- Sustained release: Kita tahu vitamin c ialah vitamin larut air jadi kan setiap kali kita berpeluh kah kencing kah mesti keluar tu vitamin c dari dalam badan, jadi untuk dia maintain bekalan dalam badan kita mau dia lepaskan secara perlahan-lahan. Kita mau dia slowly keluar dari dalam badan supaya badan kita dapat perlindungan yang lebih lama lah begitu. Boleh lah elak sel dalam badan kita rosak. Sel sihat badan kita pun sihat lah. 

2- Lembut pada perut: SR Vita C Plus daripada Shaklee dihasilkan daripada ekstrak buah jagung dan bukan buah citrus yang selamat untuk mereka yang ada gastrik dan perut sensitif. Jadi selamat lah untuk semua orang. So, jangan risau! 

vitamin shaklee
Dan, mari dengar cerita ini memang pengalaman saya sendiri lah kan. Selama 10 tahun makan vitamin c ini, banyak yang saya nampak keberkesanannya. Tapi ini yang saya cerita ni baru salah satunya saja ya. Lately, dalam 2 minggu ni entah apa yang saya sibukkan sangat, tidur pun selalu lewat dan awal pagi kena bangun, saya selalu tertinggal makan vitamin c dan sekarang saya tersiksa menderita kerana jerawat tumbuh dengan banyak di muka saya. Oh NO! Mau cerita pun stress. Sebelum ni elok jak tumbuh pun mungkin satu biji dua dalam satu masa tapi sekarang menyesal tidak sudah ya. Mari kita halau dengan vitamin c Shaklee yang best ni. Jerawat please go away.

Sayang sebenarnya untuk yang tidak pernah terbuka hati untuk mencuba suplemen sihat yang dua ni. Tidak mahal wehhh sangat berbaloi dan sangat membantu. InshaALLAH! Dengan syarat kita mesti konsisten. 
   

 #blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleelabuan

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 15 March 2023

Shaklee Labuan: Impian Bersama Shaklee

Hidup sihat dengan vitamin Shaklee 


Bersama Shaklee, semestinya yang paling utama saya mengimpikan untuk selalu sihat. Dengan sihatnya tubuh badan, kita dapat merasai nikmat hidup yang sempurna. Saya dapat melakukan apa saja halangan. InshaALLAH! Bukan saya saja, mak saya, adik saya pun mengamalkan Shaklee sejak 2014 lagi. Mereka sudah pun alami keberkesanan suplemen Shaklee. 

Begitu juga anak-anak saya pun boleh hadir ke sekolah tanpa ponteng dan mudah fokus dalam pembelajaran dengan adanya bekalan vitamin dari Shaklee. Macam anak saya yang kecik ni sangat suka Omega Guard. Dia pun jarang sekali demam, selsema dan batuk. Kalau ada pun sehari mesti baik.  Video ini dirakam 3 tahun yang lalu. 


Siapa yang berkehendakan sakit? Tiada orang yang suka dapat sakit. Begitu juga saya yang paling tidak mahu jatuh sakit. Seorang ibu/isteri dalam rumah tangga kalau jatuh sakit tentu rumah akan dalam keadaan kelam kabut. Suami saya adalah seorang yang sangat bergantung pada saya sepenuhnya yalah dia kan bekerja jadi saya terpaksa galas tanggungjawab seorang untuk mengurus rumah dan anak-anak. 

Tambahan saya ni, kadang-kadang dalam satu masa tu saya mahu buat semua benda, entah ni penyakit memang tertanam dalam diri saya, kalau saya rasa mahu buat saya buat semua tanpa endah penat atau sakit kepala. Susah untuk saya buang sikap yang satu ni. Jadi saya mesti ada cukup vitamin supaya dapat elak saya dari terkena penyakit.    

Sebagai ahli Shaklee saya membeli vitamin dengan harga yang sangat berbaloi,  dan saya boleh tampung keperluan vitamin utk anak-anak. Alhamdulillah setakat ni rezeki untuk beli vitamin utk anak saya sentiasa ada walaupun tidak banyak. Manatau dapat juga duit raya dari Shaklee nanti kan boleh beli lagi vitamin. 

Bulan lalu, saya kumpul belian untuk layak beli Vitalea Kids dengan harga RM5 sahaja. Murahkan? Dapat sihat dengan harga berbaloi. Rugi betul yang tidak ambil peluang yang jarang-jarang ada. 

Conference point: Pakej percutian bersama Shaklee



Of course, saya pun mahu sangat menjadi salah seorang yang layak untuk melancong bersama Shaklee. Saya tidak pernah sekalipun ke luar negara dan mestilah mahu juga mengalami pengalaman yang sama dengan leaders yang namanya tersenarai di setiap kali tahun yg baru. Tahun ini leaders Shaklee pergi South Korea dan Los Angeles.
suplemen

Dan juga sesekali ada peluang Shaklee menawarkan percutian ke tanah suci dengan mengerjakan umrah. Seronoknya! Kalau point cukup boleh pergi berdua dengan mak atau suami, atau kalau banyak conference point lagi boleh bawa lebih ramai ahli keluarga. Ini peluang yang paling ditunggu-tunggu.

Disamping kita dapat amalkan kehidupan yang sihat dengan suplemen Shaklee, kita pun dapat jalan-jalan di oversea dengan ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. 

Semoga Allah bukakan pintu rezeki seluasnya untuk saya bawa orang tersayang mengerjakan umrah di tanah suci. Amiinn allahumma aminn.

Peluang untuk perbaiki diri sendiri 


Semenjak saya menyertai Shaklee, syukur ya Allah upline saya semuanya ke arah Allah's approach. Ya! Kami selalu diberikan kata-kata nasihat, bimbingan dari segi keagamaan dan paling saya gemar selalu saling mengingatkan supaya kita tidak terlalu taksub dengan dunia. Kita perlu mencari redha Allah walau bagaimana cara sekalipun usaha kita untuk memperbaiki hidup kita di dunia sementara ini. 

Banyak sangat tips dan input yang saya sedikit sebanyak cuba ikut mengamalkan nya. Ilmu yang dikongsi tidak pernah terhad semata pada Shaklee saja. Upline yang sering memberi kata semangat dan tidak pernah putus asa membantu sangat lah saya hargai dan impian bersama Shaklee ini, ialah untuk genggam kejayaan saya sendiri seperti mana yang mereka mahukan. 

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleelabuan 



"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 14 March 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Saya mau ambil peluang lah bulan puasa nanti kasi turun berat badan. Manatau boleh kasi hilang double chin saya ni. Adui benci betul saya tingu taw. Mau ambil gambar pun mo cover lagi tu double chin. Bikin panas kalau mau lagi edit tu gambar supaya tidak nampak itu aurat bawah dagu. Geram! 

set kurus shaklee

Nah, jadinya entri kali ini, saya mau cerita pasal Set Kurus Shaklee iaitu Set Hello New You. Set ini sesuai dengan tajuk saya kepada yang mahu kurus sebelum raya, wajib untuk amalkan set ini.  Promosi masih berlangsung lagi dengan harga kebabom best wei. Kalau biasa-biasa set ini harganya RM441 tau! Tapi sekarang beli saja set ini auto membership so boleh beli dengan harga ahli dengan cuma RM353. 

Set Hello New You ni terdiri daripada 4 jenis vitamin iaitu Cinch Shake (Chocolate Flavor), Herb-Lax, Omega dan Lecithin. Dan, yang best sekali banyak free item comes together with this set. Ya! PERCUMA. Apa yang percuma? 

FREE keahlian dimana kita beli saja set ini terus masuk ahli. Tidak perlu lagi bayar RM35 untuk masuk ahli. Keahlian sah sehingga setahun ya until next birthday. Bestnya! 

FREE shaker hijau yang comel tu yang harganya RM18.75, botol ni durable iaitu agak tahan lasak, sebab body bottle ni sangat keras. Tidak mudah pecah. Senang shake saja Cinch shake menggunakan botol shaker ni then ready untuk diminum. Jimat masa kan ada botol shaker ni. 

Ha, FREE lagi 1 tong Cinch Chocolate bermakna kita dapat dua tong Cinch yang mana 1 canister boleh bancuh 15 servings so dapat dua ni complete lah bekalan untuk sebulan kita puasa - 30 kali hidangan. Harga 1 tong Cinch ni RM190 tau nah jimat berapa RM sudah kalau beli set ni?  

Saya pun tergoda mau beli set ni. Misi mau kuruskan badan lah katakan. 
set kurus shaklee


Mari ketahui manfaat setiap item set kurus shaklee ni. Jom! 

Herb-Lax: Agen cuci usus


Kandungan di dalam Herb-Lax semua nya herba organik yang terdiri daripada daun senna, daun alfalfa, jintan hitam, jintan manis dan sebagainya yang mampu membantu kita mengeluarkan toksin dari dalam usus. Saya makan Herb-Lax memang flush habis then keluar toilet perut rasa kempis dan paling penting kita puas membuang. Lega yakmat! 

Cinch: Meal replacement 


Satu hidangan cinch sudah cukup untuk memenuhi keperluan di dalam satu full meal. Cinch ini ialah serbuk minuman yang mudah disediakan sebab kita perlu bancuh saja dengan apa2 jenis susu kegemaran, shake shake saja guna botol shaker free tadi then siap mudah dan senang di bawa ke mana2. 

Cinch mengandungi leucine yang mengekalkan otot tanpa lemak supaya badan yang mengecil atau kurus tidak akan ada flabby muscle. So kena minum Cinch supaya badan kita nampak lebih cantik semasa proses penurunan berat badan berlaku.  

Omega Guard: Mengawal kolesterol 


Kebanyakan orang yang mengalami berat badan berlebihan atau paling teruk lagi obesiti cenderung mempunyai kolesterol tinggi. Sebab itulah dalam set ini perlunya Omega Guard untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah seterusnya melindungi jantung kita. 

Omega Guard juga mengandungi Omega-3 yang menggalakkan fungsi otak. Perut lapar tidak lah juga kita lambat berfikir kan. Gitew ! 

Lecithin: Membakar lemak


Lecithin terkenal dengan agen pembakar lemak di mana ianya meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Contoh, sekiranya kadar metabolisme tinggi badan kita akan mudah berpeluh so baguslah kan buat kerja ringan-ringan pun sudah berpeluh so badan akan jadi rasa ringan. Tidak percaya? Belum cuba belum tahu beb. So kita semua wajib cuba! 

Sebenarnya set suplemen ini bukan saja semata-mata untuk kita yang berpuasa saja ya! Boleh juga yang mahu turunkan berat badan, yang mahu kasi cantik kulit, yang mahu kurus slim melim.  Nah boleh lah amalkan set ini sepanjang bulan puasa. 

Saya misi mau turun berat saja ba ni tidak semestinya boleh kurus kalau mau turun berat saja kan. Al maklum lah saya mau kasi cantik BMI saja. Kurus-kurus pun bilang si husband tidak best juga nanti rasa tulang bila dipeluk. Oopss haha! 
set puasa shaklee

Dan pada siapa yang berminat dengan Set Puasa Shaklee yang saya pernah kongsikan di entri sebelum ini pun boleh tanya saya ya. Set ini terdiri daripada ESP yang membawa fungsi untuk bertenaga sepanjang hari. Manakali Cinch supaya kita kenyang lebih lama dan Performance LimeLemon untuk kekal hidrasi sewaktu berpuasa. Semudah 1-2-3. 

Hello New You set : Suplemen Lengkap Nutrisi


Secara keseluruhannya, saya suka Set Hello New You ini sebab kita kurus dan cantik secara menyeluruh. Jantung pun sihat, penghadaman pun lancar dan membakar lemak dgn meningkatkan kadar metabolisme yang tinggi. Sama-samalah ba kita kurus time bulan puasa nanti.

SAY HI TO THE NEW VERSION OF YOURSELF! 

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleelabuan  

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 11 March 2023

2023: Shaklee Labuan ke Kota Kinabalu Branch

OsteNutrix
Bersama Duta Shaklee Kids saya,
Nazran Nashwa & Nayla

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bila sudah berpeluang singgah Shaklee KK Branch apa lagi borong terus promo yang ada. 
Sebenarnya, beli Shaklee boleh ja shopping di hujung jari mudah dan cepat tapiii... kalau pergi sini excitement nya terasa sangat berbeza. 

Mahu dijadikan cerita, saya memang berada luar Labuan sepanjang minggu lepas. Menyantuni jemputan walimatulurus anak buah sebelah suami jadi provide lah satu hari untuk bawa anak-anak cari kasut sekolah. 

shaklee labuan
Borong Shaklee Promo
Pergi Shaklee KK Branch bukanlah dalam plan actually, tapi dalam perjalanan tu tiba-tiba saja terfikir better juga pergi so jimat juga postage kan so sekali lah beli untuk anak Shaklee saya yang di Labuan tidak payah saya transfer UV lagi pula save cost postage. Jauh juga kami salah ambil simpang masa tu, al maklumlah lama sudah tidak singgah sini. Lagipun kami lalu Dongongon jadinya suami saya keliru mahu masuk mana satu simpang. 

Sampai saja di sana anak-anak semua terlompat-lompat dalam tu. Nasib pergi hari Isnin, orang pun tidak ramai. Syukur juga suami mahu singgah dulu sebelum kami pergi KK kalau tidak entah sempat kah sampai sini sebelum pukul 6ptg. Alhamdulillah seronok dapat refresh gambar di Shaklee KK Branch. Last time saya pergi masa Nazran masih sangat kecil lagi. 
shaklee labuan
2015: Moment captured
with Roger Barnett 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Duit Raya Awal Dari Shaklee


duit raya
Hadiah dari upline masa dapat naik rank SV


Pengalaman Cash Bonus


Pada tahun 2014, saya naik rank Supervisor, pulak tu dapat effective 3 bulan berturut-turut. Masa itu income saya cecah hampir RM2k. Cantik peraturan Allah. Setiap hari istiqamah solat fardhu awal waktu,  solat dhuha, selawat dan macam-macam tips yang diberi upline masa tu semua saya ikut. Yalah sebab kita memang mahu sesuatu so kita kena berkorban lah kan. 

Kuasa Allah SWT memang ajaib tetapi niat kita mesti betul jangan terlalu taksub nanti Allah tarik balik nikmat yang diberi tu. Bersama Shaklee, kita boleh enjoy 3C- iaitu: Cash, Car dan Convention. Sangat wow. Walaupun rezeki saya setakat C yg pertama, di mana saya setiap bulan Shaklee bayar bonus paling awal pun every 14th in a month. Tengah-tengah bulan yang pokai dapat bonus siapa tidak suka kan? Biarpun nilainya tidaklah mewah dan gah tapi apabila yang kita peroleh tu berkat, sudah tentu nilai yang sikit pun sangat mencukupi. Syukur selalu. 


Ramadhan vs Duit Raya


Cak Cak Ramadhan. Tidak sabar rasanya berpuasa. Dalam masa menahan diri untuk berjimat belanja, boleh juga kita rehatkan perut, tambah lagi ibadah kita dlipatkali gandakan. Tapi jangan abaikan vitamin harian supaya puasa pun kita cukul nutrisi. Tambah lagi best, dapat duit raya awal dari Shaklee nanti. Bonus menanti every mid-month boleh lah jadi duit raya nanti ngam seminggu lagi tibanya syawal. Excited wo! 

Mari sini cerita bagaimana untuk dapatkan bonus Shaklee. Pertama sekali, semestinya dia mestilah ahli Shaklee yang berdaftar ya. Ahli yang berdaftar semestinya akan memberi bank details. So bonus akan terus di transfer ke akaun bank kepada semua ahli yang layak. Kedua, untuk kita layak bonus mesti buat buat minimum 150uv. UV ni unit volume dalam kata lain nya 'point' lah kan. Setiap bulan UV yang terkumpul melayakkan kita untuk dapat bonus dan Shaklee bayar di pertengahan bulan hadapan tidak kira pangkat dan rank sekalipun bonus tetap ON janji at least ada PV (Purchase Volume) iaitu jumlah belian produk Shaklee dalam sebulan lebih kurang RM500. 


Rank dan Bonus Shaklee 


shaklee labuan
Dan part yang best, setiap kali kita level up UV, setiap kali itu PV pun naik so percentage of bonus pun naik. Dalam erti kata lain, semakin tinggi UV dan semakin tinggilah jumlah PV jadi semakin banyak lah bonus layak. Boleh refer table sebelah ni untuk lebih senang. Gitu bah! 

Sudah jadi ahli tu belilah produk nya dan rasa keberkesanan nya sendiri barulah seronok sharing dengan family, kawan, dan orang luar. Sebenarnya, consume sendiri pun boleh earn cashback. Beli untuk diri sendiri dapat sihat dapat juga duit raya awal Shaklee. Mesti suka kann. Tapi wa cakap lu memang tidak mudah. Tapi SABAR lah ya InshaAllah one day kita sedar its worth it. 

Sambil hidup sihat, sambil boleh jana pendapatan, sambil juga bantu orang lain amalkan hidup sihat dengan vitamin Shaklee. Best gila beb! Next entri nanti saya cerita step by step on "How to do business with Shaklee". Tunggu ya!  

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#shakleelabuan 
#healthywealthywithShaklee 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 10 March 2023

Mencari Kekuatan

Bagaimana sebenarnya untuk aku peroleh kekuatan. Melainkan air mata yg setia menemani. Syurga itu sungguh mahal harganya sehingga terkadang aku jatuh tersungkur tanpa sempat berpaut. 

Mungkinkah kejayaan yang aku cari ini tidak diredhai? Mungkinkah segala ibadah ku syurga ku tidak ikhlas menerimanya? Atau mungkin semua yang aku lakukan ini salah? 

Dari dulu dan sehingga ke saat ini, aku masih menanti saat yang aku betul perlu bahagia. Saat itu aku masih ternanti tatkala 5 waktu ku dihadapanku adalah cahaya syurgaku. 

Ya! Istiqamah itu sangat berat dan aku nampak sendiri dengan mata kepala otak ku bahawa Istiqamah itu sangat payah. Tatkala itu aku masih mencari² cahaya dari syurga ku entah mengapa masih gelap

Atau aku jadi begini kerana aku pendosa? Salah yang kecil diperbesarkan, hal yg mudah dirumitkan, tiada yang betul dimata syurgaku sehingga sanggup merengus mengeluh kepadaku yg manusia biasa. 

Mungkin dia lupa yg aku juga sering terlupa. Mungkin juga dia tidak pernah mahu faham keadaan ku yg sering chaos dimana saja aku berada jika bersama permata hatiku. Tapi sebenarnya aku masih menidakkan semua ini adalah salahku. 

Aku percaya ini semua dugaan yg memesongkan hatiku dalam berjuang utk mencari kejayaan yg sebenar. Aku pasti aku berjaya suatu hari nanti kerana dugaan yg ku hadapi ini bukanlah calang² 

Ya Allah, kurniakan aku kudrat, akal fkiran, emosi dan fizikal yg kuat untuk seiring mencari redhaMU dlm aku meniti kejayaan itu.


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”