Saturday, 25 October 2014

Shaklee Labuan: Langsing, Sihat dan Anggun

Sambutan program hari ini sangat memberangsangkan, dapat positif feedback daripada mereka bukan ahli Shaklee yang datang. Tambahan lagi, sekali sambutan birthday leader saya. Sebenarnya, saya pun hampir lupa birthday leader saya. Tapi nasib hampir lupa, bukan sudah terlupa. Hehe. Walaupun agak awal, tapi saya sudah bagi hadiah buat leader saya sebagai penghargaan saya untuk dia. 

Shaklee menawarkan khasiat vitamin yang sungguh hebat, di samping kita mampu menjana pendapatan, kita juga mampu memberi jaminan untuk hidup sihat. Itulah yang kami rasa dalam Shaklee. Saya sangat teruja, walaupun hari ini saya tidak berjaya membawa seorang pun prospek tapi saya dapat ilmu hasil daripada sharing fellow friends Shaklee saya tadi. Syukur Alhamdulillah.. Kami pun dapat free minum Esp+Milo dan Performance.. Segar sepanjang program.

Apa pun saya banyak belajar daripada program hari ini. Daripada awal program sehinggalah saya dihantar ke rumah oleh leader saya. Segala yang terjadi pasti ada hikmah tersembunyi.

                                   
Juara Pertandingan Mewarna
Haikal, 9 thn
Naib Juara Pertandingan Mewarna
Syazrianah, 11 thn




                                  
Pemenang Pertandingan Mewarna tempat ke-3
Chewable Vitamin C
                    

Servicing

Saya duduk depan laptop tapi saya tengok handset. Suami pergi main bola, jadi saya bosan. Apa lagi terdetik hati untuk hubungi downline. Dua orang pertama tidak dapat di hubungi tapi call orang ketiga dijawab juga. Alhamdulillah. Dia seorang member sejak bulan Januari lepas, beli cuma untuk makan sendiri. Katanya dia sangat sibuk. Aduh.. Pada mula join tu, saya minta join program dan kelas pun dia tidak join. Sibuk katanya. 

Malam ini, syukur setelah sharing serba sedikit ilmu untuk turunkan berat badan. dia mahu beli Esp dan Lecithin. Syukurlah hatinya telah terbuka sedikit. Sharing yang bermacam-macam, dari Vitamin C ke Collagen Powder, dari income zero ke 3 angka dan ke 4 angka. Kedengaran nya dia sangat impressive. Banyak yang diceritakan. Yalah, macam seorang kakak yang sudah lama tidak menghubungi adiknya. 

Saya update blog sekarang ini pun sambil tidurkan anak saya. Dia khusyuk tengok Upin Ipin dalam handphone saya. Sambil tu bolehlah saya update blog tentang kisah tu tadi. In shaa Allah kita mampu mengubahnya.

Shaklee Labuan: Surprise Present buat My Lovely Leader

Walaupun terlalu awal, saya tetap buat untuk dia juga. Nasib juga dia sukakannya. 

Terima Kasih atas segala tunjuk ajar dan nasihat.. 
Semoga kakak dilimpahkan rezeki yg tiada henti, peroleh kesihatan dan sentiasa ceria ke mana saja kakak berada. Terima kasih atas segala kata semangat dan curahan ilmu dan masa, baik dalam agama dan juga bisnes. In shaa Allah. One day, our dreams may come true.. Terima kasih kakak.
Terimalah hadiah ini sebagai penghargaan dari saya, semoga kakak suka dan juga bermanfaat buat kakak...
Selamat Hari Ulang Tahun ya kakak. Wishing you have more more coming birthdays. 
In shaa Allah...

Produk Serasi: Herb-Lax & Lecithin

Petang kelmarin, seorang regular customer repeat order untuk Herb-Lax dan Lecithin. Katanya kalau tidak makan Herb-Lax dan Lecithin perut akan kembung dan mulalah sembelit. Berhari tidak membuang. Sengsara rasanya. Jadi perlu makan keduanya. Lagipun katanya juga sebelum sempat habis, mahu beli cepat cepat. Sebab dia tidak mahu ketinggalan makan keduanya.

Lecithin memang akan membantu membakar lemak di dalam badan kita dan Herb-Lax akan membantu dalam membuang lemak jahat tersebut. Oleh kerana itu, kedua-dua produk ini sangatlah serasi digandingkan. Apatah lagi, buat mereka yang memang aktif bersenam. Lecithin akan meningkatkan metabolisme tubuh kita jadi kita akan lebih banyak berpeluh. Sangat best!

Oleh disebabkan itu, dua produk ini sangat sesuai untuk membantu menurunkan berat badan.. Tapi kesan dia tu bergantung pada seseorang. Lagipun, tidak kan lah kita makan hari ini, esok sudah kurus betul kah tidak? Kata orang, biar lambat asalkan selamat. Memang banyak produk langsing di pasaran sekarang ini tapi kita tidak tahu kesan produk itu dalam jangka masa panjang. Ada juga produk yang mengandungi racun dan sangat berisiko. Yalah, ramai di luar sana sanggup berbelanja besar untuk kelihatan cantik dan ramping. Tapi mereka tidak menyiasat terlebih dahulu kandungan dalam produk yang mereka ambil. Mereka juga tidak kisah halal dan haram. Susah macam tu.

Apa kata kita cuba Shaklee pula, tidak mengandungi sumber yang tidak selamat kerana semuanya serba alami. Tambahan pula, halal lagi bah. Ramai sudah yang makan Shaklee ni, ada juga sampai berpuluh tahun. Belum cuba belum tahu.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 24 October 2014

Shaklee Labuan: Mencuba Joint Health Tablet


Saya sudah mencuba lebih daripada 10 jenis produk nutrisi dan produk kecantikan Shaklee. Sejak suami saya selalu mengadu sakit kaki, sakit belakang, sakit badan, saya pun terdetik untuk belikan dia vitamin Shaklee yang in shaa Allah mampu mengurangkan masalah suami tercinta. Masa untuk mencuba Advance Joint Health Tablet (AJHT)!!

Ramai sudah yang membeli AJHT daripada saya, dan rata-rata mereka sangat berpuas hati dengan kesan nya. Ada juga yang sampai repeat order lagi. Saya pun tertarik mahu mencuba. Jadi, saya pun belikan buat suami saya. Pekerjaan dia yang membuat badannya sering sakit dan ngilu. Orang kata masuk angin kah apakah tu. Hehe..

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 23 October 2014

Shaklee Labuan: Bertambah Satu Lagi

Alhamdulillah selesai daftar seorang lagi keluarga Shaklee saya. Dia salah seorang rakan sekolah menengah saya yang memang maintain consume vitamin Shaklee. Antara kegemarannya ialah ESP, SR Vit C Plus, Zinc Complex dan OsteMatrix. Selain itu, disebabkan Meal Shake promotion pada bulan ini, dia pun tidak mahu ketinggalan untuk ambil peluang ini. Katanya untuk anaknya.

Pada mulanya, dia pun bingung dan keliru mana satu ingin di ambil nya kerana dua produk dia mahu tu promo bulan ini, ESP dan Meal Shake. Saya pujuk dia masuk member bukan apa, sebab dia konsisten consume Shaklee ni, untuk tidak rugi better join as member, bukan sahaja kita dapat harga murah sebagai member sah Shaklee, tapi juga kita berpeluang rembat promo item setiap bulan, dengan harga yang sangat extragavanza jimat. Fuh.. Tidak menyesal. Saya pun berjaya ambil dua set Meal Shake Buy 3 Free 1 tu. Lama kelamaan dia pun mahu juga masuk member. Tadi lepas saya jumpa dia, saya excited sangat mahu online enrolment untuk dia. Dia pun whatsapp saya balik2. Dia excited saya lagi lebih excited bah.

Terbuka juga hatinya kan, katanya juga, yalah boleh promote sama keluarga, rakan2, mana tahu ada rezeki boleh dapat bonus, tambah pendapatan bulanannya. Nah, nampak kan. Dia pun bersemangat untuk timba ilmu, banyak yang dia ingin bertanya pada saya. Yalah, kita ni kalau mahu sihat atau mahu promote sihat pada orang lain, ilmu kena ada. Banyak yang harus dipelajari lagi. In shaa Allah. Alah bisa tegal biasa. Dia pun sudah ada rancangan sendiri dan ada target customer sudah. Alhamdulillah. Semoga diperluaskan rezeki buat rakan seperjuangan saya ini. Semoga dipermurahkan rezeki juga buat semua ahli keluarga Shaklee yang mendaftar di bawah saya.

Tahniah untuk anda semua kerana membuat pilihan yang tepat!! Jom kita kejar impian kita bersama-sama.

Siapa lagi yang berminat untuk join member seperti kami??
Boleh hubungi saya 
Asda 013-6507465

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah 
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . 
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan. Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah) 

Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang luas…yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami…. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah. 

Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkan lah.
Jika sedikit maka banyakanlah.
Jika banyak maka BERKATILAH agar kami dapat menolong

ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN, MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....