Thursday, 2 March 2023

Duta Shaklee Nazran: Berkhatan


Apa itu Berkhatan?

Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘circumcision’.

 Menurut Mazhab Syafie, hukum berkhatan adalah wajib bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan. Dan menurutnya lagi, umat Islam disunatkan untuk mengkhatankan bayi pada hari ketujuh kelahirannya. 

Namun, ia mestilah melihat kepada tubuh atau keadaan fizikal bayi tersebut sebelum dia disunatkan agar tidak menyebabkan sebarang kesan buruk akibat daripada prosedur bersunat. Majoriti masyarakat Malaysia mengkhatankan anak mereka pada umur 12 tahun. Tetapi ianya juga bergantung kepada pendapat ibu bapa masing-masing. 


Dalil Berkhatan


Antara dalil yang menyebut tentang pensyariatan khatan ialah:

Firman Allah SWT dalam al-Quran:

ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Al-Nahl, 16: 123

Maksudnya: Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.

Selain itu, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ بَعْدَ ثَمَانِينَ سَنَةً، وَاخْتَتَنَ بِالْقَدُومِ

Maksudnya: “Nabi Ibrahim AS berkhatan selepas berumur 80 tahun dengan menggunakan qadum (alat seperti beliung, kapak kecil).” - Riwayat al-Tirmidzi (2799)

Kemudian hadis yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW:

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ - أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ – الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَار،ِ وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: “Fitrah (sunnah) itu ada lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencukur bulu ketiak, memotong kuku dan memendekkan misai.”

 

Kisah Nazran Berkhatan


Alkisah satu-satunya anak teruna ummi. Rezeki Nazran dapat juga menyertai Program Berkhatan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau United Sabah Islamic Association (USIA),  Peringkat WP Labuan. Program ini terbuka secara percuma kepada 50 orang peserta. 

Kisahnya, pada 25 Februari 2023, sebelum pukul 7 pagi lagi kami tiba di perkarangan Klinik Kesihatan Membedai WP Labuan. Walaupun belum pukul 7, ibubapa dan peserta sudah pun ramai yang berkumpul. Kami dapat nombor giliran ke 41 daripada 50 orang peserta. Jauhnya! 

Selesai sahaja, pihak penganjur mengagihkan sarapan, peserta diminta berkumpul untuk memulakan program. Majlis dibuka dengan bacaan doa dan sedikit kata alu-aluan daripada wakil penganjur. Bomba sudah pun bersedia untuk menyiram peserta berkhatan ini. Setelah itu peserta di minta menyalin baju dan memakai kain sarung. 

Menunggu giliran sehinggalah tengahari, syukur juga Nazran tidak banyak karenah, cumanya bosan saja dia menunggu. Pelbagai adegan yang saya nampak pada hari tersebut. Ada seorang budak tu berkurunglah dia di dalam tandas, ada seorang lagi menangis takut tidak mau dikhatankan dan lebih teruk lagi ramai juga peserta yang terjerit-jerit ketakutan sehinggakan ibu yang menemani anak tersebut tidak mampu sudah untuk memujuk dan akhirnya tarik diri dari dikhatankan.

Sijil penyertaan sudah pun diserahkan tapi belum berjaya dikhatankan. Tiada rezekilah disitu kan. Pihak penganjur kata, cuba lagi di Program tahun hadapan. Syukur juga teruna ummi yang seorang ini tidak macam tu.

Oleh kerana lama menunggu, ayah nya kembali ke tempat kerja pagi itu. Setelah 4 jam menunggu, ummi pun inform lah ayahnya ketika hampir giliran Nazran dipanggil dan si ayah dengan segera meninggalkan tempat kerjanya. Pengalaman untuk kami: ummi dan ayah yang tercipta sekali dalam seumur hidup. Kami berdua menemani Nazran di dalam bilik rawatan.

Ummi menyaksikan sepenuhnya Nazran dikhatankan walau bingit telinga mendengar jeritan Nazran yang sedang berselawat sepanjang proses khatan tapi alhamdulillah ummi bersyukur dikurniakan seorang anak lelaki. Syukur dengan izin ALLAH SWT ummi diberi pengalaman berharga yang mungkin tidak semua ibu/bapa dapat peluang seperti ini.

Fasa penyembuhan dari Berkhatan

Bukan mudah menjaga Nazran sepanjang tempoh selepas berkhatan. Tidak pernah dia bangun dari pembaringan melainkan kalau dia berhajat untuk ke tandas. Saya pun sebenarnya takut juga kalau ada apa-apa kesan komplikasi selepas bersunat tu kan. 

Selama 2 hari tu, apa-apa yang dia mahu semua pun ummi, mahu makan minum panggil ummi, kencing panggil ummi dan selama dia baring tu bagi dia main game saja di handphone. Okey tidak apalah kan kita bagi chance lah kalini kan sebab dia pun bosan tidak dapat banyak bergerak apa lagi yang dia boleh buat, selain tu dia rehat dan tidurlah. Hari ketiga, mahu tidak mahu, saya juga yang buka balutan luka nya. Ayahnya disuruh awal lagi surrender geleng kepala. Allah! Nasiblah ummi ni cekal hati. Haha!

Pagi itu, ummi sediakan air suam dan kapas untuk buat bersihkan lukanya. Hampir ummi pekak dibuat Nazran sebab kuat jeritan nya ketakutan semasa ummi cuba tanggalkan balutan kapas tu. Mungkin sudah 2 hari jadi darah yang kering sudah pun melekat pada luka dan balutan. Mungkin memang sakitlah sebab tu Nazran rancak menangis. Kasihan anak ummi. Selepas tu saya bawa dia mandi walaupun dia jerit-jerit tidak mahu. 

Bukan apa ummi mahulah tengok dia cepat sihat sebab dua hari lagi kami perlu ke seberang untuk balik ke kampung ayahnya untuk mengimarahkan majlis walimah abang sepupu Nazran. Disebabkan dia takut untuk berseluar, di dalam kereta balik ke kampung tu dia cuma memakai kain pelikat saja walaupun sebenarnya sudah pun memakai seluar dalam. Dan dengan kain pelikat itu juga dia naik ke atas feri ditemani ayahnya untuk pergi ke tandas, sempat ditegur oleh seorang uncle India, "baru bersunat ka?" 

Walau apapun, belum pun seminggu Nazran sudah pun sembuh sepenuhnya. Syukur alhamdulillah! Sepanjang masa setiap kali selepas makan, saya mesti bekalkan Nazran, Vita-lea Kids (The Yummy Multivitamin for Kids) untuk mencukupkan nutrisi dalam badan dia dan mempercepatkan sembuh luka yang disokong oleh zat besi yang terkandung dalam Vita-lea Kids Shaklee ini. Selain zat besi, ia juga mengandungi kalsium, vitamin C, vitamin A dan banyak lagi yang sangat membantu tumbesaran anak-anak.

Manfaat Berkhatan

Berkhatan merupakan salah satu cara umat Islam untuk menghidupkan sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim AS. Hikmah pensyariatan khatan adalah untuk menjaga kesucian dan kebersihan secara luaran mahupun dalaman apabila memotong kulit zakar yang menutupi hasyafah (kepala zakar).

Firman Allah SWT dalam al-Quran:

إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِين

Al-Baqarah, 2: 222

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.

Tips Sebelum Berkhatan


Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak berkhatan perlulah diberi membuat persediaan awal, sebagai contoh, beritahu anak kita setiap hari seawal yang mungkin supaya anak kita tidak takut untuk berkhatan. Macam ummi juga, setiap kali cuba jelaskan apa itu berkhatan, kenapa perlu buat itu, kenapa kita mesti buat ini. Supaya anak itu sendiri lebih bersedia sebelum disunatkan. 

Selain itu, anak-anak ini mungkin akan risau bila sudah kita yang ibu bapa ni setiap hari kita cakap dan jelaskan benda yang sama tentang berkhatan, jadi beli lah jiwa anak tu, tidak perlu belanja mahal pun beli jiwa anak tu janji kita sesekali kita turutkan apa yang dia mahu. Dengan syarat, mesti mahu berkhatan. Ha gitu! 

Cukupkan bekalan nutrisi, ini bukan sebab apa, fokus pun lari kan di sekolah dia dengan kawan asyik bertukar cerita pasal berkhatan. Jadi mestilah anak tu cukup tidur dan cukup sihat supaya dia mudah fokus di dalam kelas. Nazran memang tidak lain tidak bukan dengan kawan rapatnya, Fayz yang sama-sama menghadiri program berkhatan ni. Menurut, ibu Fayz, Fayz siap buat carian google dan youtube lagi pasal berkhatan ni. Opps! Kita pula yang nervous dibuatnya. 

Walau bagaimana cara sekalipun, semoga ibu bapa diluar sana yang bakal melalui fasa anak berkhatan pada masa akan datang boleh menghidupkan sunnah junjungan nabi kita dengan jayanya. In sha' Allah. Semoga entri ini bermanfaat buat semua ibu bapa di luar sana.  

shaklee labuan
Bersama ketua pihak penganjur- USIA Bhgn WP Labuan
En Mohd Ali Asmiran Datuk Seri Mohd Omar Bledram   

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan Vita-Lea Kids atau apa-apa vitamin kanak-kanak, boleh lah berhubung dengan saya ya. Tiada yang lebih berharga daripada seorang ibu melainkan melihat anaknya sentiasa sihat dan ceria. Betul tidak? 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
WhatsApp: Rh Aszda Yanty
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sunday, 26 February 2023

9 reasons WHY our Shaklee Community is the BEST

Kalau di imbas kembali, 10 tahun bersama Shaklee uncounted memories and experience yang saya lalui. There are many reasons why I still stay in Shaklee and one of the main reasons is our Shaklee Community is always the best. Kami semua tidak pernah lari dari 3S. Share, service, and sponsoring. Mari kita tengok sebab kenapa Komuniti Shaklee kami sangat best. Check it out!

1. Setia & Bertanggungjawab

First and foremost, dedicated to my first Mentor. Upline saya ini tidak pernah sekalipun mengabaikan saya walau bangkit atau menjunam nya kedudukan saya dalam Shaklee. Tidak pernah gagal untuk inform saya apa-apa saja kelas nutrisi, sharing atau apa-apa subjek ilmu. Walau kadang saya terlalu sibuk dan tidak mahu join beliau memang tidak pernah putus asa. Dialah mentor kami, Siti Aisah Mohd Ibrahim. Beliau tidak pernah lupa sekecil mana pun kami dan ramai lagi anak-anak Shaklee yang lain dalam group kami walau tidak aktif malahan yang makan sendiri saja pun, kebertanggungjawab beliau terhadap kami semua tidak pernah terhenti. 

BerShaklee sambil berhari raya

2. Pengisian Rohani 

Kedua, terus terang saya paling suka part yang ini di mana kami tidak fokus pada bisnes Shaklee yang bertujuan untuk mengaut keuntungan saja. Super upline yang merupakan Mentor kedua saya, Master Norita, selalu mengadakan kelas-kelas ilmu yang mana mengajar kami semua memperbaiki diri secara rohani dan cara mendekatkan diri kita kepada Pencipta. Kelas ini banyak menyentuh hati saya dan sedikit sebanyak saya cuba amalkan apa saja nasihat yang diberi oleh Mentor saya ini. Sangat banyak input yang betul-betul melekat dalam minda saya yang memang saya akan ingat sampai akhir hayat saya. Terima kasih banyak2 atas segala perkongsian selama 10 tahun dan yang akan datang nanti lebih banyak ilmu yang menanti. 

3. Appreciation 

Dalam community kami, tidak pernah lekang dek contest yang memberikan reward best-best. Master Norita lah yang taja reward yang best best tu. Kalah Shaklee kalau buat contest. Oopss! Tidak pernah tidak rasa dihargai. Lucky betul dapat peluang bersama dalam community ini. Syukur, Allah jadikan saya salah seorang yang bertuah itu. Contoh: Feb 2022, saya dapat cabutan bertuah 3D2N stay at hotel at chosen place of holiday dan Master Norita bagi cash reward RM500 juga masa tu. Allahuakbar ! 

Faibi ayyi a'la rabbika tukazziban.(Surah Ar Rahman)  
Maka nikmat TUHAN yang manakah yang kamu dustakan. 
Memang sangat best. Banyak lagi sebelum-sebelum tu sebenarnya tapi tidak larat lah mahu cerita semua. Hehe. 

4. Upgrade Knowledge 

Part yang ini, kunci yang sangat penting. Kita yang mahu menjual mesti cukup ilmu barulah boleh convince kan orang. Mentor-mentor saya selalu jemput Nutritionist untuk buat kelas nutrisi bersama kami. Contoh Kelas 'Unique Selling Product' yang menerangkan secara details produk Shaklee yang tertentu. Sangat banyak benda yang tidak tahu jadi tahu. Best kah sangat best? 

Pada tahun 2014, New Distributor Training bersama Business Manager, Nadia

5. Nasihat & Motivation 

Setelah di teliti selama ini, kami sebenarnya tidak pernah di didik untuk mengaut keuntungan semata-mata. Bisnes Shaklee yang saya bina dari dulu hingga sekarang terus terang saya tidak ambil untung banyak setakat RM10 ke RM15 saja sebotol tapi itu cara saya. Sebab saya memang bentuk diri saya untuk bantu ramai orang hidup sihat. Sepertimana yang Mentor Kak N selalu pesan. Niat kita kena betul. "Bantu orang sihat" entah yang lain perasan atau tidak, tapi ayat ni selalu tengiang-ngiang di telinga saya. Betul itulah kata-kata yang motivasi kan saya sehinggalah sekarang. Sekarang memang saya tidak simpan stok banyak macam dulu. Tapi alhamdulillah ada jugak sales walaupun sikit. 

6. Improve skills

Dalam komuniti kami juga diberi peluang untuk improve skills, cara approach bisnes prospek, cara mulakan conversation, bagaimana manipulate soalan-soalan dari customer. Kami dapat input yang sangat banyak. Contoh: Omega Guard orang kata mahal kan, tapi dalam sebotol Omega ada 90 biji kapsul berapalah sangat kos sebiji kapsul tu. Ha, mahu yang mana minyak ikan yang selamat yang harga berbaloi atau mahu minyak ikan yang murah yang tidak selamat lagi bahaya yang mengandungi merkuri. 

7. Menjana pendapatan

Of course lah, dalam masa yang sama kita dapat pengisian rohani, dapat improve kan skills dapat upgrade knowledge, kita juga dapat earn income, ilmu yang dicurahkan seharusnya diguna-pakai dari situlah perlahan-lahan kita bangkit dan kasi boom itu sales sehinggalah kita dapat income yang kita mahu. Siapa yang tidak mahu duit kan? Semua mesti mahu kaya betul? Tapi wajib USAHA, tanpa usaha pokok tidak akan berbuah. 

8. Create New Circle 

Di samping selalu hadir kelas dapat upgrade ilmu, kami dapat berkenalan dengan ramai insan-insan hebat dalam dunia Shaklee. Mereka inilah new circle yang tercipta tanpa kita sedar memberi impact juga pada kehidupan kita. Pengalaman demi pengalaman yang mereka kongsikan kepada kami sangat berharga. Dari circle inilah, kita berpeluang berjumpa dengan ahli saintis, doktor-doktor yang bukan ahli Shaklee tapi mereka semua ialah pengguna produk Shaklee yang sangat percaya produk Shaklee ialah suplemen terbaik untuk semua

9. Sillahturrahim

Last but not least, yang membuatkan komuniti Shaklee kami ini sangat best, of course mengeratkan sillahturrahim. Attend kelas offline atau online, walau tidak bersua muka, kita boleh rasa connection each other of us. Contoh masa projek blog mega baru-baru ni, kita di minta untuk contact sparring partner yang betul-betul saya tidak kenal. Bila sudah berkenalan tu, rasa betul keserasian walaupun kita berjauhan sebab kita memang dalam satu big family of Shaklee walaupun bukan dari upline yang sama. Sillahturrahim tercipta dan kita punya lebih ramai kawan. Saya suka, saya suka! 

Bah, marilah !! Siapa yang berminat mau join komuniti Shaklee kami boleh lah roger saya ya! 
Confirm tidak menyesal punya. Sangat BEST. From zero to hero with our Shaklee community. 

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleethriumph2023

"Prevention is Better Than Cure" 
Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Projek Blog Mega Shaklee: Menang Vivix

Shaklee Labuan: Pemenang Vivix

Syukur ke hadrat Allah SWT. Saya dihadirkan insan-insan hebat dalam circle Shaklee yang menterujakan ini. Entri kali ini ialah kesinambungan entri saya minggu lepas yang merupakan thank you speech buat penaja Projek Blog Mega Shaklee, moderator projek dan juga upline saya.

Projek Blog Mega Shaklee 1.0 berlangsung selama 2 minggu di mana kita perlu menyiapkan satu entri blog setiap satu minggu. Selepas saja selesai menghadiri briefing projek untuk entri pertama yang bertajuk 'Intermittent Fasting', saya pun sebenarnya masih berlengah masa disebabkan kita perlu tunggu sparring partner siapkan entri dia dahulu then barulah kita boleh link kan dengan entri assigned sparring partner. Jadi kita bagi ruang dan masa untuk partner kita siapkan entri nya. 

Pada mulanya, saya pun takut mendesak sebenarnya, tapi tidak apa, sabar dulu saya cuba tunggu sehinggalah malam tu masih lagi belum ada khabar dari sparring partner jadi saya yakin dia belum pun mula menulis entri. Aduh tidak boleh jadi ni. Dalam hati saya, dia ni mahu kah tidak join projek ni kan sebab kita perlu komited kalau betul-betul mahu join kan. Sabar lagi. Maghrib tu lepas saja siap solat, terus saya WhatsApp moderator projek, Master Salwa, dia kata terus saja link pada sparring partner loncat 3 orang atas. Dapat saja link terus saya update blog saya, terus publish, terus submit link entri tanpa berlengah. Saya punyalah siapkan pagi selepas subuh dengan rush masak tengahari orang lain boleh pula extra santai. Boleh pula tiba-tiba malam esoknya selepas submit ada pula yang tanya tiba-tiba tanya dah siap entri kah belum. Kita yang lain punyalah tunggu dia reply messenger tiada respon. 

Kesimpulannya, komited itu penting. Bagi saya, entri itu hebat atau tidak yang paling utamanya kita harus mencuba sedaya upaya untuk siapkan task.   Lagi satu, kita perlu kerjasama untuk kukuhkan lagi keberhasilan sesuatu yang kita usahakan. Otherwise, saya rasa memang porak peranda lah result nya. Communicate juga penting, sekiranya teamates tidak boleh teruskan, terus terang saja jangan buat partner/teamates yang lain tertunggu-tunggu.

Akhirnya, task untuk entri kedua kami mendapat good news sebab tidak perlu cari sparring partner yang sama dan kita boleh submit link awal as soon as kita siap buat entri. Then, senarai partner pula akan diberi setelah tutup entri submission. Alhamdulillah, entri kedua task nya lebih mudah dan lebih senang bekerjasama dan semua peserta hampir siap masukan link entri partner pada hari yang sama senarai nama partner dikeluarkan. 

The day has come, winner announcement, punyalah debar terasa sejak last day submission second entri.
Fuh ! Syukur antara Top 15, pemenang kedua nama saya yang disebut. Peserta tunggal Shaklee Labuan yang menang Vivix. Allahuakbar !! Menang Vivix weh. EXCITED !! Dalam masa yang sama, kita rasa keseronokan berbeza daripada sebelum ini. 

Pada Rabu yang lepas, dengar pula briefing tentang projek mega blog diteruskan lagi untuk Siri ke-2. Mari kita seru cabaran ini untuk diri sendiri. Semangat Projek Blog Mega Siri 1 pun masih lagi tersisa. Berkobar-kobar jadinya. Sebab apa mahu join lagi? Sebab saya mahu membayar titik peluh saya sendiri selama ini yang cuba berjuang supaya blog saya mendapat tempat di hati Google dan saya harap saya boleh buat yang lebih baik selepas ini. 

Semoga Projek Blog Mega 2.0 ini menjadi peniup semangat saya untuk selalu menulis entri di blog saya ni. semoga juga satu hari nanti saya dapat sales daripada blog ini juga. Tahniah pada semua yang sangat komited menyiapkan task untuk projek 1.0 tempoh hari dan terima kasih pada semua yang blogwalking dan yang senang memberi kerjasama. Our Shaklee Community is always the best. 

#blogmegashaklee #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya
Feel free to contact me, 
Your Shaklee friend, Asdayanty 
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

Friday, 24 February 2023

Tahap 1: Happy memory spend with classmates 3B



Sengaja ummi buat satu entri khas untuk abg Nazran. Last bergelar murid Tahap 1, bakal berdepan dengan pembelajaran yang lebih mencabar.

11 Februari 2023

Tempoh hari semasa hari pendaftaran, saya juga diberi Laporan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dan semua ibu bapa juga perlu mengisi borang pinjaman buku teks. Saya punyalah terkejut dalam senarai buku ada juga buku teks Sejarah lagi mengejutkan ada juga Teknologi Maklumat dan buku cerita lebih kurang termasuk subjek Sastera la tu kan? Allah !! Darjah 4 sudah belajar itu semua? Struggle betul kanak-kanak sekarang kan. Terlebih advance. Semoga abg boleh cope semua mata pelajaran nanti. Buat yang terbaik ya abg!


Selesai di kelas abg, pergi pula kelas kakak Nashwa. Banyaknya buku perlu dibawa pulang. Berhempas pulas la kita membalut mana yang tidak berapa kemas tu. 

Tahun ini ketiga-tiga permata ummi bersekolah. Adik Nayla bakal bersekolah juga pada bulan Mac ini. Ummi tidak minta banyak tapi sangat berharap pengorbanan untuk melihat kamu membesar di depan mata ini menjanjikan yang terbaik buat anak-anak. Membentuk mereka memang bukan suatu perkara mudah. Sesungguhnya 10 tahun bergelar ibu, ummi masih dalam proses untuk menjadi seorang yang betul-betul sabar. 

Semoga Allah berikan kita rezeki yang banyak untuk bekalkan vitamin Shaklee untuk mereka semua tanpa henti! 

Thursday, 23 February 2023

Herb-Lax Shaklee: Cuci Usus Terbaik

Selama saya bersama Shaklee, ini lah kali pertama saya betul-betul tertarik untuk makan Herb-Lax. Sebelum ini, saya bagi adik saya saja untuk makan sebab badan dia agak besar dan lebih berat badan. Tambahan lagi, saya jarang sembelit sebab saya amalkan OsteNutrix kan yang memang membantu saya membuang setiap hari. 

Ada pula dalam kotak stok saya, jadi saya terpanggil untuk makan sendiri. Saya rasa saya buka botol Herb-Lax itu lebih 4 bulan yang lalu, saya pun bila exact date saya buka dan dua malam yang lalu saya tengok tinggal beberapa biji saja lagi. 


Herb-Lax ni kan terkenal dengan nama lain nya iaitu 'julab semulajadi' yang mengandungi daun senna yang juga merupakan makanan sunnah nabi, saya pun tertarik. Oh ya? Jadi saya pun rasa teruja untuk mencuba.  

Saya masih ingat lagi, masa dulu pernah attend kelas nutrisi kalau boleh makan Herb-Lax ni untuk consume pertama kali, digalakkan untuk amalkan 4 hari berturut-turut. Saya pun makanlah seperti yang di cadangkan dan sehinggalah ke hari ini saya makan Herb-Lax bila perlu sahaja. 

Mahu dijadikan cerita panjang jadi pendek, memang puas membuang selepas makan Herb-Lax ni, biasanya kalau saya ambil OsteNutrix sahaja saya akan membuang sekali saja pada waktu pagi. Tapi bila ambil Herb-Lax fuh kesan dia berganda. Betul betul dia cuci usus saya! 

Saya kalau rasa tiba-tiba dalam sehari itu, terlebih makan yang berminyak mulalah muka saya pun berminyak atau tiba-tiba teringin makan junk food la pulak, atau kadang rasa macam tidak puas membuang malam tu mesti kena telan Herb-Lax. 

Herb-Lax ni dia bantu proses penghadaman yang lancar jadi tidak lah makanan yang kita makan tu duduk lama dalam usus kan? Memang rasa hebat bila lepas membuang. Rasa lah jugak perut tu kempis. Haha! Siapa yang belum makan tu mesti cuba keberkesanan Herb-Lax ni.


"Prevention is Better Than Cure" 
Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 22 February 2023

Kenapa SUPLEMEN penting?

Kenapa kita perlukan SUPLEMEN? 
Jawapannya Zaman SEKARANG: 

Zaman serba mahu cepat, zaman di mana kebanyakan amalkan daya hidup yang tidak sihat dan zaman yang sangat moden

Pertama sekali, terserah orang mahu cakap apa promote pung pang sebab kita jual suplemen. Ya! Memang saya jual suplemen sebab saya mahu orang lain turut hidup sihat seperti saya dan keluarga saya. 

TAPI cuba renungkan ramai berlumba-lumba - pangkat, duit, sehinggakan kita jadi hamba pada dunia. Abaikan ibadah/ solat yang paling utama pun tinggal apa lagi makan dan tidur pun tidak tentu. 

Tiba-tiba satu hari badan kita penat tambah lagi tidak sihat terbaring lesu. Disebabkan semua mahu cepat, kita mula tidak sedar bahawa kita amalkan gaya hidup yang tidak sihat. Contohnya: 

why supplement is important?

  • terlalu sibuk sehinggakan tidak cukup tidur, banyak perkara mahu dibuat, kejar dateline, overtime tiada masa healing dengan keluarga dan kawan-kawan, saya tidak cakap orang lain ya ini masa saya sewaktu masih berkarier dulu; 
  • sering makan fast food tiada masa dan tenaga untuk memasak, kelaparan betul sudah jadi mau cepat pergi ja KFC, pergi McDonalds, tiada masa pergi mall untuk beli makanan yang sihat tidak suka beli buah, paling teruk malas potong buah dan paling dahsyat tidak suka makan sayur; 
  • suka minum berkafein, rajin pergi starbucks, lepak old town sebab suka minum yang sedap-sedap, ketagih kafein, walapun mahal sanggup juga jadi regular customer setiap minggu;
  • persekitaran kita yang terdedah dengan asap rokok dan radikal bebas, minyak untuk menggoreng makanan diguna berkali-kali, sabun mandi, minyak wangi even berus gigi kita ada juga komponen radikal bebas; 


Zaman serba canggih dan moden, suplemen ialah salah satu cara yang sangat pantas untuk kita amalkan hidup yang sihat, dia macam kita makan buahan dan sayuran juga tapi berbentuk serbuk/tablet atau caplet tinggal sedia air untuk telan saja. Suplemen dihasilkan dengan kerja keras saintis untuk melakukan R&D (Research & Development) dalam memproses sesuatu suplemen. Bukan toko jamu  

Suplemen atau nama lain nya ialah 'makanan tambahan' yang kita makan selain makanan harian yang kita makan contoh nasi, ayam, ikan, sayur. Suplemen ini untuk mencukupkan nutrisi keperluan dalam badan kita. Inilah peluang untuk kita betulkan cara hidup kita. 

Apa guna ilmu ribuan saintis kalau kita tidak mahu merasa nikmat nya sekarang? Mereka sudah bekerja keras untuk menghasilkan produk yang bermutu supaya kita manusia di dunia ini dapat memanfaatkan nya. 

Apa guna ALLAH ciptakan segala bentuk buah, sayuran, makanan sunnah tapi kita tidak mahu amalkan? 

Tepuk dada, tanya hati, belahlah jantung untuk kita tahu bagaimana tahap kesihatan kita sebenarnya pada saat ini. 


"Prevention is Better Than Cure" 
Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

Monday, 20 February 2023

Testimoni Aszda

Saya sudah mencuba produk Shaklee lebih 10 jenis, bukan sahaja produk nutrisi tapi juga produk kecantikan Shaklee.

Ramai yang berjumpa dengan saya, mereka kata "banyak juga kamu makan arr".. Apa yg perlu dirisaukan? Ini bukan ubat, ini makanan tambahan (supplement), kita cukupkan apa yang kurang. Shaklee adalah vitamin, bukan ubat ya.. Tapi yang penting kena minum air yang banyak.

Shaklee ada di mana-mana.

Tambahan lagi, sekarang ini ramai sangat yang peminum tegar nescafe, teh, dan minuman yang mengandungi kafein. Ingin saya tekankan di sini, bukan tidak boleh minum atau makan yang berkafein tapi kalau boleh kurangkan. Lagi, jangan telan atau minum vitamin bersama-sama minuman yg berkafein ini. Kalau kita mahu sihat, "alah bisa, tegal biasa". Kalau mahu sihat dan cantik, perlukan pengorbanan terutamanya wang ringgit, masa, dan juga kegemaran.

Ini antara tertimoni daripada diri saya sendiri. Saya mahu hidup sihat, saya pasti kamu yang di luar sana tu pun pasti mahu juga sihat. Let me help you to live healthier.



"Prevention is Better Than Cure" 
Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”